Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Friday, February 27, 2015

Keyboard tak berfungsi dalam Adobe Illustrator

Okeh, pagi-pagi masuk kerja dah tension bila command keyboard tak ikut macam lazimnya kita guna. Dah la kerja hakak memang kebanyakannya guna software Adobe Illustrator dan Photoshop. 80% illustrator. So bila command tak ikut kehendak, mulalah panik.

Google sana sini cari jawapan. Semuanya bagi info yang macam-macam. Hakak designer je Bedah, bukan pakar IT, bukan penggodek komputer. Sudahnya kerja tergendala hingga setengah jam. 

Nasip baik jumpa entry  dari blog designer Jonathan Berger; bertajuk Fixing Broken Keyboard Shortcuts in Adobe Illustrator. Kaedahnya mudah je. Korang tutup je mana-mana laman internet. Pastu test. 

Reaksi hakak, hek eleh.... bikin cuak je. Nasip baik settle. Syukurlah.

Memang kita boleh buat kerja macam biasa tanpa shortcut tool ni. Tapi kerja mudah jadi renyah. Kena klik sana klik sini. Pastu shortcut yang biasa kita tekan tu lari ke tab lain. Kan dah pening kepala jadinya. So kalau korang ada masalah yang hampir sama dengan hakak, myb boleh cuba kaedah yang Jonathan share tu.

No comments: