Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, March 2, 2015

Majlis penyampaian hadiah Peraduan Ayamas, Rasamas dan Kosmo!

Alhamdulillah...  selamat menerima hadiah yang dinanti-nanti dari peraduan Makan dan Menang Kedai Ayamas, Rasamas dan Kosmos! Majlis berlangsung hari sabtu lepas 28 Februari 2015 bertempat di Pejabat Utusan. Pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Rasa touching pulak hihi...

Majlis bermula jam 2.30 petang. Segan bila tengok ramai comper handalan kat sana. Rasa terpencil dan kecik je hakak bila berborak dengan otai-otai comper. Esp yang hebat dalam projek mendeco dan handal dalam mencipta slogan. Ramai comper yang selalu menang dengan contest anjuran surat khabar. Ini kali pertama nama hakak sendiri yang sangkut ke final. Sebab tu kekaguman melihat otai-otai comper paper di sana.

Yang ni surprise gift dari pihak Kosmo! Cabutan bertuah untuk pemenang dan pengiring. Hakak dapat 3 tiket sebab bawa suami dan anak. Lucky no.18 dapat hadiah oven! Spontan buat peace tanpa menyedari mak masuk PG paper noksss haha... Meja hakak ada aura winner-winner. Rasanya 4,5 orang dapat hadiah cabutan bertuah.

Inilah hadiah yang sebenarnya patut hakak tuntut. iPhone 5S 16GB silver color. Smart.... Dan kebetulan hakak sekarang pakai iPhone 5S 64GB silver color jugak. Kalaulah dapat hadiah ni masa hp rosak dulu alangkan bagusnya.

Jurufoto tengah atur kedudukan pemenang. 

JeJengggg~! iPhone 5S 16GB. Feeling touching lagi dapat reben pink! hahaha... 

Senarai keseluruhan pemenang peraduan ni. Syukur alhamdulillah.... Terima kasih Ayamas, Rasamas dan Kosmo!






3 comments:

yantz-yeem said...

wawawawahhhh tahniah...bila la aura aku nak start mengontest ni dtg..faktor usia kot dah xde mood langsung nak mengontest..ayamas ni mse contest ni berlangsung 2x aku makan..tau ada contest tapi xde mood nya la haiiii nak masuk...nak menang gaks... :)

Wansteddy Tales said...

tq3... sbnrnya aku target kreatif entry. manalah tahu org lain lebih gila mendeco dr aku rupanya. 3hari 4malam bikin deco xsiap2. xsangkut yg tu haha

Salma Tayo said...

wah seronoknya.tengah takda mood nak masuk contest tahun ni.tapi tengok orang menang rasa nak menang jugak.haha.