Nuffnang

Followers

Thursday, April 9, 2015

Kecuaian ibu bapa: anak yang jadi mangsa

Kes budak jatuh esklator di Kenanga Wholesale, tempat shopping barang borong. Dah beberapa kali ke sana. Maaflah kalau rasa komen ni agak pedas. Tapi bila tengok video tu memang jelas kecuaian ibu menjaga. Kalaulah dalam minit-minit pertama anak-anaknya bermain kat situ si ibu terus tegas menegur, ada kemungkinan tragedi ni takkan berlaku. 

Peringatan untuk diri sendiri juga. Saya sendiri pernah cuai. Dan Allah swt saja maha tahu betapa takut dan rasa bersalah sangat pada anak. Terlepas pandang saja. Kisahnya, sedang nak order makanan, anak hilang macam tu je. Dalam tempoh 5-10 minit macam-macam boleh berlaku. Kena culiklah paling ditakutkan, nak-nak dalam mall yang penuh dengan orang. Sepintas lalu boleh tarik anak kita hatta ketika dorang duduk sebelah ibu bapa. 

Terasa menyirap darah naik ke kepala. Dalam keadaan serba panik, pucat dan takut tu tiba-tiba muncul Damia. Rupa-rupanya Mia pergi survey barang perhiasan kat kedai sebelah. Sebelah je dari kedai makan tadi. Hari tu Damia mogok, marahkan sesuatu. Agaknya sebab rasa nak mogok, Mia terus pergi kedai sebelah tak bagitahu dulu. Walhal biasanya Mia akan paksa mommy atau ayah pergi ke mana-mana sekali. Tapi tidak hari tu.

Sepantas tu jugak saya jerkah Damia depan orang ramai. Berkali-kali cakap kalau kena culik macam mana? Kenapa tinggalkan sisi mommy? Tergamam kena marah, mata Damia pun berkaca-kaca. Terus peluk dan tarik tangan Damia pergi tempat lain. Terbantut niat nak makan malam. Tenangkan hati anak, tenangkan hati sendiri. 

Syukur Tuhan selamatkan anak. Syukur tak berlaku apa-apa. Dan kalaulah kehilangan anak sekelip mata macam tragedi si anak di atas,  nauzubillah.... mahu runtun hati ini. Takde ibu bapa yang rela anak dipengapakan. Takde ibu bapa yang tak akan sedih bila sesuatu yang buruk terjadi kat anak. Yang pasti, kita sebagai ibu bapa WAJIB berikan lebih perhatian pada anak. Terutamanya bila berada di khalayak ramai walau sesibuk mana pun kita ketika tu.

Wallahualam....

No comments: