Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, May 13, 2015

Bila my ARTWORK diulang CIPLAK berkali-kali


Ini Dolly Chef Ejan Mamalyna Frozen, Saya design sekitar november 2010. Ejan ada publish entry memperkenalkan dolly ni dalam blog beliau bertarikh 26 November 2010 dengan entry bertajuk, I have Dolly!!! Saya pun publish entry bertajuk Dolly Mama Lyna pada tarikh yang sama. 

Ok, nampak tak dolly tu pegang apa? Sepinggan popia darling. Popia! Bukan cupcake, bukan kuih karipap, bukan juga coklat bar. Sila teruskan bacaan kenapa saya agak berangin hari ini. Sebab geram yang diperam bertahun-tahun akhirnya meledak juga!

Design ini dah diulang cetak berkali-kali untuk individu dan perniagaan yang berbeza. Biz cupcake, biz popia, biz coklat, biz kuih muih dan lain-lain. Yang dapat saya kesan setakat ni, 6 perniagaan. Tak pastilah kalau ada lagi perniagaan yang lain gunakan design dolly ni. Tak mustahil.

Macam mana nak tahu artwork tu ciplak? Senang. Awak tengok kat design, teliti perbezaan antara artwork dolly dengan design lain keseluruhan. Apa yang lain? Kualiti artwork, grafik, vector. Sebab saya cuma serahkan artwork dalam format flatten. Ada customer yang nak promosi biz, dorang akan upload design saya dari file yang lebih kecil seperti contoh di atas. File itu dicedok pula oleh 'orang bijak' lalu diubahsuai dan dijual kepada pelanggan yang lain. 

Ralat rasanya bila orang yang design semula artwork ni takde perasaan segan silu nak minta izin dari saya atau sekurang-kurangnya pada Ejan, pemilik asal dolly ni. Tak kisahlah biz Ejan masih ada atau sudah tak berjalan macam dulu, yang penting kena minta izinlah dulu dari empunya design. Ini, awak amik untung senang je dengan copy dari artwork org lain? 

Inilah sebabnya kenapa saya tak serahkan bulat-bulat raw design pada customer. Disebabkan itu juga saya kurangkan harga design saya berbanding designer lain. Saya tahu ada designer yang jual sebuah logo dengan harga rm50 - rm180 dengan flatten design macam saya. Itu hak mereka menentukan harga biz masing-masing. 

Myb pada orang lain artwork saya ‘murah’ sebab harganya murah. Maaf, saya perlu tegaskan kat sini. Saya curahkan sepenuh perhatian dan perincikan sebaik mungkin setiap artwork saya demi kepuasan saya sendiri. Sedaya upaya mengikut spec dan kehendak pelanggan walaupun adakalanya permintaan sesetengah dari dorang ni tak masuk akal dengan harga yang saya tawarkan. Sebagai contoh pelanggan nak dolly dengan pelbagai item tambahan. Baju macam ni, tambahan item macam itu. Tak termasuk lagi bahagian tukar itu tukar ini walaupun di awal tempahan suruh designer fikir idea sendiri. Benda ni memang perkara yang biasa terjadi. Tanyalah pada mana-mana designer pun. Macam-macam karenah pelanggan ada. Dari yang baik, senang berurusan, tak berkira, pemurah kepada yang sangat strict, sangat fussy, sangat kedekut, walaupun dialah kaki komplen paling tegar sampai terpaksa amik masa berminggu buat design dia sorang hahhaha; peliknya masa tu tak serik pun nak amik order lagi. Dan 1001 macam peel lagi sebab kita berurusan dengan orang. Jenis yang order tak bayar, order - design siap tak jadi beli. Pun banyak kali berlaku. Cliche. Nak kata apa. Bukan pelanggan je ada baran, designer pun cepat meradang. Nak-nak lagi bila kena memikir idea sampai ke pagi subuh. Sudahnya artwork reject mentah-mentah. Sakit tuh di sini!

Saya jual artwork murah sebab saya sendiri suka buat kerja design. Saya anggap itu hadiah & sedekah untuk pelanggan saya yang sudi berikan kepercayaan pada minat dan bakat melukis saya. Harga artwork saya murah tidak bermakna hasil tangan saya cincai. Tidak bermakna boleh dipergunakan sewenang-wenangnya. 

Saya dah malas nak bercakap pasal copyright sebab saya dah lama berhenti buat projek freelance. Tidak bermakna saya beri keizinan orang lain mempergunakan kerja saya apatah lagi artwork itu saya dah jual pada pelanggan. DESIGN BERBAYAR, BUKAN FREE. 

Saya tak akan upload pic design2 ciplak tu semua. Dengan harapan designer yang buat kerja ciplak2 tu tolong alert perkara ini. Dan jangan ulang lagi. Saya tak harapkan korang minta maaf. Ego korang sebagai designer takkan nak mengaku ciplak artwork orangKANNNNN. Itu saya faham dan tak kisah. Lantaklah. Tapi tolong hormat pada designer lain, sebagaimana awak nak orang lain  suka pada artwork awak. Jadilah designer yang lebih berintegriti!

Saya tak kisah pasal pelanggan yang terorder hasil artwork ciplak. Mungkin dorang tak tahu. Atau myb dorang mintak sendiri designer ambik artwork tu dari internet. Segalanya mungkin. Tapi saya harap dengan pendedahan entry ni, bagi terbuka pemikiran korang betapa geramnya perasaan bila artwork kami (designer) diciplak. Sebagaimana awak rasa geram dan malu harini sebab didedahkan pada umum. Terpulang. Kena faham, saya punya hak ke atas artwork saya meskipun design tu saya dah jual.

Sila rujuk entry saya dan Ejan untuk pengesahan. Manalah tahu akan ada entry atau komplen dari designer ciplak yang mengaku tu artwork dia, dan tuduh saya pulak ciplak artwork dia, heh! Tengok tarikh entry ye. Atau nak main kasar lagi, tengok info folder, bila tarikh korang start design dolly tu. 



12 comments:

Mama Balqis BluePinkBaby said...

wan punya dolly skali tgk dah bleh detect sapa yg buat...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kesian wan... paham..paham..paham..

Nad MamaZN said...

byk kali jumpa dah yg sebijik dolly ngan kak ejan ni.. bila tegur bleh plak dia sound balik

Wansteddy Tales said...

Bab copycat ni dah mcm2 style terkena. doll ni plg femos kena ciplak so far haha

Wansteddy Tales said...

ila, sadis sekali huhu...

Wansteddy Tales said...

Nad, yeke... so far wn dpt 6 je. kalau nad ada contact/fb maklumkn pd wn ek. xkisahlah kalau ejan da stop ke atau still teruskn biz dia, logo tu hak ejan. kalaupn owner dah xjln biz mana blh org lain main ambik je logo org kan.

Wansteddy Tales said...

Nad, yeke... so far wn dpt 6 je. kalau nad ada contact/fb maklumkn pd wn ek. xkisahlah kalau ejan da stop ke atau still teruskn biz dia, logo tu hak ejan. kalaupn owner dah xjln biz mana blh org lain main ambik je logo org kan.

eima said...

wan pun ade hadiahkan dolly untuk saya dulu dah sy dah folo wan dah lama .... so sy tahu semuanya ..wlupun sy jrg komen tak bermakna sy tak baca blog wan .....

tp mmmg ejan rajin update pasal dolly die ni

Wansteddy Tales said...

Eima, tah la. Kita pula rasa segan nk tegur owner biz yg guna dolly wn tu.

Momokz said...

Sampai bila-bila pun masih dan akan berlaku kes-kes ciplak menciplak nih...

Aula Mommy Razim said...

Sabar ye Wan. Awak design dolly eik?
boleh tak email ke saya aulakif@gmail.com package dan cara tempahan.
suka sangat comel

Petua Sempoi hilangkan batuk

kamil said...

salam wan..blh tgglkan no phone?