Nuffnang

Followers

Monday, May 25, 2015

Pertandingan Merekabentuk Pavilion Johor

JOHORIANS sahaja! Sapa terrer buat landskap, interior design boleh cuba. Sapa anak johor, kenal orang Johor, ada proxy kat Johor pun boleh cuba heheh... Contest ni sempena rekabentuk Pavilion Johor yang terletak kat Taman EXPO Pertanian Malaysia MAEPS di Serdang, Selangor.

Berdasarkan pengalaman peribadi jadi juri masa Program MAHA 2014 lepas. Memang banyak pavilion yang cantik-cantik. Pavilion Perak contohnya, membawa design baru miniature istana Kuala Kangsar. Tapi dalam banyak-banyak Pavilion, Pavilion Terengganu memang menangkap mata. Banyak tips nak sharing, bagi rawak je la ek. 

Antara tarikan di Pavilion Terengganu. Layout berdasarkan elemen tradisional. Gunakan material yang asli. Kayu dan papan. Berbanding negeri lain yang kebanyakkannya menggunakan printed design. Kurenglah aslinya kat situ. Dan lagi perhiasan pun nampak pelbagai. Pavilion Johor antara yang tampak mewah dengan elemen grafik dan susun atur yang kemas dan cantik. Sayangnya, kalau kita nilai dari segi kualiti dan tradisi. Takde Pavilion boleh challenge Terengganu kot. Walaupun tahun lepas ramai yang fikir Pavilion Perak yang akan menyandang juara. 

Sebenarnya banyak koleksi gambar Pavilion diambil. Tapi tengoklah kalau ada masa aku update semula entry ni, Insya'allah...

So sapa-sapa berminat nak join boleh klik link kat bawah. Cubalah ek. Duedate pun macam kejap je contest ni. Sapa hebat autocad haruslah join.


PENGERUSI
JAWATANKUASA PERTANDINGAN MEREKABENTUK PAVILION JOHOR
Bahagian Program Khas
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Muhamad Ibrahim Munsyi
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor.

Telefon: 07-2666707 
Pegawai Penyelaras: Puan Nur Aizat binti Abdul Razak


1 comment:

Aula Mommy Razim said...

Wow Johor nak ade pavillion. Confirm best..