Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Saturday, August 22, 2015

Ironi: kifarah atas kata-katamu sendiri

Suatu ketika dahulu pernah dengar sendiri somebody yang 'sangat prihatin' bilang macam ni "travel sana sini, nasip baiklah kapal terbang dia tak terhempas macam kes dalam fb tu!" Sentap hatiku! 

Urut dada mendengarnya. Sejak hari tu, kalau pergi travel mana-mana, tobat tak bagitahu sesiapa dah. Tunggu balik dari bercuti, bagi souvenir dan biarkan dorang termangu-mangu sendiri. Kelakarnya, tiap kali bercuti mesti nak korek juga ke mana aku pergi. Tipikal.

Apapun, berbaik sangka, walau pedih hati. Alhamdulillah sepanjang travel dulu, tak jadi apa-apa, syukur. Setakat gegaran ketika rempuh awan tebal tu adalah beberapa kali merasa. Selebihnya dibawah perlindungan Allah, DIA pelihara.

Cuma rasa ralat, perlu ke sampai komen macam tu? Sepatutnya doakanlah kawan2 selamat perjalanan. Tak kisahlah ko suka tak suka somebody tu, perlu ke ko bias? Perlu? Tak nak doa selamat perjalanan pun takpe, jangan keluar kenyataan pedih macam tu. Tak menyakitkan hati orang. Dan orang lain yang mendengar pun boleh nampak jelas hang dengki bebenar...

Pekakkan telinga, pejamkan mata, tutup mulut dari bersuara.

Setahun berlalu, Allah nak tunjuk qada dan qadar. Kifarah atas 'niat murni' kata-kata beliau, penerbangan dia hari ini (semalam/jumaat) diuji. Perjalanan yang sepatutnya mengirangkan hatinya, jadi trauma ngeri. Benar cakap orang, tak payah kita balas bila disakiti. Kelak niat jahat mereka, dibayar dengan ujian di atas kata-kata mereka sendiri. Karma, how ironi.

1 comment:

lia ummiirfan said...

ramai orang jeles dengan kita. itu tak dinafikan. walaubagaimana jeles sekali pun, doakanlah yang baik-baik.. tapi itulah manusia kan.. haa.. kan dah makan diri..