Hari ni hari jadi arwah abah yang ke-65 tahun. Kalau arwah masih ada, mesti pelbagai mesej nasihat abah titipkan. Walaupun penampilan abah nampak garang, tapi dalam hati lembut dan sensitif pada keadaan. Abah sangat mementingkan soal kekeluargaan. Menjelang hari jadi anak dan cucu, dialah paling kalut nak sampaikan ucapan hari jadi. Kalut peringat anak-anak tarikh lahir ini pada anak-anak lain. Supaya masing-masing saling memperingati, saling menyampaikan salam.
Hari ni dapat khabar gembira berita kemenangan. Tercengang tengok nama di baris atas sekali. Menang hadiah utama sempena Peraduan Bestari Warna dan Menang Aidilfitri. Hantar 1 entry je sebab masa ni sangat sibuk dengan kerja hakiki. Dan contest drawing lain macam Dugro (tak menang) dan Hiruscar (pun tak menang). Takde rezeki. Bila kebanyakan contest-contest melukis tak menang hati dah jadi tawar sangat. Memang rasa takde harapan pun dengan peraduan ni, sebab tahu, ramai sangat peserta di luar sana yang lebih hebat dan bersemangat buat contest.
Terima kasih pada Bestari kerana beri peluang kemenangan ni. Dah lama rasanya tak pegang title grand prize winner ni :) Akhirnya bulan Ogos, pada hari jadi abah ni, dapat hadiah ni. Syukur alhamdulillah....
Kalau tiada aral, kali kedualah kami ke bercuti ke Bali nanti, alhamdulillah.... Syukur Ya Allah!
2 comments:
tahniah wan...:-)
Tq, alhamdulillah...
Post a Comment