Nuffnang

Friday, September 30, 2016

Bebelan kelmarin

Terlalu sibuk dengan kerja hakiki. Balik rumah dah penat, nak buka file contest pun rasa tak larat, tak minat. Ada resit, slogan tak buat. Ada idea, badan dah penat. Kat opis, curi-curilah masa gali idea. Barang seminit dua baru godek artwork, mai pulak pegawai menjengah meja. Bila nampak folder contest, terus mencerun mata. Katup file, terus sambung kerja. Korbanlah masa, korbanlah tenaga. Hingga ke malam masih berjaga. Kejarkan duedate bagai nak gila. Nampak mudah realitinya hanya para comper saja yang faham deritanya. #contest #hobidanrezeki

No comments: