Tahun ni sekali lagi ditugaskan buat banner sempena MaalHijrah. Kali ni ada design tambahan kena buat sepanduk waktu perarakan di Maeps, Serdang 2 oktober 2016 (hari ahad ni).
Cadang 2 jenis idea design. Tapi design ni SUBKP reject. Kebetulan pagi tadi UKK minta designkan banner untuk laman sosial MOA. Terus suggest artwork ni. Tak sempat dah nak create artwork baru sementelah ada job poster kena siapkan sebelum meeting portal MOA pula petangnya. Kalut. Jadi nak tak nak dorang kena redha sajalah dengan hasil yang ini haha...
Design ni terpilih sebagai sepanduk MaalHijrah untuk MOA nanti. Agak ralat sebab baju seragam perbarisan dari MOA warna yellow mustard effect gold. Kot guna design pertama tadi nampak lebih synch. Tapi aku paham je kalau SUBKP pilih artwork ni sebab tema pertanian tu nampak lebih jelas kat design ni. Dan aku rasa happy juga team pengurusan tertinggi sekarang kurang sensitif soal warna. Kot tak terhad sangat pilihan warna yang mampu jadi final.
Apa pun alhamdulillah... Projek settle. Pukul 2 kerja. Kadang-kadang ada hikmahnya bila buat 1 projek suggest 2 /3 artwork. Kelak salah 1 terpilih, yang satu lagi boleh summit untuk next projek yang berkaitan. Koman-koman tukar tema n color pun dah memudahkan cara.
Salam Maalhijrah buat kita semua. Semoga hijrah kita tahun ini memberi manfaat buat diri kita, keluarga dan para kenalan amnya, amin...
No comments:
Post a Comment