Nuffnang

Followers

Saturday, October 1, 2016

Rezeki yang dirindui

Kenangan tahun 2013. 5 kemenangan. 1 grand prize, 4 finale. Bayangkan. Lagi 3 sampul boleh gapai rumah bernilai rm1juta. Namun caturan Allah itu adalah benar. Dengan duit kereta inilah berkesempatan melawat pelbagai negara. Yang bukan sikit-sikit duit tambahannya. Dan dengan duit itulah membantu keluarga mana yang terdaya. Rezeki itu bukan untuk diri sendiri. Sebaliknya untuk dikongsi.

Andai dapat kembali lagi rezeki begini. Alangkah indahnya. Pasang surutnya rezeki. Kencang perlahannya rezeki. Roda ke atas roda ke bawahnya darjah rezeki. DIAlah yang Maha Memberi lagi Maha Pengasihani.

Usaha, doa dan tawakal usah berhenti. Moga kembali TUAH memihak pada diri ini, amin....

No comments: