Nuffnang

Saturday, October 1, 2016

Tab yang hilang

Memang dah lama tak berblog. Semalam datang keseronokan nak berkongsi hasil kerja. Trylah menulis apa yang patut. Tapi harini bila godek-godek blog sendiri baru notis, tab list blogger dah hilang dari layout! 

Ehhhhh....!!! Kenapa yek?

Rasanya tak pernah sentuh blog dalam berbulan lamanya. Dalam tempoh tu kalau buka pun guna handphone semata. Memang susah nak update layout guna smartphone. Bukan tak boleh, leceh. So seingat-ingat minda yang kian tua ni. Memang tak pernah remove tab tu. Gigih taip blog kak Ayu Rafikah cari kesamaan. Yup, kat blog kak Ayu pun takde list blogger. Yang tinggal list follower.

Aku ni dah ler jarang berblog. Nak bukak blog kawan-kawan lagilah jarang. So harapkan list blogger tu ler shortcut nak jengah blog kengkawan. Nih, jenuh nak mengingat nickname blogger, kalau nak baca cerita dalam blog dorang.

Apa pun diharapkan benda ni bukan berkekalanlah. Macam kes iklan Nuffnang dulu. Sendu hati tengok tak nampak iklan bergoyang-goyang dalam blog. Tapi member kata nampak je. Rupanya isu tu masalah teknikal sementara je. 

No comments: