Nuffnang

Tuesday, October 4, 2016

TRIP to GUANG ZHOU - Part 3

Sambungan dari hari ke2 di Guang Zhou. Duit untuk shopping beli souvenir kat Guang Zhou.

Pagi ni kami ke bangunan IT. Sekali lagi, naik train ke Xiaogang Xi Lu.

Sebelah Hotel Sealy ada 7-Eleven. 

Golongan tua kat China rajin berjalan-jalan waktu pagi. Dari bilik hotel boleh nampak eldery bertaichi kat taman-taman berdekatan.

Selusuri jalan ke arah train. Sebelah kanan terdapat Sun yat-sen Memorial Hall.

Tanya arah jalan dengan agent travel.

Macam amoi China dah Mia kat sini. Baju kait tu beli kat kedai baju semalam. Banyak pilihan sampai rambang mata. Tapi bila bawa balik Malaysia, memang tak sesuai untuk cuaca kita. Sudahnya sedekahkan saja pada sepupu Mia kat Sabah.

Qiaguang Xi Lu

Memborong mainan pula di sini.

Naik kenderaan ala tut-tut. Segala barang boleh sumbat atas motor. Pastu dia punya rempit boleh melambung penumbang kat belakang haha... Semua arah jalan dia balun. Lorong pejalan kaki, lawan arah dan sebagainya. Lagi pelik, takde sorang pun penunggang pakai helmet. Inilah salah satu kenderaan paling murah dan cepat.

Naik teksi balik ke hotel.

Kembali ke Beijing Lu. Misi cari beg bagasi. Ingatkan nak tumpang barang dengan bas travel kakak. Sekali minah skema tu punyalah takut bagasi dia berat. Langsung tak kasi tumpang. Nak tak nak terpaksalah kami pergi Beijing Lu semula cari beg. Mia pun dah penat sangat masa ni. Kami packing siap-siap barang kat bilik. Senang nak mengemas masa balik nanti. 

Mickey Mouse lagi hihi...

Bersiap nak balik. Staff hotel ni dari mula jumpa Mia lagi dah minat kat dia. Kalau jumpa peluk-peluk, sayang-sayang. Mia pun jenis layankan je haha...

Naik train ke Airport Station pula. Nampak... 2 bagasi suami tolak. 1 troli + mainan dabak hakak bawak. Kesian Damia masa ni. Letih sangat agaknya, tertidur dari hotel sampailah ke train Yuexiu Park. Hakak dan suami rempit laju-laju jalan kaki dari hotel ke train station sebab takde teksi langsung masa tu. Hotel order pun tak sampai-sampai. Sudahnya terpaksa decide jalan kaki (sekali lagi!). Tak perasan kaki dia beberapa kali terseret sebab terjatuh dari letak kaki tu. Nasip baik pakai kasut & stoking. Jujur masa ni rasa frust sangat. Sebab harap jugak dapat tumpang bas kakak. Tapi mentah-mentah je kena tolak. Betullah juga. Bukan kami bayar pun bawah pakej travel tu. Tapi nak tumpang 1 bagasi pun apalah sangat kan. Huhu... 

Dah sampai airport. Muka macam pelari pecut dunia. Kena aircond, legaaaaa... nasiplah kat China nak masuk musim sejuk masa tu. Peluh membuak pun tak rasa panas sangat.

Misi mencari makanan. Selesai letak beg. Kitorang terus cari makan. Ajak kakak, tak nak. Takut travel agent tak kasi katanya. Hadoi... sudahnya berlapar. Kitorang selamba je turun tinggal dorang p cari makan. Perut kena di isi dulu. Lambat lagi nak naik train.

Bye bye GuangZhou! Harap dapat datang bercuti lagi ke sini. Sebab tak sempat nak meninjau tarikan sekitar GuangZhou. Apa pun percutian ni jadi pengalaman pertama kami bercuti dalam musim dingin. Cuma tak berkesempatan nak sentuh salji pertama. Semoga ada rezeki kembali ke sini :)

Link:
TRIP to GUANG ZHOU - Part 1
TRIP to GUANG ZHOU - Part 3

No comments: