Esok paginya kami ke kedai baju untuk order stok baju kanak-kanak untuk biz kakak. Damia pun letih, tidur lagi.
Benda pertama yang kami cari. Stroller untuk Mia. Percutian ni mengajar kami 1 benda. Biar kurang baju, jangan takde stroller. Kita tak boleh nak agak travel kita tu sejauh mana. Stroller atau buggy tu sangat penting untuk kemudahan parent dan keselesaan anak kita. Maka kami pun beli saja buggy murah-murah asal boleh angkut si Tuan Puteri Mia ni.
Bangunan ni khusus untuk pakaian dan mainan kanak-kanak je. Ada jugak barang-barang lain, tapi tak banyaklah sangat. Takde beza pun dengan Kenanga Wholesale, GM Klang atau GM Chow Kit. Cara urusniaga pun sama. Beli sikit, mahal. Lebih banyak, murah. Cuma kelebihannya, duit kita lebih mahal (waktu tu) berbanding duit China. Jadi barang-barang taklah nampak mahal sangat.
Dah bangun dan mula sarap. Stok gardenia memang banyak. Sebab tu bawak extra beg troli merah tu. Dalam tu penuh stok makanan saja. Bila balik pun ada yang tak habis guna pun.
Jalan-jalan cari makan. Masa ni kami singgah kedai makan Cina Muslim kat celah-celah bangunan tinggi melangit ni. Kalau pergi sendiri memang takkan jumpa. Nasip baik kakak dah datang dulu dengan grup travel dia. Sekali lagi, stok makanan yang banyak. Sayangnya takde gambar. Sebab SD card yang beli kat sini rosak.
Sampai saja kat hotel, kawan-kawan serombongan dengan kakak dah siap pack barang-barang. Mana-mana yang dah siap label dorang simpan dalam stor untuk kiriman melalui kargo pula.
OTW cari makan. Kali ni kat Shahkaser Muslim Restaurant. Makanan ala arab. Restoren ni pun antara yang famous untuk Malaysian. Harganya mahal sikit berbanding kat kedai makan cina muslim. Tapi berbaloilah untuk tekak.
OTW balik hotel semula. Masa ni sejuk hingga ke tulang. Dah masuk awal winter.
Link:
TRIP to GUANG ZHOU - Part 3
No comments:
Post a Comment