Nuffnang

Followers

Friday, October 7, 2016

Prize Giving New Year, New Smile with Ora2 Contest

Alhamdulillah... selesai menjalani majlis Penyampaian hadiah sempena Peraduan New Year, New Smile with Ora2 Malaysia. Contest ni berlangsung sekitar mac 2016. Dengan 4 penyertaan, mendapat  2 hadiah. 1 hadiah Ora2 premium set gift dan paling best, grand prize, Trip to Japan! Sungguh tak sangka terpilih sebagai pemenang utama dari penyertaan yang beribu. Seronok rasanya ditambah pula hadiahnya pelancongan ke Jepun yang ditaja oleh Sunstar! 

Siap ada signage Prize giving ceremony. Majlis berlangsung di Bangunan Amoda, berhadapan dengan Berjaya Times Square. Seingat-ingat hakak, kali terakhir menjejakkan kaki sekitar Sungei Wang pada bulan 8 tahun lepas. Tu pun sebab temani suami buat kerja sempena Kempen Bulan Merdeka. Ini kali kedua menjejakkan kaki ke sini. Jam 7.30 kami dah sampai. Nasip baiklah waktu maghrib awal sekarang. Jam 7.05malam. Sempatlah kami berlari dari aras 7 Times Square ke Amoda Building untuk majlis penyampaian hadiah.

Kehadiran kami disambut oleh Ms Sara wakil dari Japan Travel Bureau (Malaysia) Sdn. Bhd. (JPL) yang bakal mengiringi kami ke Jepun nanti. Setiba di bilik penyampaian hadiah, kami diperkenalkan dengan bos serta kakitangan Ora2 Malaysia. Majoriti yang hadir berbangsa Jepun. Langsung tak kekok sebab sikap ramah mesra dorang sepanjang majlis berlangsung. Damia pun happy dapat goodies dari Ora2.

Siap dapat jambangan bunga dari Ora2. Teringat bila bos Ora2 tanya, macam mana tahu pasal contest ni? Ceritanya, kami terserempak 'Gadis Jepun' berkimono kat depan AEON Wellness Midvalley. Hati terus terdetik nak mendekat. Masa tu tak perasan lagi ada promosi contest ni. Tengah belek-belek mouthwash. Tiba-tiba promoter tu ceritalah ada contest. Siap hulur borang peraduan. Nampak hadiah utamanya, percutian ke Jepun. Terus tertarik nak join. Kebetulan produk mouthwash suami dah habis kat rumah. Kami borong terus banyak-banyak buat stok. Dah beli tu kami dapat goodies lagi. Dapat pen dan kipas Ora2. Masa tu terdetik dalam hati, macam ada good instinct dengan contest ni. Dan tak sangka telahan tu betul bila entry hakak membuahkan hadiah yang sangat hakak idamkan, travel to Japan!

Potret keluarga. Damia malu-malu sepanjang masa. Memang jenis tak boleh tumpuan padanya, 100% mood malu tu terserlah. Pemenang ada 2. Pemenang boleh bawa seorang teman. Sayangnya seorang lagi pemenang hadiah utama tak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Bagaimanapun majlis tetap berlangsung lancar dan sempurna.

Inilah hadiah yang diberikan. Pihak Ora2 dengan baik hati tambah lagi goodies berupa set penjagaan mulut dalam bentuk travel kit. Set ni sesuai dibawa dalam flight sebab had bahan cecair dalam kapal terbang nanti. Hakak memang suka pakai produk Ora2 sebab perisanya tak pedas. Bahkan Mia pun sangat suka perisa peach leaf & mint, "sedap!" katanya. Suami pun suka pakai mouthwash yang cooling, terutama perisa snow mint. Rasanya tak pedas dan menyesakkan mulut. Namun nafas tetap segar dalam tempoh yang lama. Hakak pula suka mouth spray sebab boleh bawak ke mana saja. Memang selalu tersedia sebotol mouth spray dalam handbag. Boleh digunakan bila-bila masa kat mana saja. Kalau family datang memang dorang akan tanya kat mana dapat produk ni, sebab lain dari yang lain. Mula-mula dorang was-was juga nak pakai. Nak-nak bila nampak tulisan cina, sebenarnya tulisan Jepun ye. So hakak explain balik, produk ni dapat pengiktirafan halal oleh JAKIM. So jangan risau. Dijamin selamat dan halal digunakan. So far hakak suka borong Ora2 kat AEON sebab ada pelbagai produk Ora2 tersedia kat sana. 

Promo contest New Year, New Smile Campaign yang bermula dari 15 februari hingga 31 Mac 2016.

Senarai pemenang New Year, New Smile Campaign Ora2 Contest. Kak Suzi Fazilah pun menang peraduan ni.

Terima kasih Ora2 Malaysia, Sunstar dan AEON Malaysia kerana merealisasikan impian hakak untuk ke Jepun. Mohon doakan percutian kami nanti selamat, lancar dan dipermudahkan ye. Semoga ada lagi contest-contest anjuran Ora2 ke Jepun. Dan semoga kembali berpeluang menangi lagi percutian ke Jepun :)

Kalian boleh like page facebook Ora2 Malaysia di link diberi untk sebarang maklumat terkini, dan mana tahu boleh menang peraduan anjuran Ora2 macam hakak nanti. Good luck in advance ye :)

No comments: