Nuffnang

Followers

Tuesday, December 12, 2017

Amar Amran X Zalora

Kebaya Salmah by Amar Amran di Zalora. Ngam beli masa event pra pelancaran HPPNK2017. Baju ni beli hasil duit OT. Kita memang jenis jarang claim OT. Tapi sekali dapat, kita cuba laburkan untuk sesuatu yang sangat-sangat dihajati dan boleh diingati. Erti kata lain: baju, kasut, tudung, handbag etc... haih, perempuan! Hahaha..


Tak, bukan moody. Masa ni kekonon tengah amik attitude, shooting retis HPPNK. Nampak gedoboh baju ni kan? Saiz S tu. Tapi cutting agak besar. Sebabkan baju ni baru sampai 2 hari sebelum event. Rendam softlan, jemur, iron, pakai. Tak sempat nak fitting. Dan lagi, inilah dugaannya bila beli baju tunjuk-tunjuk (ready made). Cutting memang lari dari saiz body. Takpe, ada masa kalau nak alter lagi. Walhal sampai sekarang tak pakai dah. Masa event itulah sekali hehe.. Malas nak hantar p alter. Kalau sendiri jahit, ke laut la baju ni jadinya.

Harga masa beli. RM235.00 sahaja, huhu... Takpe, biar bergaya, asal bahagia. Malas nak sebut negative word haha.. Yang penting kita suka. See, bila model pakai memang cantik manis je. Di belakang baju tah berapa banyak pengepit dorang sepit kat baju bagi nampak anggun gitu haha... Biasalah. Nak cun macam ni, jemput alter sendiri ye. Bukan kita sorang je pakai saiz tu. 

Last but not least. Picture ni yang diwefie sendiri dek Fafau. Dia bahasakan dirinya 'kakak' dengan kita. Memang Fafau pangkat kakak dengan kita. Even beza usia 2 tahun saja. Still, tak sombong langsung. Paling best dan mudah shooting Fara Fauzana. Memang professional dan dia lak yang bagi banyak idea. Suatu pengalaman yang sangat kita hargai. Alhamdulillah...


No comments: