Nuffnang

Followers

Monday, November 9, 2009

segalanya my Holiday

Friday, September 25, 2009

Percutian di Kota Kinabalu

Salam...
Alhamdulillah kami selamat sampai di Kota Kinabalu. Perjalanan terasa lama sangat dan memenatkan. Sempat my abang perli, taklah sepenat dia naik kapal terbang ke Perancis dulu. 12jam berkampung dalam kapal terbang. Mau patah pinggang rasanya.

Harini aku berblog dari cc di Indah Permai. Niat asal singgah ke pekan ni nak ke klinik beli ubat selsema aliya. Sempat jugak simpan gambar dalam hardisk. Kereta kami pinjam dari kawan abang. Nasip baik ada yang sudi bagi pinjam. thanks to my abang yang rajin tolong carikan. Dapatlah kami 1famili jalan2 harini. Nak jalan2 dengan paklong aliya tak boleh la pulak sebab my abang bz dengan kerja. Esok pun my abang kerja. Nak hantar kami ke airport pun myb kena curi2 masa kerjanya.

Tak dapat nak story panjang lebar. Kami tak tahu lagi nak melawat ke mana harini. Ikutkan plan en.hb banyak tempat dia nak bawa kami. Tak tahu la sempat atau tidak melawat tempat2 idamannya. Kami ikut je, al-maklum tak tahu sangat tempat2 best di KK ni.

Gambar pun tak dapat upload sebab server agak lembab. Budak2 sakan main game online di sini. Nanti2lah aku try upload kendian.





Photobucket

Thursday, January 8, 2009

Percutian di Kota Kinabalu

Harini aku nak update story2 kat Kota Kinabalu. Dah lama aku peram...hahhaa... Banyak betol pic kali ni. Harapan aku kowang yang membaca sudi2kanlah jari jemari skrol mouse ke bawah... Sila2 jamu mata hokey... kalau ada kuaci ke popcorn ke sila2kanlah makan sekali... Ngahahaa...


Gambar ni ketika kami mula2 menjejakkan kaki kat K.Kinabalu... Fokker (kapal terbang MAS) yang kitorg naik kali ni, biarpun lebih kecil dari kapal terbang Air Asia dari KL-Sandakan, aku xrasa gayat n seriau telinga sangat. Mungkin sebab tekanan udara yang kurang berbanding masa landing kat Sandakan haritu. Lupa aku nak citer kat n3 sebelum ni. Masa k.terbang mendarat kat Sandakan.. Aliya nangis jugaklah sambil garu2 telinga dia. Sian kat dia.. Aku xboleh nak buat apa2. Nak tutup telinga dia pun dah susah sebab dia asik mengelak2. Aku sampai rasa fobia nak naik kapal terbang. huhu.... Berbalik kat story di KK pulak.. Bila dah sampai kat KK... sempat sengih2... penumpang yang lain sumer dah laju berjalan nak amik beg. Kami dok lepak2 lagi sibuk amik gambar.... wkakakakaaa



Hb kata lapangan terbang kat KK (Kota Kinabalu) sekarang dah berubah.. Jalan yang kitorg naik ni dulu xde... Pastu kemudahan dalam lapangan terbang ni seakan2 kat KLIA... Best jugak berjalan2...


Sampai je kat Imperial Hotel... Bilik lom sedia lagi. Nak masuk kena tunggu pukul 2ptg. Kami dah terlebih awal... Dalam kol 12lebih dok melangut kat hotel. Nak xnak terpaksa la kami lepak2 dulu kat surau di ting.10. Rupanya ada lagi satu keluarga senasip dengan kami. Pic ni kat surau. Aliya dok ralit explore2 surau. Masa aku tengah solat dia sibuk nak bergayut kat telekung aku, nasip baik ada dua budak perempuan kat surau, diorg yg tolong jagakan aliya. Xpasal2 aliya dapat kawan baru kat situ..kekeke....


Sampai kat bilik hotel barulah aku rasa tenang hati n seronok. Bilik yang disediakan pun besar dan selesa. Aku sangka dapat bilik buruk2 je... wakkakaka.... Aliya xhabis2 lagi dengan aktiviti meng-explore bilik. Kami ni segenap bilik dia pergi. Aku bagi dia pamplet... nah.. dok melepek atas katil baca peta. Macam profesor plak macam2 gaya membaca... Nak upload sumer penat la haku... gambar ni je la aku kasi tengok.. ngahahaha....


Macam kat Hotel Felda Terengganu dulu, kat bilik air ni pun Aliya suka mandi. Kemain lagi dia nak berendam dalam sinki. Habis atas meja sinki jadi tempat explore dia... tapi bilik air kat bilik ni memang besh... Rasa nak renovate rumah letak bilik air camni.. huhu... makin lama la aku mandi hari2...



Dah penat main2 n mandi... dak kecik ni layan tido plak... Aku bagi view bilik sikit... Besh wooo... Rasa cam xmo tinggal bilik hotel... Aliya cam biasa. Tiap kali tido kat hotel mesti susah nak bangun... Bahagia sungguh dia layan tido....


Aksi jakun aku... Time ni aku sibuk explore2 bilik... jakun sey..ngahahahaaa.... Ni xde lain, adik aku la yang amik gambo ni.. cezzz....


Lepak2 kat Central Plaza, KK. Hb kata... kat sini la tempat lepak yang besh... Kitorg makan2 n jalan2 cari Pasar Philiphine... Aku ushar2 mutiara n gelang untuk famili. Nak belikan untuk kawan2... tapi kang jadi xfair plak kalau bagi kat orang tertentu je. Sudahnya aku plan beli benda lain je... Sowi la kawan2 ku... huhu....



Kat sebelah PP KK. Port View... kat sini banyak kedai2 makan kat sebelah jeti... Kitorg xmakan kat situ, just tapau bawak balik. Xselera aku nak makan sebab ramai non muslim sibuk togok arak sempena tahun baru... Walaupun ada kedai2 makan halal tapi sebelah menyebelah je dgn kedai non muslim... Xlalu aku nak makan kat situ walaupun viewnya tersangatlah beshnya..huhukkk...


Selamat pagi KK... Dari bilik aku nampak view yang tersangatlah besh ni... gunung Kinabalu. Leh nampak pasar philipine... n jeti segala bot n kapal... Besh2... Hb kata... ni la 1st time dia tengok view gunung kinabalu waktu pagi yang jelas camni...


Jesselton Point. Tempat ni jeti baru kalau nak pergi ke pulau... Kitorg pilih pergi Pulau Manukan, Sandakan. Tempat ni memang besar. Pastu kalau masuk nak beli tiket kat kaunter... berebut2 dorg promote bot diorg. Kitorg pun dah blur2 dah sebab banyak sangat pilihan. Pic kat atas...Aliya tengah breakfast...makan biskut baby kekeke...



On d way ke Pulau Manukan, ombak plak tinggi. Langit mendung. Ikut ramalan cuaca hari yang kitorg pergi tu bakal ribut petir. Alhamdulillah sepanjang pergi sana xde ribut xde hujan. Cuaca mendung awal pagi je. Masuk tengahari panas berbahang pulak. Kisah dalam bot plak... Toksah kata la... Seriau betul aku rasa. Sampai satu ketika tu, safety jaket kat depan terpelanting ke muka adik aku.. Nak tergelak pun ada ngeri pun ada... Pastu air laut lak masuk dalam bot. Percikan ombak je tapi aku memang risau giler. Aliya lak nangis2 myb sebab xselesa. Sep bek nak dekat2 sampai pulau, dia tido... Hb pun mintak kat pemandu bot slowkan bot. Pemandu bot pn okes je xde la push sngt. Act bot jadi terlebih ber oleng2 sebab penumpang sumernya duduk kat seat belakang. Terlebih berat kat belakang. Berat kat depan kurang jadi bot tercongek ke atas tu pasal ombak mudah nak bagi bot xseimbang.. Sampai sekarang aku terasa lagi bayangan ngeri tu huhu....



Baru sampai... Welkam 2 Pulau Manukan yang indah.... Langit yang masih mendung tapi laut yang membiru. Jelas nampak ikan berenang2 kat bawah. Tapi aku masih terasa ngeri2. tambah2 tengah dukung Aliya. Terasa laluan kat jeti tu sempit sangat. Aku yang terlebih risau sebenarnya....



Kami kat museum Pulau Manukan. Kalau nak taw.. kat sini banyak spesis2 lautan diorg pamerkan. Walaupun xramai pengunjung... Sebab kebanyakan orang datang pulau ni sure2 la nak mandi n explore laut kan.... Tapi informasi dalam museum ni ni banyak n berguna. Tulang besar ni.. tulang ikan paus... Besar giler... Imagine kalau dapat tengok yang real punya... huh!




Aktiviti utama Aliya kat Pulau Manukan... xde lain nak explore pasir pantai je.. Pastu sibuk nak berdiri kat buggy dia kat batu batan nak imbang diri berdiri. Kalau tangan dia pegang pasir... aku kena cepat2 tengok sebab kalau lepa sesaat je ngappp masuk mulut! Xhabes2 feel yang sama masa kat Pualu Cherating dulu... Kalau bawak masuk dalam air... jerit2 xmau rendam air.. Lelama pastu baru nak main2 air....



Best tol snorkeling kat Pulau Manukan!!! Tapi hb aku komplen xnampak banyak spesis ikan. Ada la takat 3 4 eko jenis je. Aku xkisah sebab aku takot nak masuk laut yang tengah2 tu. Bukan dalam mana pun takat paras bahu je. Yang aku geli kalau terpijak batu karang n rumpai laut n timun laut (gamat).... Aku kalau tercecahkan kaki kat pasir mula la terjingkit2 nak ngelak pijak benda2 alah tu. Sebab aku takot terpijak obor2 n benda2 alah tadi. Hb kata xefek pun tapi aku geli la... huhu.... Adik aku la besh.. Explore sampai ke tengah... aku n hb kena bergilir snorkeling sebab nak kena jaga si kecik.... kekekke...




Sengaja aku buli Aliya sebab dia ralit sangat main pasir... Masa sewa perkakas snorkeling penyewa tu bagi pinjam pelampung budak ni free je. Tapi mek Aliya ni... aku baru letak pelampung kat badan dia, dia dah mengelepar nak lepaskan diri. Risau sangat dia kena lilit dek pelampung tu ngahahahaaa... Tengok betul2 muka Aliya... tension je...kekekke...







Okes... Kami dah gerak balik semula kat Bandar KK. Kesimpulannya aku berpuas hati la bercuti kat Pulau Manukan ni. Hb plan... Next2 pergi KK nak bawa kami berjalan kat pulau2 lain kat KK ni... Aku yang fobia dengan bot2 tu nak xnak still setuju gak kenangkan bestnya dapat amndi manda kat laut yang cantik tu huhu....


Kete sewa kami...


No bilik kami...




Sebelum gerak balik, kami breakfast dulu kat hotel.. Memang banyak pilihan tapi aku xsempat nak snap sumer pic makanan.. Kang kowang kata aku jakun plak dgn makanan hotel.. wkakaka.... Dari restoren hotel ting10, nampak view ni... N nampak pulau manukan. Best tol... Rasa nak lepak2 lagi lama kat hotel ni...



Last day kat Hotel...


Masa untuk bersoping kat Pasar Philiphine, KK. Aku belikan ikan masin, udang kering, jajan2 n perhiasan diri n rumah untuk famili n beberapa rakan yang terlintas kat fikiran nak beri. Tapi aku xberbelanja banyak sangat sebab aku nak berjimat. Risau balik Semenanjung kang, makan pasir lak kami xberduit. Naya la hakuuu.... Pic ni kami tengah survey siput laut untuk abah. Plan nak bagi abah letak dalam akuarium dia kat rumah... tapi mak kata, abah xletak dalam akuarium pun, abah letak dalam almari TV.. Lor.... xpela.. asalkan abah suka dengan siput pilihan kami tu... Banyak pilihan yang cantik2 n murah2... Kalau kat Pasar Philiphine cecah RM100-rm200. Tapi kat kedai auntie cina ni aku dapat dalam rege rm22 je... Gila beza harga...


Lepaskan penat dengan minum air kelapa...
Panas2 ni sedap minum air kelapa...





Gambar dalam flight....


Tengok awan besar ni rasa nak pijak2 je...
rasa cam gula2 kapas plak..


Tido... Aku pakaikan aliya penutup telinga tu.. supaya kes sakit telinga cam kat sandakan haritu xberulang. tapi alhamdulillah... Penerbangan dr KK - KL kali ni xseteruk masa dr KL - Sandakan haritu... Lebih selesa n tenang. Mula2 je la aliya merengek2 tapi dah tido tu susah pulak dia nak bangun.. nghahahaha....


Pic ni rosak sket.. bukan salah mata kowang tengok hidung aku terlari tu.. kekekek... Dah menjejakkan kaki kat LCCT KL.. Ha.... barulah rasa senang hati sket...


Baiklah... Masa untuk kembali ke rumah.... Kesimpulannya percutian kat Sandakan n Kota Kinabalu memang menyeronokkan. Kitorg njoy sepanjang bercuti. Famili my hb plak memang sporting giler... Rasa xsabar nak jumpa diorg lagi....

Sampai sini kisah2 kami kat Kota Kinabalu... Story lain bakal menyusul....

Wednesday, January 7, 2009

Kampungku... Sandakan Sabah

Sekian lama... baru harini tergerak hati nak update story2 di kampung my laling kat Sandakan Sabah. Banyak sangat pic yang aku nak kongsikan dalam blog ni tapi xde masa nak design wat layout. Aku update ni pun sambil2 layan kerja. Jadik update story pun terpaksa wat yang sesimple mungkin. Nak tulis panjang2 xde masa lah pulak. Jadik, aku guna cara pic with caption. Lagi mudah korang nak faham story aku kan...kan... Sambil tengok gambar leh la aku story satu persatu perjalanan percutian kami kat Sandakan. Jangan fening2 taw... banyak koleksi gambar kat Sandakan kali ni..


Inilah beg2 kami nak ke Sandakan... Belum pape lagi
dah berat sebab banyak stok bawak balik SDK...


Sebelum bertolak amik gambar dulu... Adik aku, Arin yang
bawak balik kete kami ke rumah... Sempat kitorg ngusik dia...
" ko jgn wat party org bujang kat rumah ktorg ha.. " ngahahaha..


1st time aliya bertemu nenek n acik amin... Tengok
muka aliya...blur2 je...kat kg cm pingcess aliya
dilayan... acik n nenek asik nak mendukung je...


Aliya dengan para sepupu di Sabah... Sebenarnya ada
ramai lagi... Tapi xdapat berjumpa lagi..hurm....



Tengok2 budak2 bertiga ni... Habes digodeh barang2 kat bilik...
Fening kenkdg...huhu....



my pingcess sleeping... kalau bawak berjalan kat laut aliya
mudah tertido... layan bayu laut agaknya...
masa ni kami nak ke Bandar Sandakan....



Acu pun posing gak.... (tu pun jenuh aku paksa...)
masa ni kat Pengkalan TLDM Sandakan..
Tempat lama abg aku bertugas dulu...



On d Way pergi Bandar Sandaka. Sepanjang kat
Sandakan, Acu yang bawak kete... kekeke....



Singgah dulu kat perkampungan Simsim... Perumahan kat
sini atas air... Kagum aku ma... Seriau pun ada..huhu...


Kat klinik Chua... Klinik ni dibuka sblm hb aku lahir lagi...
Docnya pn still org yg sama... dh tua pun... Kali ni doc ayah
cek baby aliya pulak... Berzaman rawat keluarga my hb...


Kat Pasar Philiphine (tol ke aku eja?) kata my sil...
PP kat sini lagi murah dr PP kat KK... Tapi aku xde
masa. Xsempat aku nak tinjau2 barang2 kat sana huhu...


Jeti kat bandar Sandakan....


Bukit Sapi...Lagendanya ttg kisah lembu yang disumpah jd batu.
Memang ada batu yg sbnr kat 1 tmpt tu... Tp tmpt tu dh
terpinggir... xbrani nak pergi tgk.. Yang kowang tgk ni arca je...
Yang betul2 punya besar n dh terhakis makan dek air.


Makan Spagetti... Yang ni pakat2 kami ipar duai gotong-
royong memasak...Memang best tol join kakak2 iparku
memasak...


Masak murtabak...fav my hb.Aku sangka murtabak cm kat
Smnjg ni..rupanya lain sungguh cara pembuatannya.
Aku blaja2 masak..kot2 leh watkan utk hb nanti..ngeheheh...


Tok bidan tgh tengok2kan keadaan Aliya...


Kat Sepilok, Sabah... Kat sini yang paling popular...
taman Pemuliharaan Org Utan...


Kitorg terpaksa masuk 2x... 1st masuk, hari cam nak hujan
patah balik amik payung...


Masuk kali kedua hujan xturun pn..wat penat aku je...
Kali ke2 baru nmpk org utan... 2 pn dr jauh je...
xpuas hati aku...huhu...




Besar2kanlah mata kowang.... Nun ada org utan...
Tapi pic kecikla..kekekeke...



Kali ni kami kat Taman Buaya, Sandakan....
taman ni popular kat Sandakan


Nama boya ni TAKO.. Aku pngl taiko sebab boya ni punya
renungan mata yg ala2 taiko ma... garang giler...
Rupanya2 memangla boya ni ada rupa yg keji...sbb dia
penah makan 4org. Umo dia pn dah cecah 60thn...
Giler seram bila aku baca info psl TAKO ni...
Dan2 tu aku dok kutuk2 si TAKO ni. Tengok betul2...
pnjg tau size si TAKO ni. Sekali libas je leh runtuh
pagar kot.. ngeri...ngeri...


laluan kami kat atas kolam buaya2 ni taw.. Ado la..
tiap kali menapak aku rs cam nk luruh jantung...
Takot papan lantai tu patah ke...terjatuh ke..
buaya libas ke... ado la.. ngeri2... nk xnk kena
jugak menapak atas kolam boya ni tau...
Melambak2 boya yg besar2 lebih besar dr size
org dewasa... Takot aku...takottttt.....




Aliya tego hamster tu.. Yang kelakarnya leh lak
hamster tu wat aksi akrobatik depan aliya... hebat2...



Aliya bersama auntie rina... K.rina ni cun taw...
Dah anak dua pun... tp maintain cun



Aliya dengan maklong... K.long pn cun jugak...
nmpk cool je..



Bersama separuh dari keluarga my hb...
Masa ni nak gerak ke KK



Aliya, nenek n mummy... Aliya dh agak moody sbb ngantok...


Masa nak gerak ke KK


Masih kat Lapangan terbang...
dekat je dgn rumah mak mertuaku...


Jus epal... dalam penerbangan...


Tido...


Bye2 Sandakan... nanti kita datang lagi...

Ha... Penat aku rasakan... puas hati dapat jugak update story kat Sandakan... Nantikan kemunculan story di Kota Kinabalu pulak.. Pun bnyk nk share....

Friday, November 14, 2008

Bercuti kat Genting

Kali ni gambar2 percutian kat Genting... Ini kira destinasi terakhir la lanjutan dari bercuti kat Kuantan n Colmar haritu.... Berderet tempat pegi dalam satu hari! Ulasan panjang lebar aku bagi bawah pic je la.... Jadik caption terus lagi mudah.
Kitorg gerak balik pun dah lewat malam. Memang penat sangat percutian kali ni. Sebab banyak berjalan. Next2 kalau nak berjalan2 lagi lain2 tempat camni kena amik satu hari satu tempat. Kalau Pegi dua tiga tempat dalam masa satu hari, ketar lututtttt...uuuuu........
Cayunk ayah..ummmmmm....
pic b4 masuk laman Genting
kat parking park yang memeningkan kepala tu


Abg Nemi ukur ketinggian...
Nak pulak dia berdiri situ lama2 kekeke


Tengok sapa interframe? ayah nak posing dia g tunjuk muka lak
apala aliya ni..kaco daun la...kekeke....


mamam time...masa ni excited sungguh dia tunggu
mashpotato...makan beria lak tu


sapa anak auntie? (angkat tgn)
sapa anak acik? (angkat tangan gak)
tanya la anak sapa sumer dia angkat tgn....kekeke....


kat monorail Genting...lama tol turn kita kan baby...
Siap ayah kuar masuk barisan xsampai2 jugak


our family


family my bro ~ Nemi dah sleepy


Baby ni betol2 menggeramkan.. Baru 3bulan
tapi badan dia...uuuu...sedap dipeluk nih



Macam2 gaya ayah wat xnak bagi aliya fedap...
Aliya xmo ride horse...dia nak pegang kepala...kakakaa...


Mummy belikan topi ni kat Living Cabin, Genting. Semata2.
Bukan xleh beli kat KL. wakakaa....

Monday, August 11, 2008

Sambungan gambar percutian di Kuala Terengganu

sekadar nak menambahkan koleksi gambar...ini gambarku dgn aliya masa percutian di terengganu hari tu...bnyk lagi kolesi gambar yang nak dikongsi disini tapi server slow pulak..lambat nk upload pic satu persatu...



Thursday, July 31, 2008

Percutian ke Kuala Terengganu


aliya kat masjid kristal...sengih sokmo!


mummy n ayah wit aliya...gambar kat masjid kristal dgn gmbr kat hotel...kat hotel siap sis2 yang keje kat situ usung aliya kulu kilir...sep baik aliya layan je...xde moody2...


aliya layan je time kitorg shopping kat pasar payang...
act tgh moody ni..tapi sebabkan tgk org ramai..
dia pun lupa yang dia tgh moody...
Salam semua...hari ni aku nak story percutian ke Kuala Terengganu...sungguh jauh perjalanan... Kitorg gerak kol 12.30 tghari smpai sana kol 6.30 petang...memang tersngtlah letih rasanya... jalan-jalan jauh tu bukan sesaja nak makan angin...tapi aku ikut hb sebab dia ada meeting kat KT hari ahad...disebabkan aku nak ikut so aku pn amik la cuti...hb aku ke KT ni dgn 2 aktiviti la...keje sambil makan angin...
Memula sampai kat KT kitorg cari makan dlu...jumpa la resort yang ada view laut...aku lupa pe nama resort tu...plan nk stay kat sana tp penuh sbb ada aktiviti skool..pehtu kitorg layan makan kat resoren dekat2 resort tu...pehtu mula la keje keliling sekitar KT. cari hotel yang baik...sayangnya banyak hotel dah penuh...kalau ada pun hotel yang semak mata memandang dgn kualiti yg superb teruk..xpayah la aku mention nama2 hotel tersebut...pusing punya pusing jumpa la hotel felda...memang hotel ni selesa sampaikan aliya tido pun dah susah nk bangun...tiap kali tido kne kejutkn bangun...
Hari pertama kat sana aku terima kejutan sebab kat sana ribut..punya la takut aku rasa...dia punya gegar sampaikn nak jalan pn terhuyung hayang...malam tu kitorg stay kat hotel kuar beli makan pn dah agak lewat...
Hari kedua...hb aku keje..pg meeting kat bandar. aku stay kat hotel dgn aliya...si kecik ni sonok main air...aku mandikan dlm besin kemain lagi dia kocak2 air xnk kuar.kekeke...petangnya kitorg kuar berjalan...memula pegi masjid kristal...sempat jugak tgk masjid2 contoh...lelama aliya dah wat pangai dah..moody so ktorg decide berjalan dr naik tram balik...berjln lg cepat dr naik tram...kekeke....pehtu ktorg ke pantai duyung, n beberapa tempat lg yang aku lupa pe namanya...
Hari ketiga...keberangkatan pulang...tu pn sempat lagi singgah beberapa tempat...tu psl smpai kat umah pn dh lewat mlm...aku penat giler esoknya aku amil EL...bagus la tu...kang jadi bahan gosip lagi..huhu.....kekeke....
kesimpulannya pelancongan ke Kuala Terengganu agak menarik....xshopping pe pun..just jajan2 dr pasa payang dgn kaftan kuning utk aliya....mummy n ayahnya xbeli pape..huhuuuu.....

No comments: