Nuffnang

Followers

Monday, November 9, 2009

segalanya pendapatku

Thursday, October 29, 2009

anlene dan kajianku semalam

Anda dengar bunyi dari tulang anda? Bunyi iklan Anlene. Aku baru beli susu Anlene beberapa hari lepas. Belum pun menginjak usia 30 tahun aku dah asik rasa lesu2 dan lenguh badan. Kalau lenguh, aku mengeliat sikit dengar la krukk krakkk dalam badan. Hoh! sungguh menakutkan....
http://www.thenewbatavia.com/resources/internal/file_views/772/1_Anlene-Actifit-Vanila-600g.jpg
Bila dah tua baru nak terhegeh beli susu tambah kalsium. Aku kureng sikit minum2 susu atau air berubat ni. Sebab kalau baru nak mula mesti aku jadi cam sekarang. Mudah lesu, takde selera makan dan rasa mengantuk diluar kawalan. Demi kesihatan nak atau tidak terpaksa jugak aku teruskan minum Anlene. Sebenarnya susu Anlene ni ada dua jenis, perisa susu dan coklat. Saja aku ngade2 beli perisa susu je sebab nak cuba2 tapi memang sah aku tak selera! Kot pasni aku cuba lak Anlene perisa coklat.

Fav aku tetap nescafe seperti ini.
http://image.ec21.com/image/vlivot/oimg_GC03187326_CA03187350/Nescafe_Rtd_Mocha_Coffee.jpg
Tapi aku suka perisa original jek

Walaupun aku sedar minum nescafe ni buat aku sakit kepala dan mual tapi tetap jugak nak minumnya. Pernah satu ketika bila aku berhenti minum kopi atau sebarang minuman berkafein, pening kepala aku. Sangat merungsingkan. Sudahnya aku kembali pada tabiat minum yang kurang sihat seperti dulu.

Sekarang aku campur. Susu sekurang2nya 2 kali sehari dan minuman berkopi.... ikut sukati aku je. hohoho....

~~~~~~ lanjutan pendapat semalam ~~~~~~

Melalui tajuk job baru yang aku perlu rekabentuk semalam yakni human trafficking; melalui pembacaan aku, kaum2 yang ditindas hak sosialnya dijadikan hamba kerja2 berat, dijadikan pelacur dan peminta sedekah serta sebagainya.

Bagaimanapun di Malaysia purata pengambilan pekerja di kalangan manusia yang tertindas ini sedikit berbanding negara luar yang lebih maju. Kebiasaannya negara kita hanya dijadikan transit sementara mengasingkan mangsa2 ini ke negara2 tertentu. Justeru kita boleh tengok mangsa2 ini sentiasa diawasi dan diletakkan di bawah jagaan pihak tertentu (samseng seumpamanya yang menganggotai sindiket begini).

Mangsa2 diletakkan samada di tongkang (kapal), kontena mahupun di dalam lori secara beramai berhimpit dengan segala kesesakan, kekotoran dan bergelut sesama sendiri untuk terus hidup hingga tiba ke tempat yang dituju dengan selamat. Berlaku juga kes kematian dalam perjalanan kerana kurang oksigen, dipijak mahupun mangsa yang sedang menderita sakit tetapi tidak dirawat sewajarnya. Sungguh daif. KIta sebagai rakyat Malaysia, jika mendapati kejadian ini berlaku di depan mata jangan MALAS adukan hal ini pada pihak yang berkuasa. Bersama kita membantu hentikan jenayah perdagangan manusia ini.

Photobucket

Friday, October 23, 2009

jenis2 contest/giveaway yang kita kurang minat sertai part2

Ahah! n3 aku kali ni nakkan kejujuran dari semua pihak terutamanya rakan2 maya yang sama2 giler contest/giveaway sepertiku. Aku tahu kalau kita buat sesuatu n3 panas, kita akan terima habuannya. Sebagai contoh aku yang menulis tentang jenis2 contest/giveaway yang aku kurang minat sertai akan berhadapan dengan risiko besar susah nak menang contest/giveaway sebab jujur sangat bagi pendapat, huhu...

Tapi setelah aku sendiri menjadi penganjur dalam sebuah contest, aku dapat merasakan dilema bagi dua pihak. Iaitu selaku peserta contest dan penganjur contest.

Delima sebagai penganjur ialah;
1) memikirkan syarat2 contest yang mudah lagi berkesan untuk menarik minat ramai peserta;
2) memikirkan kualiti dan kuantiti hadiah menarik untuk pemenang. (yelah, orang lain susah payah masuk contest kita dapat gift takat cungkil gigi je, tak rasa bersalah ke? huhu memanglah kita cakap xpelah asalkan ikhlas, tapi rasa bersalah tetap menebal bila tengok senarai yang mencuba ramai dan );
3) pemilihan pemenang yang sungguh memeningkan kepala. Salah pilih penganjur akan dituduh berat sebelah, tidak adil atau syok sendiri atau bagi menang kat kroni sendiri. (ini tidak adil!) Pemenang dipilih melalui pilihan penganjur, cabutan bertuah atau raih undi.

maka aku rasa adil bagi kita sebagai peserta contest/giveaway tegar memberi pendapat. Bukan mengadili penganjur ye, sekadar kajian suka-suka. Pada yang berminat untuk menganjurkan sebarang contest pada masa akan datang, pandangan dari kawan2 kita ni mungkin boleh dijadikan panduan untuk menetapkan sebarang syarat. Kepada yang menyertai sebarang peraduan, janganlah mengeluh kalau memang dah syaratnya begitu. Kecuali anda yakin betul boleh menang walaupun tak teliti dan penuhi syarat penganjur, anda digalakkan teruskan usaha sendiri dengan risiko menang yang sangat tipis. Sapa suh tak ikut syarat kan. Aku dlu pun penah sekali kalah sebab tak cukup syarat, tapi aku tak kisah sebab aku lupa dan adat bertanding la menang kalah mesti ada. Kecuali kalau penganjur bermurah hati berikan saguhati kepada setiap peserta. (Jenis ni botak sikit la kepala hohoho)

Panjang lebar dah penerangan aku. Kalau korang ingat n3 aku yang lepas dengan tajuk yang hampir sama dengan n3 kali ni pasti ada setuju sedikit sebanyak dengan pendapat aku. Kali ini aku nak kawan2 semua jujur sejujur2nya bagi pendapat korang sebanyak yang mungkin, jenis2 contest/giveaway yang korang kurang minat sertai.

Er... ini bukan kontes ye kawan2. Sekadar n3 memberi pendapat. Kang ada yang tanya lak aku dah bagi pendapat best2 ni mana hadiahnya? Masak aku, kui3....

Kalau korang okey, bagilah sebanyak2 pendapat tentang tajuk kita harini. Aku sedia bagi respon dengan pendapat korang. Bile agak2 komen dah banyak nanti aku nak wat rumusan atas komen2 korang sumer. Wah! macam projek sekolah pulak plan aku. hohoho....

Silakan kawan2... berikan pendapat masing2 sejujurnya. Aku tak kisah. Korang pun mesti sporting! Yosh!!



Photobucket

Saturday, October 10, 2009

anon perlu berhemah

Aku masih kusut dengan masalah server. Baik di rumah maupun di opis. Disebabkan masa aku lebih banyak diluangkan di opis, jadinya terhad sangat peluang nak surf internet sebab server selalu lembabs. Peserta contest makin meningkat. Tapi still xleh nak cek out. Bila internet dah stabil aku akan update senarai peserta kat link sebelah yep. Harap2 janganlah ada yang berkecil hati kalau nama mereka masih belum tersenarai.

Aku harap xde la orang amik kesempatan melawat blog aku untuk saja2 sakitkan hati aku atau kawan2 aku. Kalau ada yang berharap aku paparkan masalah orang lain dalam blog aku, mintak maaflah. Bukan sikap aku nak melaga2kan orang. Kalau orang dah amanahkan rahsia peribadi kat aku, akan aku simpan sampai mati. Amanah beb.

Lagipun apa motif orang2 tertentu yang suka masuk blog orang, baca kisah2 dalam blog orang pastu sibuk2 nak cari keburukan pemilik blog pulak. Kalau kenal rapat xpelah nak komen2. Tapi kena pikirlah jugak. hal peribadi orang jangan nak jaja2 sukati. Blog ni sesapa pun boleh baca kan. Kena pk la jugak maruah sang pemilik blog. Berkawan ni ada hadnya nak bergurau. kalau dah melebih beb, kawan jadi lawan la pulak. Maka hati2lah bila nak berikan komen. Jangan main taram je nak bagi komen sukati. Ntah tersinggung sang pemilik blog ke lain lak jadinya.

Aku cukup tak suka kalau ada anon yang komen takmo letak link. Kalau pun anon maklumkan la nama penuh dorg supaya kita tahu siapa si anon ni. Ye la xsumer orang ada link blog kan. Kena faham la bab tu. Tapi kalau niat nak bagi komen letak nama anon sebagai samaran siap dgn komen2 sensitif. Baik rentikan je niat nak bagi komen. Si anon ni tak pasal2 akan dapat sakit hati bila sang pemilik blog wat n3 khas pasal si anon. kalau dah mula sakit hati mula la timbul perang blog beb. Rentikanlah.

Dulu aku pun ada wat n3 pasal anon yang kecoh nak defend seseorang yang tak sepatutnya. Tak pasal2 aku tuduh si anon ni si anu yang aku bengkek tu. Betul, betul.. memang berdosa nak main tuduh2. Tapi bila kita baca komen yang berkait dengan si polan dan si polan bukan ke logik kita meneka. Lagi pun pe motif si anon ni jadi penyibuk saja2 nak sakitkan hati aku kan... Agak2 dah masuk blog orang, masuklah dengan susila.

Aku tak harap la orang beri komen sekadar dengan puji2an. Tapi bila kita masuk blog orang mesti kita nak kena jaga tertib. Berhemah. Jaga budi bahasa. Bukan taram je komen yang bukan2. Kita bukan kenal baik hati budi sang pemilik blog. Kenali mereka2 ini pun melalui dunia maya. Maka bersikaplah dengan wajar. Kita masuk blog orang pun sebab nak baca kisah pemilik blog. Jadi agak2 la bila nak beri komen.

Keamanan perlu dijaga baik di dunia nyata mahupun dunia maya. Tak rugi kita berbaik dengan semua orang. Kalau sekali kita sakitkan hati orang, beribu kali kita dilukai.

Wallahualam.

Photobucket

No comments: