Nuffnang

Thursday, December 17, 2009

apoimen Damia di klinik Dermatology, Hospital Selayang

Semalam ketika aku dengan rasa tergedik-gediknya nak isi contest/giveaway melalui blog, tiba-tiba en.hb muncul di sebelahku. Siap angkut beg laptop dan handbag aku. Sahlah nak ajak balik. huhu.... Lebih haru sedang elok je lepas aku klik view posting entry semalam bertajuk Isi je segala contest dan giveaway selagi mampu. Tergendala niat murniku (kui3) nak join sebarang contest.

Aku baru masuk kerja. Dah tengahari baru punch kad. Bukan ponteng separuh hari ye... Kami bawa Damia ke Hospital Selayang sebab nak buat pemeriksaan bulanan pada kulit Damia. Kekerapan ke hospital untuk pemeriksaan ni sekitar 3 ke 4 bulan sekali. Kami terus menuju ke ting. 4 bahagian Dermatologi. Dr. Raoul yang pernah periksa Damia di wad 8C dan 8B dulu masih ingat pada Damia. Dr. Raoul pun nampak perbezaan positif pada kulit Damia.

Yang buat lama... ketika nak tunggu ubat di farmasi. Tapi agak mengecewakan sebab krim pelembab cuma diberi sebotol sederhana besar saja. Tak macam selalu, ahli farmasi akan bekalkan sekurang-kurangkan 3botol krim pelembab dengan botol-botol bersaiz besar. Kalau ikutkan surat doktor, sepatutnya Damia dibekalkan dengan 4 biji botol krim pelembab bersaiz sederhana. Tapi ahli farmasi ini suruh kami datang ke hospital lagi kalau stok yang diberi dah habis. Jadi satu kerja nak berulang ke hospital sebab nak tambah stok krim pelembab saja. Aku dah cuba-cuba mintak tambahan lagi sebotol, pun tak diberi jugak. Takpelah, kalau stok krim pelembab ni dah habis kami kena pergi jugaklah ke hospital Selayang lagi. Nasip baik tak jauh sangat dari rumah.

Damia harini meragam sikit lepas dibawa makan. Sebenarnya dia mengantuk sangat. Pukul 3 pagi masih berjaga. Pening aku, kejap-kejap kena layan karenahnya. Kalau bukan hari bekerja takpelah juga. Pagi-pagi bila Damia dikejutkan bangun untuk dibawa mandi, Damia dah mengelak-elak dari didukung. Tahu benar nak kena paksa mandi. Dalam mata terpejam-pejam menangis si kecik tu, mandi. Siap berpakaian baju baru dan dibawa keluar rumah barulah nampak Damia ceria. Mata tetap kuyu sebab tak cukup tidur. Nak pulak sampai saja di hospital ramai budak-budak, happy mood la dia. Tapi ketika nak balik ke rumah nanny, Damia dah tunjuk ragam. Sibuk mengaru-garu, rimas. Sebenarnya mengantuk, tak cukup tidur. Apalah si Damia buat sekarang. Ketika nak gerak ke opis tadi dengar jugak dia melalak di rumah nanny. Sedih hatiku. Harap-harap Damia ok. Asalkan cukup tidur dan kenyang, moodnya gerenti kembali happy. Cumanya nanny Ma kena pandai pujuk la. huhu....

Sambung cerita petang-petang karang. Kalau aku nak menulis lagi :)

No comments: