Nuffnang

Followers

Thursday, December 31, 2009

Imbasan Sambutan Ulang Tahunku ke 27

19hb Disember 2009 genaplah usiaku ke 27 tahun. Kenangan manis sambutan hari lahirku kali ini disambut penuh kejutan baik dari en.hb mahupun dari Damia. Senyum panjang aku haritu sebab happy mood sentiasa.

Kejutan pertama dari en.hb. Sebelum keluar rumah aku dah nampak satu paper bag HABIB dan kad ucapan hari lahir di atas meja solek. Happynya dapat cincin berwarna silver. Aku memang tak berapa suka warna emas. Cincin-cincin emas aku tersimpan saja dalam kotak. Aku memang kurang berminat dengan barang-barang kemas ni. Tapi cincin yang ini memang aku suka sangat-sangat. Kena dengan citarasaku. Terima kasih en.hb... Sayang sangat. Puji lebih-lebih kot boleh dapat lagi hohoho....

Kad ucapan hari lahir untukku. En.hb tak tulis apa-apa pun. Sempat aku komplen-komplen, huh. Tapi menariknya kad ni bukan nyanyikan nada happy birthday sebaliknya tah lagu hapa tah. Yang sangat kelakar dan romantik sekali.

Sepatutnya pukul 3petang aku perlu terus ke Mydin Selayang untuk mengambil hadiah Pertandingan anjuran Pureen bersama Mydin. Tapi kami sempat melencong ke warehouse Hytex produk baju-baju disney di Taman Ehsan. Pusing2 dekat tu saja. Beli beberapa kerat baju je untuk Damia harganya cecah rm85. Bengang jugak rasanya sebab tak puas hati dengan harga. Kalau dulu lagi murah-murah dan lagi cantik-cantik. Kali ni... bolehlah.....

On d way ke Mydin Selayang. Sempat Damia makan biskut. Mood happy sebab cukup tidur. Sekitar 3.30 petang barulah sampai di Mydin Selayang. Masuk saja di pintu masuk, aku dan Damia disambut mesra sungguh tak macam hari-hari lain kami ke sana. Kemungkinan besar penyambut tetamu tu memang dah agak kami pun sertai contest Pureen tu.

Tak sangka menang tempat kedua. Aku dah ura-ura nak balik je bila pemenang ketiga diumumkan nama Damia tak naik-naik. Bajet2 dapat saguhati je sebab ramai lagi peserta yang sungguh comel-comel belaka.

Memang rezeki Damia menang tempat kedua. Tahniah sayang.... Mummy tumpang gembira kerana damia menang di hari lahirku ke 27. Semacam hadiah tambahan untukku jua hehehe... Gambar haamper besarnya akan aku paparkan dalam entry berkenaan contest ini.

Sampai saja di KLCC, en.hb bawa aku ke Secret Recipe. Ini kejutan kedua. Rupanya en.hb awal-awal lagi dah tempah kek kegemaran aku ni. nyummy!

Kejutan Ketiga. En. hb siap tempah bunga ros untukku. Aku rasa segan-segan nak usung jambangan bunga tu keliling KLCC. Itu pun nak malu cait! Sangat cantik dan aku sungguhlah terharunya....

Kejutan keempat... kat chili's KLCC. Inilah pertama kali aku makan di Chili's. Memanglah agak mahal harga makanannya tapi berbaloi dengan saiz makanan yang besar. Lagi menarik untuk kanak-kanak, free! Aku tak lalu nak makan habis. Tapau saja bawa balik. Lagipun Damia dah tak selesa nak tidur.

Upah makan nuget. Memang kecoh je minah ni tak nak dok diam. Mummy n ayah nak romantik sikit pun payah. huhu....

Bagi Damia mewarna. Damia memang suka melukis dan mewarna. Pantang nampak pensil kaler dan kertas, terus menconteng.

Aku nak tolong conteng pun dia tak benarkan.

Hiburan untuk Damia. Bawa dia ke Kinokuniya KLCC. Inilah tempat paling digemari Damia. Pantang nampak buku-buku. Damia memang sukakan buku. Inilah buku yang dipilihnya. Lebih mahal dari buku yang aku beli, okey.... huhu... Memang pandai memilih!

Nyanyian Happy Birthday dari Damia dan ayah...

Sampai sini saja untuk cerita sambutan Ulang tahunku ke 27!

4 comments:

onniey84 said...

Happy birthday ted..semoga panjang umur serta dimurahkan dan dilimpahi rezeki..

Unknown said...

happy birthday ted..aku takd emasa nak mengomen..baru ni lapang sikit..happy birthday..semoga kau haappy selalu dan bahagia di smping ayah damia..luv ya

Wansteddy Tales said...

thanx oniey... ted doakan juga kebahagiaan oniey dan keluarga sepanjang tahun depan dan seterusnya :)

thanx hada... aku tak kisah, lagipun aku faham situasi ko sekarang.. harap ko tabah. semoga tahun 2010 akan mmbawa sinar lebih indah buat hidup kita hada, amin...

i z z a said...

hepi belated besday..moga panjang umur,lebih murah rezeki,d beri kesihatan yg baik,bahagia bsama famili..cute cincin tuh..byk kejutan ye..ceria2 sllu