Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, January 26, 2010

Damia Stay up sampai subuh

Ada jugak cerita yang aku nak bebelkan petang-petang ni. Sambil bukak file kerja sempat aku berblog kui3... Petang ni lepas waktu kerja, aku dan en.hb akan balik ke rumah rushing packing baju-baju. Lepas tu kami akan zoom ke Melaka. Bukan nak cuti-cuti. Sempena kerja urgent en. hb la tu. Walaupun tak perlukan khidmat aku untuk membantu, nak atau tidak, aku dan Damia perlu ikut. Sebabnya satu-satunya saudara terdekat kami iaitu adikku dah balik kampung. Kalau dia ada mungkin dia boleh temani aku dan damia di rumah. Bukan lama. Semalaman sahaja. Tapi nampaknya kali ni en.hb kena angkut aku dan Damia sekali.

Borang cuti dan diisi. Tengah fikirkan baju apa nak bawa nanti. Sambil-sambil tu tengah serabut buat rekabentuk poster. Aku tak taruh harapan tinggi pun pada rekabentuk poster ni sebab aku buat pun dalam keadaan tergesa-gesa dan tak bersemangat sebab mengantuk. Tadi pun waktu rehat, elok aku dah landingkan kepala kat bantal seminit datang en.hb bawak khabar perlu ke Melaka. Potong stim nak berehat betul la huhu....

Lupa aku nak bagitahu dalam entry sebelum ni. Semalam suntuk Damia tak tidur! Sebenarnya tidurlah jugak sekitar jam 10 malam ke 12 malam. Elok aku pulak nak landing, dia pulak bangun mintak makan. Siannya.... laparlah tu. Dah disuap makan ajak ayahnya bermain sepahkan rumah pulak. Sudah.... Aku dah pening tambah penat, tinggalkan je dua beranak tu berhuha dalam rumah. Aku sambung zzzzz....

Pukul 3 aku terjaga mek Damia dok sengih-sengih lagi dengan aktifnya ajak aku pulak bermain. Ayahnya dah lelap tak sedar apa dah. Rupa-rupanya Damia stay up malam sengsorang memunggah mainan sambil tengok TV. Aku pusing kiri kanan depan belakang fuhh.... penuh mainan dia saja. Ado la.... Pastu aku terlelap balik. Bangun lagi pukul 5 dia dok celik mata lagi dengan bersinarnya. Kendian macam biasa guna strategi politiknya suruh aku temani dia dengan taktik menggaru. Sampai subuh aku tertido on off saja. Dia tetap cergas dan berjoget-joget bila ada cerita kanak-kanak berlagu.

Biasanya kami hantar Damia yang masih tidur ke rumah nanny. Tukar pampers baru dulu tak basuh muka. Sedang tidurkan, takkan nak basuh muka. Tapi harini disebabkan si kecik ni langsung tak tidur kami ambil kesempatan mandikan dia dulu sebelum pergi kerja. Agak ambil masa sedikitlah kami bersiap dari hari-hari yang biasa sebab nak urus mek kecik tu sekali. Dia tengok mummy dan ayah dah bersiap-siap, senyum-senyum gembira je. Siap main cak-cak dengan aku. Jelas happy mood. Agaknya dia sangka kami nak bawa dia berjalan sebab siap mandikan dia dulu. Tapi mukanya dah berubah bila aku pergi ke lorong rumah nanny. Alahai anakku... Kesian pulak. Nampak saja adik nanny Ma yang tolong mengasuh Ma sementara dalam pantang ni, dia monyok je. Tapi hulur jugak tangan bila nak didukung. Aku tegur dan cakap "byebye" pun dia tak palingkan muka pada aku macam biasa. Frust agaknya. Sian pulak, hurm...

Sekarang macam hari-hari biasa, aku pening-pening lalat. huhu....

Nak sambung kerja dulu. Esok katakan saja berjalan jauh, tapi tak boleh kemana-mana pun. Urusan kerja perlu diutamakan. Harap-harap Damia suka dibawa berjalan keluar dari rumah.

Harap-harap tempat penginapan kami nanti ada wireless. Gila aku kalau tak boleh berblog kui3... Dasar kemaruk blog punya diriku!

8 comments:

i z z a said...

wah...thn nyer mata damia b'jaga smpai subuh..

Miss Q said...

pegi tempat takde wireless, memang rasa mcm nak gile!

QuEeN Of 2 Heroes said...

tahan damia x tido malam...selalunya kalo darwish xtido malam time dia sakit...siap ler esoknya,si ibu otak mesti blank xleh nak pk...huhu

♥♥syahadah♥♥ said...

ted tak ngantuk ke mlm tak cukup titun?..damia ni rasanya pengasuh suruh tido masa siang kot? dia dah terbalik siang pikir mlm mlm pikir siang..

wansteddy said...

izza... tu la jampi serapah hapa dia pakai sanggup berjaga. adu la...

miss Q... zmn xde tenet dlu rs stabil je. tp zmn la ni jgn la, rs serba xkena xsurf sehari huhu... kita serupa la miss Q ngahahaaa...

nad... hari2 macam tu nad. km ni nk kata dah biasa tak jugak. pening2 gak kepala. nak2 bila kerja perah otak huhu... lg xbest ble kne masuk meeting. kpala sedia berat jd tmbhhhh berat dgr bebelan meeting kui3...

hada... aku bkn saspek lagi dah. mmg betul2 dia tido siang bnyk. kdg2 aku @ hb aku kol nanny dia tnya damia buat apa "tido" walhal dtg pg smpi tghari damia sakan tido. hu.... aku xnk pk pe dah hada. asal nanny dia jga baik cukuplah. mls nk komplen2 kang org xsuka dia buat bukan2 pulak. sian kat anak je. sngp bersengkang mata dr ank diapa-apakan huhu...

onniey84 said...

sedih kan time tinggal damia..alolo cian mia tu....mummy g keje jap jer tuu......

♥♥syahadah♥♥ said...

betul la ted..tk payah byk komplain dah..karang ada kata ko ni byk songeh..!!takpe asal ko sengkang mata damia happy sudah..dia dah baik sakit alhamdulillahh!!

wansteddy said...

oniey... dia pn cm dah tahu wajib kena tinggal. dah dpt trima hakikat dah kui3...

hada...yep, itulah yg sebenarnya. bnyk dh pengajaran aku dpt letak damia kat org ni. jadinya tolak ansur dr pihak aku n hb kena tgi sikit la klu nk ank dijaga baik huhu..