Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, January 28, 2010

Lepak saja di Melaka

Semalam dah masuk tengah malam barulah berkesempatan bukak blog. Aku jenguk2 je siapa yang sudi menjengah blog aku ni. Tak sempat nak menulis entry baru sebab dah penat nak tidur.

Selasa lalu kami gerak ke Melaka pukul 12malam. Sebelum tu sempat jugak ke ATM mesin. Nasip baik belum tutup lagi. Rancangnya nak keluarkan duit diATM stesen minyak. Baik Shell mahupun Petronas di Jalan Kuching dua2 tutup pintu awal. 11.30 dah tutup. Mintak nak keluarkan duit saja pun tak dibenarkan. Melilau cari Maybank terdekat sebab kami dah lepasi Maybank kawasan rumah tu. Alhamdulillah jumpa dan dapat keluarkan duit. Itu pun tinggal satu-satunya mesin ATM yang beroperasi. huhu...

Kalau takde jugak ATM mesin memang kami nekad patah balik ke rumah je. Mana tahu kalau halangan begini bawa petanda tak baik. Esh... bukan pemikiran ala2 khurafat ye. Kalau dah banyak sangat halangan tu jangan nak redah-redah jugakkan. Manalah tahu kalau nak redah jugak timbul sebarang masalah dalam perjalanan. Malamlah pulak. Kalau siang takpe. Mudaratnya masih dalam kawalan. Mana tahu kereta rosak ke, dan paling mohon dijauhkan dari kemalanganlah.

Mujurlah lepas tu perjalanan berjalan lancar. Tak lancarnya hanya di KFC RnR. Terpaksa tunggu makanan lambat siap. Sepatutnya 5minit je boleh selesai tapi kami kena tunggu lebih 1/2 jam untuk hidangan kami je. Benganglah jugak. Kenangkan Damia belum makan malam terpaksalah jugak tunggu.

Perjalanan KL - Melaka bukannya jauh sangat. Tapi bila berhenti-berhenti cari hotel yang sesuai makan masa sedikit. Mulanya en.hb nak kami menetap di Hotel berdekatan MiTC, dekat dengan tempat urusan kerjanya. Tapi aku sendiri menolak sebab aku tak suka tempat yang jarang-jarang aku pergi. Cadangnya nak ke King's Hotel. Tapi bila layanan pelayan kaunternya alalaaa je aku mintak cari hotel lain. Banyak songeh pulak aku huhu....

Akhirnya aku putuskan menetap di Hotel yang kami pernah tinggal dulu. Hotel Melaka apa tah. Bagusnya hotel ni siap ada kolam renang, spa, kabel tenet dan lain-lain. Cadangnya nak bawa Damia main-main kat kolam renang waktu ayahnya kerja pagi esoknya. Lupa nak maklumkan. Pukul 3pagi barulah kami check in. huu...

Damia masuk je bilik hotel dah terus mewarisi sikap jakun aku. ngahahahaa.. Habis seluruh inci bilik dia meronda macam mak guard. Pagi-pagi buta terpekik seronok. Nak tidurnya macam biasa amik masa sedikit. Tapi pukul 9.30pagi Damia dah bangun. Tak macam hari-hari biasa lewat sungguh anak dara ni bangun. Tapi semalam beria pulak dia bangun awal. Aku tak bawa pun Damia turun makan di kantin hotel. Tak sempat kot. Pukul 10 dah tutup. Malaslah nak bawak budak belum mandi keluar bilik. Order je dari bilik. Senang citer. Rancangan nak bawa damia jalan-jalan kat kolam renang pun tak berjaya sebab dia sambung tidur. Penat gamaknya berjaga awal.

Dah petang barulah ayahnya balik dari kerja. sekitar 6petang kami keluar dari Hotel dan singgah ke Dataran Hang Tuah. Cadangnya aku nak bawa Damia berjalan di A famosa. Tapi kejarkan masa nak balik KL, tak jadi jugak. Berjalan-jalan dalam mall je la.

Sebenarnya aku tak tahu nak ceritakan apalah sangat. Sekadar nak isi cerita kosong semalam. Nak cari kata penutup entry ni pun termangu aku sekejap, kui3...

4 comments:

Sari said...

bestnya gi melaka...mayb xlama lagi smpai sana kot, anak buah hasben nk wat kenduri...ble ler bg info best kat ksari yer..

chugie said...

emm.. sy penah g melaka gak, tp x sempat nak jalan2 sakan.. kejor mase time tu.

my sis pun de g sane bebaru ni, die kate melaka dh best skang.. org melaka sure lebih tahu kan?

wansteddy said...

k.sari n chugie :)...

seronok bercuti di melaka. bnyk tempat boleh lawat. klu nk lepak melaka saya cdgkan bermalam di pusat bandar. dekat nak jalan2 sekitar bandar melaka. boleh pergi a famosa, mahkota parade, hang tuah mall dll. ada muzium mcm2 kat pusat bandar. nk jauh sket blh lepak kat kapal besar. kat situ bnyk muzium n pelabuhan naik bot keliling sungai melaka. saya cdgkan naik waktu mlm sbb panoramanya lebih indah dgn lampu2 yg dorg pasang kat rumah2 contoh melaka. waktu siang okey jugak tp panas sket n nmpk bnyk biawak :P tu le xbestnya naik bot waktu siang kui3...

tmpt makan best kat bukit cina asam pedasnya sedap. tp bukak waktu malam je. org kata umbai pn sedap makanannya. saya xcuba lg tp mmber2 opis sume sakan suka makan situ :P

area ayer keroh bnyk gak pilihan nk berjalan. ada tmn buaya (skrg dah ada kolam renang ala2 mini theme park), tmn rama2, muzium rumah mini dll.

bnyk lg pilihan yg lain. nk g mandi laut, nak masuk theme park a famosa. mmg best2. seronoknya d melaka. negerinya kecik. ambil masa 2hari melepak sana sini pn puas berjalan.

saya dlu belajar kat uitm melaka. tp zmn study dlu jenis tak berjalan pn. skema dok kat hostel je. kui3... ble dah kerja bru jenjln kat melaka dgn jayanya.

ps: chugie, member sya org melaka tp ble tnya mana tmpt best nk lepak smpi skrg xtau nk jwp. agknya dia dah boring kot, so pd dia kat melaka xde pape nk dibestkannya sngt kui3...

i z z a said...

dh lme x ke melaka..pegi pn ms sekolah dlu..bestkn byk tmpt2 menarik