Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, January 11, 2010

lepakian hujung minggu

Rupanya AJL harini. Aku ni memang jarang tengok TV3. Lagipun tadi dok layan Raja Lawak (4) sambil tolong en.hb pasang meja. Aih... ruginya tak tengok.... Bila ulangannya ha? Kalau ada pun mesti ulang waktu siang. Waktu kerja. Lagipun mesti banyak potong. Tak bestnyeee....

Petang tadi kami sekeluarga ke Selayang Mall. Rancangannya nak beli baju Poney untuk Damia sebab ada warehouse Poney dan Renew. Tapi aku rasa hampa la jugak sebab baju2 yang dilonggokkan kebanyakkannya baju budak2 besar. T.shirt yang boring designnya dan segerombolan makcik2 yang berhuru-hara kaut kain dari dasar rak baju. Bah.... jenuh aku tawaf keliling rak-rak baju tercari-cari baju yang sesuai. Akhirnya aku dapat sehelai gaun yang biasa jenama Poney. Sehelai okey... Untuk warehouse sehelai memang tak berbaloi, huhu... Memang takde gaun cantik2 warehouse kali ni. Hampa je aku rasa. Sebagai hadiah untuk diri sendiri aku beli beg handphone warna pink. Bolehla.... RM5 saja. Kalau harga sebenar cecah berapa aku tak tahu.

Untuk mengubati duka laraku Cey ceyyy... Aku kembali menjejakkan kaki ke Romantika Home Deco. Apa lagi, cuci2 mata la sambil berhajat tinggi nak kumpul SEMUA benda2 alah comey2 tuuuuu.... Aku beli jugak kerusi kecik yang sangat comey. Pernah sekali Damia buat tempat duduk. Walhal kerusi mini tu untuk letak pasu bunga. ngahahahaa.... Nantilah aku tempekkan gambarnya. Aku belum upload lagi gambar2 dalam kamera nun.

Balik saja ke rumah aku semak2 resit. Biasanya aku tak buat. Cuai. Tapi harini tah kenapa aku rasa perlu semak. Betullah firasat aku ada yang tak kena. Benda yang aku dah bayar tak masuk dalam plastik beg! Berangin jugaklah aku rasa.

Nanti esok nak tuntut balik entah dorang percaya tak dorang sendiri tertinggal nak taruk dalam plastik aku. Kang tak pasal2 aku dituduh kelentong nak benda free. Tapi tak boleh biar.... rugi le aku bayar saja2.... Yang susahnya dalam resit tak tulis nama produk. Cuma ada senarai harga. Hish... kenapalah dorang ni cuai sangat! Menyusahkan akuuuuu jugak.

Tengoklah esok macam mana. Kena pergi tuntut segera jugak. Kang dorang tak nak layan pulak kalau berlama-lamaan tak tuntut harta aku. hurm...

5 comments:

onniey84 said...

sebagai pengguna kita ada hak ted...sri rasa ted perlu pergi balik kedai tu..

h4ni3 said...

salam.. aikkk.. ingatkan tanak gi romantica lagi dah?? hehe

wansteddy said...

oniey... tetap kne tuntut balik. lebih rm20 rugi tuuuu huhu

h4ni3... taknak pergi kalau casher hampeh tu still ada. sngp pegi ke caw lain. skrg da tukar org bru. xkisah da... lg senang hati sbb mmg dekat dgn rumah.

ema82red said...

:) bile2 tempek la gambo deco umah...

wansteddy said...

alamakkk ko jgn mintak ema
rumahku sngt dahsyat pada ketika ini.
dindingnya dimakan dek kapur luntur. silingnya belum bertebuk dengan lampu n kipas yang elok. frame gambar hanya sebijik tergantung. yg lain ibarat menunggu buah tak sudi gugur. pendek kata deco rumahku sgh tak teratur.

aku tgh pusing kepala cari design sesuai untuk rumah. biarlah simple2 asal selesa. buat masa skrg semuanya tak teratur. hurm...