Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, January 11, 2010

word verification yang melecehkan

Sesetengah orang memang suka letak word verification kat bahagian komen posting blog. Tapi korang tak rasa ke kalau kita enable benda alah ni agak menyukarkan penulis komen meninggalkan jejak. Aku ni dah la ada gejala nak rabun. Terbuntang2 aku besarkan mata cepet ni nak baca sebijik2 huruf yang tersusun rapat2 tu. Kalau dapat abjad mudah baca takpelah, Melah...... Dapat pulak abjad keliru lagi menyusahkan. Hu.... mula la terbit unsur2 malas nak tinggalkan jejak tu huhu...

Tapi aku takdelah salahkan blogger sangat. Sebab mungkin blogger2 ini nak menjaga keselamatan blog masing2 dari dilanda spam yang menggila menyibuk sana sini. Klik sini dia datang klik sana dia menyibuk. Adaaaa je menyelit sana sini. Aku pun benci spam.

Bagaimanapun aku hargai jasa blogger2 yang prihatin kesenangan untuk pembaca-pembaca mereka. Kalau sudi, korang tutuplah word verification untuk kotak komen. Bayangkan kalau keluar abjad sebegini: khelbau45gu (contoh mengarut dariku) tak ke haru kita nak type satu persatu. Type okey, bukan copy paste huhu.... Tapi kalau tak sudi aku tak paksa. Aku respek dengan pendirian insan sejagat. Dan aku sentiasa memaksa diri untuk berfikiran terbuka. Safety 1st.... safety 1st.... sebelah sisi baikku berkata membela mereka.

Andaikata korang teringin nak Enable word verification, ikuti langkah seperti di bawah. Mudah je. Juz polo d simple step:

Login ke ID Blogger atau terus ke Dashboard, Kemudian Pilih bahagian Setting dan terus ke bahagian tab, rujuk contoh seperti dibawah:


Cari:
Show word verification for comments? Pilih Yes elak daripada spam
Show word verification for comments? Pilih No untuk mudahkan penulis komen :)

Pastu klik save setting. Siap. Mudah je ibarat melepaskan batuk di tangga. Koh koh...

6 comments:

ema82red said...

aku punye komen box tu ade pasword gak ke idak yer? hehehe.. malasnyer nak godek..

wansteddy said...

ko nyer komen box takde word verification ema. cmtu sonang hatiku nak komen bnyk2 ngahhahaaa....

rajin buat tutorial skrg hek ema. klu ko ada cra nk buat template blog buatlah tutorialnya yek ema. lama dah tingin nk buat tp maleh nk cari2 kat google. (dasar mek pemaleh! kui3)

i z z a said...

mmg leceh pn..dlu gn jgk kt blog pastu mls pulak..

wansteddy said...

fhm jugak kwn2 yg suka WV ni pntgkan safety blog. tp tu le... kdg2 nk loading WV punya seksa sekerat jln tup2 pages error. lg pening klu font yg susah nk baca. rapat2.keliru2. ado la...

yantz-yeem said...

ko komen kat blog aku ada x mintak word tu???aku pon x pasan..kalo ada hang habaq eh...

wansteddy said...

dah cek, takde... abaikan komen bahasa perancis dlm box komen ko ngahahaa