Nuffnang

Followers

Wednesday, March 31, 2010

Baring menyabung kaki


google

Semalam aku terkenangkan suatu pantang orang melayu:

Jangan baring sambil sabung kaki.
Nanti hayat ibubapa pendek.


Aku punya habit yang agak tak senonoh ketika membaca atau melukis sambil berbaring. Sedang tangan merayap melukis atau ralit membaca, aku lupa kaki terangkat sebab memang senang hati kaki bersabung ni. Rasa macam balance kedudukan camtu. Tapi selang beberapa minit antara orang yang memerhati dan pasti menegur aku ialah: kakakku, en.hb dan adik bongsuku. Adik aku tu lelaki. Tapi dia lagi banyak pantang larangnya dari kakaknya ini yang hentam kromo je. huhu...

Sambil mendengus-dengus terpaksa jugaklah patuh arahan dorang ni. Teringat masa kecil. Aku suka melukis sambil sabung kaki. Kalau nenek nampak dia terus tegur sambil tolak kaki aku lurus ke lantai.

"Tak baik, nanti mak abah mati cepat" katanya.

Bila aku tanya kenapa boleh mati cepat? Apa penyebab dan kaitan antara kaki aku dengan jangka hayat mak abah aku? Nenek aku kelu terus. Kalau aku bagi serangan soalan bertubi-tubi (biasalah budak-budak banyak soal) nenek aku terus angkat punggung malas nak layan dah. Kalau ada kesempatan dan aku bangkitkan soalan tu...

"Hih! Dah gitu pantang larangnya, ikut je la!" bentak nenek aku. Sama baran jugak dengan diriku. hohoho...

Sejak tu aku tak lagi bertanya pada sesiapa kenapa sabung kaki semasa berbaring itu salah? Kenapa boleh kait antara sabung kaki dengan hayat ibu bapa? Persoalan ini sentiasa bermain-main di kepala aku. Nak-nak selepas baru dimarahi sebab baring sambil menyabung kaki, tentunya secara tak sengaja.

Tapi kalau kenang-kenang, ada ketikanya aku perasan jugak aku lepas bebas sabung kaki berjam-jam lamanya bila takde sesiapa di sisi perasan dan tegur. Aku pulak tak rasa pape masalah kesihatan pun kalau baring sambil sabung kaki. Dan dalam ikutkan dari segi perubatan, bukankah lebih baik kita duduk sambil tinggikan kaki sebab aliran darah akan lebih lancar? Aku tak tahulah kesahihannya. Cuma dari pembacaan aku sebelumnya dari banyak sumber begitulah. Mungkin aku salah. Dan kalau salah, tolong betulkan aku yep. Menimba ilmu jugak sambil bukak entry yang ini.

Dan kembali pada habit buruk tu. Alhamdulillah aku tengok jangka hayat mak abah masih panjang. Sihat walafiat. Kalau demam-demam biasa tu standartlah. Mana ada manusia tak pernah alami sakit kan. Mak abah aku bukan keturunan Badang, cey ceyy...

Kesimpulannya di sini aku masih ragu-ragu dengan pantang larang ini. Adakah dalam mana-mana sunnah atau bait al Quran yang mengharamkan kita sabung kaki? Kalau ada silakan kemukakan. Boleh jadikan penagajaran buatku. Tapi kalau takde, aku nak tahu dari mana asal usul datangnya pantang larang ini? Apa logiknya pantang larang ini diwujudkan. Tadi aku google pasal pantang larang ni. Tak jumpa pun apa-apa info berkaitan sejarah pantang larang yang ini.

Kalau ikutkan rasional aku. Mungkin orang dulu-dulu berpakaian tidak seperti kita sekarang. Pakai kain batik, kain pelikat. Tentulah kalau baring sambil menyabung kaki kain boleh terselak. Buruk bebenar kalau orang nampak kaki, peha terdedah. Nak-nak jenis yang ada selulit di peha tu kan. Mungkinkah ini yang nak dielakkan orang tua. Tak nak anak nampak tak senonoh baring sampai nampak kaki dan peha? Aku cuma fikir logik je. Sebab kalau kita percaya sangat pada sesuatu yang bidaah, tahyul bukankah memesongkan fikiran kita jugak?

Masih suka baring menyabung kaki.

12 comments:

anin said...

haha same la kite..asal baring je best je kaki dpt goyang2 dn gerak2...
hubby pasti tegur..tk elok..
bile die takde saye buat gak..hihi

sbnrny saya rasa tk elok sbb kaki disamakan ngn kepala levelynye sbb tu la kot

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

petua orang dulu2 kan...macam2 pantang larang nyer...good info...

zAnNa@mAMaBaTriCE said...

yg nie mmg feveret zana esp bila baca buku atas katil...dulu2 buat kerja sekolah pun sambil baring menyabung kaki....cam senang jer dpt ilham buat kerja sekolah tu...

Wansteddy Tales said...

anin.. owh, nmpk logik akal gak kesimpulan anin tu. akak pn smpi skrg kena marah dek hb ble terkantoi sabung kaki hohoho

chugie... kebetulan saja rasanya. takziah utk chugie, saya baru tahu.

anje... betul. td pn selak2 website psl pantang larang org melayu dan sebab2 diberi pantang mcm tu. ble pikir logik baru lah faham. sbrnya org2 tua ni nk didik anak2 je tp bila dah jadikan pantang larang jd takut la pulak bila tak ikut kan.

zanna... setuju sekali! mmg pelik bila naikkan kaki semangat nak membaca melukis tu lebih tinggi. myb sbb darah mengalir lancar dr kaki ke sluruh bdn kan. heheh

Sari said...

hehe..smua org tau psl ni yer..xtau la apa yg tersirat kan, org dulu2 byk cara halus nak bgtau sesuatu..
by the way sori trtinggal nama wan utk award tu sbb nama tu copy paste dr award lain..tambah 5 org tu main terjah jer..ampun ek..huhu

Wansteddy Tales said...

alamak k.sari usik2 akak je huhu...

NzA said...

kak nza pn suka dok cam gitu kalu wat sesuatu.rasa mcm syok jerrr.....mama slalu tegur masa zaman skolah dulu..gitulh ktnya, nnti mama cpt meninggal.....hu.

nurKN @ Nur said...

slm sis..nur pn pk camtu gak..org dlu2 xleh agkt sabung kaki bb dorg sume pkai kain batik..so malu la klu kain trsingkap, kurg sopn..sme gak cm pntg lrg ckp xelok jahit baju tgh mlm..psl dulu org xpkai ltrik gune api pelita..so..mate cpt rabun. kite skg ni dh de lmpu tnb..easy peasy utk cri lubg jrum kan..kan..kan..

Wansteddy Tales said...

k.nza... sama la kita. kalau org lain tegur wan boleh berdegil balik sambung sabung kaki. tp kalau mak sendiri yg tegur... nak xnak kena patuh jugak. rs tak sampai hati ble mak kata kat wan "dok macam tu mcm doakan mak mati cepat" huhu

Wansteddy Tales said...

nurKN... haah nur. smlm akak semak website pntang larang melayu. bnyk logik akal apa yg org2 tua xbagi buat tu. tapi pd waktu itu la. cthnya yg mcm nur bagitahu tadi. yg lain2 bnyk tak terkira.

i z z a said...

kecik2 dlu suka gak wt camtuh..byk kn pantang org dulu2..itu ini xbleh wt..

Wansteddy Tales said...

betul 2 izza. pndek kata serba tak kena la kat mata org2 tua. huhu...