Nuffnang

Followers

Tuesday, March 30, 2010

Shiela on 7



Sejak lagu Sephia berhantu di Malaysia dulu. Aku terus meminati kumpulan Shiela on 7. Tapi malangnya... ya malang betul sebab aku ni bukan jenis peminat fanatik. Aku tak kenal semua anggota kumpulan yang berjasa cipta lagu yang masuk dalam telinga aku ni, kecuali penyanyi utamanya Duta. Tahu pun nama mamat ni sebab sorang member pun bernama Duta. Dan aku suka mengusik adikku bermuka dan berambut iras-iras Duta. Maaf Tin, hohoho.... Puas dibebel mak pun tak jugak diubah fesyen rambut tu. Aku pun malas nak komplen sebab aku nak jadi kakak yang sporting ngahahahaa...

Bebalik pada kumpulan Shiela on 7 ni. Kenapa baru harini aku nak tulis tentang mereka? Sebab baru harini aku teringin nak download lagu-lagu kegemaran aku. Makanya petang ini aku sibuk bersenandung dengan lagu Melompat Lebih Tinggi. Jujurnya itulah satu-satunya lagu yang aku agak hafal. Bila dikatakan AGAK hafal. Maknanya banyak lirik hentam sukatiku saja hohoho... selainnya cuma dijadikan halwa telinga.

Ketika mengandungkan Damia, lagu itulah yang aku sukaaaaa sangat ulang nyanyi. Dan tak sangka lahirnya Damia, dia pulak suka menari penuh gaya. Betullah orang kata, bila mengandung anak menurut tabiat kita, huhu....

Suka lagu-lagu mereka bukan kerana aku peminat tegar lagu-lagu kumpulan indie mahupun kumpulan dari negara seberang. Tidak, tidak... Hakikatnya cuma kumpulan ini satu-satunya jadi kegemaran aku. Yang di Indonesia baik di Malaysia aku.... tak minat. Memang aku tak minat mana-mana artis secara terujanya. Cukup sekadar suka lagu dorang. Kalau di Malaysia aku sukakan lagu Elyana dan kumpulan Hujan. Owh, kira adil jugaklah ada wakil Malaysia yang aku minati. Selainnya cuma memenuhi halwa telinga sajalah. Mana yang sedang top aku layan. Tak minat dengar aku tutup.

Kalau lagu english aku sukakan lagu-lagu Dido. Pun sedap didengar. Tak tension. Apa lagi nak komen? Aku suka Shiela on 7. Harini sementara nak tunggu en.hb aku nak penuhi masa dengan lagu-lagu mereka. Jom melompat lebih tinggi!

3 comments:

NzA said...

patut la damia pandai nyanyi n menari...bakat semula jadi tu....

ada byk gak lagu2nya yg best...

Wansteddy Tales said...

bakat dia sndri gamaknya kak. klu dr wan mmg fail bab menyanyi menari ni hohoho

i z z a said...

lagu sephia nih kn mmg best la..siap hafal lagi tuh..dlu tjumpa aje lirik kt paper terus amik simpan...