Nuffnang

Wednesday, March 31, 2010

Belum serbu dah lari dulu

Aku lupa nak ceritakan kisah pagi tadi. Bukan rekaan ni. Memang dalam baki perjalanan ke ofis tadi aku nak buat dulu entry tentang cerita ni. Sebab boleh dikatakan hot isu jugaklah. Tapi setengah jalan aku dah tertisur. Maka lenyaplah ingatan separa sedar aku tentang kisah ini. Sudahnya dah petang barulah aku dapat ingat balik kisahnya. Tu pun sebab aku tertengok gambar dalam henset tadi.

Kisah berlaku di pasar borong selayang lama. Dalam perjalanan nak ke ofis pagi tadi aku dan en.hb dikejutkan dengan segerombolan manusia yang huru hara lari bertempiaran. Mula-mula aku sangkakan ada kemalangan jalan raya. Atau sekurang-kurangnya ada kebakaran. Rupa-rupanya kes pendatang lari menyelamatkan diri dari dicekup pihak berkuasa.

Tak cukup yang bersorak gembira macam nak sambut pesta tahun baru. Ada pulak yang berlawak jenaka tengah jalan. Hal ni buatkan jalan raya jadi sesak sekejap. Memang ramai betul umatnya yang sibuk buat misi menyelamatkan diri. Ada yang sambil pegang henset bagi mesej dan ada yang kontek member atau keluarga mungkin.

Sesampai saja di ofis ketika breakfast aku masih ingat kisah ini. Lagi bagus dalam Metro pihak berkuasa nak ambil tindakan tangkap pendatang asing ni. Tapi mengingatkan apa yang terjadi awal pagi tadi sekitar jam 7.40pagi gitu memang takde sekor pendatang la selamat masuk lori. Silap-silap pasar borong harini suci bersih tanpa seorang pendatang pun hohoho....

Kenangkan begini terfikir tak macam mana kes pendatang nak setel? Tentu ada orang yang melaporkan kepada geng pendatang asing ni tentang kedatangan pihak berkuasa kan. Sampai bila-bila pun masalah pendatang asing ni tak boleh nak selesai.

Ada gambar yang sempat aku ambil guna henset tadi. Tapi aku xde kabel nak masukkan dalam komputer. Dan aku malas la pulak nak cemarkan blog ni dengan gambar tak berapa nak best hahaha...

Korang imagine sendiri la gaya-gaya pendatang lari dari pihak berkuasa dengan gambaran yang aku bagi di atas.

6 comments:

aenareal said...

nasib ler msuk negara org xde permit..hihi

Wansteddy Tales said...

betul 2. kesian tp kenangkan ada yg suka yg onar dlm negara ni yg rs geram tu huhu

nza said...

skrg nie kt mana2 dibanjiri pendatang. Kalu ke Muar mcm dh dok kt bangladesh lak rasanya....

kakpah said...

masalah ni takkan selesai. Sebab negara kita ni makmur tempat dorang cari makan. Kalau penguatkuasa tangkap dan hantar balik, nanti dorang datang lagi.. Indon dengan mesia ni sepelaung je jauhnya.

kat kajang tu kakpah tengok dah jadi macam tempat negara asing kalau musim cuti2. Penuh dengan indon dan bangla. Kita pulak naik takut.

Wansteddy Tales said...

k.nza... owh, teringt ketika mula2 belajar kat melaka dlu. sekitar thn 2000 waktu 2 mmg melaka cm dah jd tmpt berlonggok cri kerja dorg. merata2 nmpk pendtg. msa 2 xtau lagi kat kl lagi penuh dgn pendatang huhu

Wansteddy Tales said...

k.pah... betul tu k.pah. smlm punya paper pn keluar isu pendatang pengsan sbb dok dalam bot lama2 otw g tawau. mmg xblh nk buat apa dah. ada yg sanggup berenang lak tu nk kemari.

kelakarnya bila tgk suasana 'luar negara' kat KLCC bila musim perayaan. org malaysia balik kampung. para pendtang berpesta kat ibu kota, hohoho... waktu tu baru 'nampak' wah... ramai sungguh pendatang ni ye. kui3...