Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, April 1, 2010

Kerja baru dalam tangan

Baru dapat singgah blog. Meeting santai pasal kerja tadi. Tengah memikirkan design jenis apa yang sesuai dengan poster nanti. Banyak jugak jenis design sesuai yang dapat difikirkan bersama tadi. Masalahnya nak masukkan dalam bentuk design kembali memeningkan kepala.

Harini aku dapati sesuatu tak kena dengan jari aku. Sebenarnya dah lama perasan yang kedua-dua jari hantu aku menyenget ke arah bertentangan. Jari hantu kanan ke arah kanan dan jari hantu kiri ke arah kiri. Kalau ikutkan kepercayaan orang-orang lama, petanda aku ni sedang alami sesuatu penyakit, wallahualam. Harap-haraplah tidak. Kawan sekolah aku berjari yang lebih menakutkan dari posisi jari aku. Semuanya dalam kedudukan yang tak stabil bila diluruskan. Tapi si cantik manis tu sihat walafiat je sampai sekarang. Yang lain pada kuku jari-jari belah kananku. Semuanya berwarna pucat kuning. Tak macam kuku jari kiri dan kebiasaan harinya. Memang jari-jari aku biasanya berwarna merah jambu.

Warna ni datang seiring dengan rasa sakit kepala aku ni. Asyik sakit kepala je. Aku dah banyak kali ceritakan dalam blog ni. Tapi keadaan ni masih berlarutan. Aku tak selesa begini. Malam je terpaksa makan panadol bagi hilang sakit kepala. Tengah malamnya mulalah aku mamai. Kesian pulak pada Damia yang kembali berjaga malam ni. Asyik nak mintak garukan tangan kakinya. Aku yang pening ni harapkan ayahnya saja tolong tengok-tengokkan anak.

Aku perasan pola tidur damia kembali tak menentu macam dulu. Ketika aku bercuti panjang, tiap-tiap malam Damia tidur dengan aman damainya sepanjang malam. Kalau mula tidur pukul 10 malam, pukul 8pagi dia baru bangun. Kurang berjaga tengah malam kecuali mintak minum air. Tapi sekarang dia kembali dengan corak tidur yang memeningkan kepala ni. Dan aku tak dapat meyangkal hal ni berkaitan dengan cara asuhan pengasuhnya juga.

Mungkin di rumah penagsuh Damia kerap dipaksa tidur siang. Sebab tu malamnya dia penuh tenaga nak ajak mummy dan ayahnya bermain sama. Kadang-kadang kesian kat Damia. Ye la, dah la jumpa mummy ayah waktu malam saja. Nak-nak kitorang memang jenis balik ofis lambat. Pastu dah tengah malam kami nak tidur, Damia masih nak ajak kami bermain. Mula-mula takpe la layan lagi. Tapi bila dah tahap mengantuk, mulalah naik angin dengan ragam mek kecik ni.

Sebenarnya aku nak menulis sikit-sikit je tadi. Tapi dah menaip terus laju je aku mengarang. Nak berbalik pada urusan kerja. Kalau sempat nak join jugak mana-mana contest. Best pulak semalam sempat design beberapa header untuk contest Malaysian Online Baby Shops (MOBS). Nasip baiklah memang semalam takde kerja diterima. Kiranya aku goyang kaki jugaklah sambil buat kemasan file-file bulanan. Bertepatan masuk bulan baru ni, dapat pulak kerja baru. Alhamdulillah. Harap-harap aku dapat teruskan dedikasi dengan tugasan ini.

Owh, hari ni 1hb april kan? Sayangnya aku tak layan April Fool. Hanya orang-orang tak berapa nak cerdik je nak perdajalkan kawan sendiri kot. heheh! (ketawa sinis aku)

8 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

say NO to April Fool... :)

Wansteddy Tales said...

nadya... tepat sekali ;)

unlisted_one said...

ieee,..saya pun tak gemar April Fool ni Wan. sejak zaman sekolah dulu dah memang anti.

Wansteddy Tales said...

nia... tingat zmn blaja kat UiTM dlu. sorg senior ni buat lawak april fool. tabur kulit kuaci penuh atas tilam member. apa lg, jd gaduh la.

pelik ble kenangkan org2 yg buat lawak ganaz xpk kesan kat org lain ni hurm...

chugie said...

emm saya pun tak suke april fool!

Wansteddy Tales said...

chugie... lbh pd menyusahkan dr menghiburkan kan

i z z a said...

tu la kn kalu kena april fool nih mmg sakit ati..prnh jgk kena zmn skolah dlu..ish..geram sgt2..x ske

Wansteddy Tales said...

izza penah kena? aduyai... msti bengang. nk2 klu kena yg jenis dimalukan. klu akak pn sure terasa :(