Awalnya aku kat rumah. Thehehe.... sebenarnya tadi kami ke Hospital Selayang, cek up Damia di pakar kulit. Tup tap tup tap pukul 1 petang lebih baru selesai urusan di Hospital. Damia pulak buat segenap ruang legar hospital tu macam rumah sendiri. Sukati main harung je nak redah sana sini. Tak cukup buat bising jerit-jerit seronok. Macamlah dibawa berjalan ke Taman Tema. Padahal dok kat tempat orang sakit tu, nak oiii....
Kesimpulan yang dapat ditulis pasal perkembangan kulit Damia sekarang. Jauh lebih baik dari hampir setahun yang lalu. Damia pun dah aktif dan lebih gembira. Tak lagi duduk terperuk atas riba. Tak lagi merengek menangis sebab badan tak selesa sakit dan gatal menggila. Tapi, iya. Tak pulih sepenuhnya. Damia masih menggaru. Kalau salah makan naik jugak bintil-bintil merah.
Setakat ini eczema Damia ditahap terkawal. Setakat Atopic Eczema. Tak serius tapi perlu sentiasa diawasi. Jangan terjadi lagi macam di taska dulu. Kecuaian sedikit je buat masalah berat hampir setahun. Berulang masuk keluar hospital. Cubaan mencari penawar demi penawar. Dari celah bandar hingga ceruk kampung. Bila dikenang... peritnya rasa. Tapi bila difikirkan. Banyak hikmah dibalik kejadian. Banyak sehingga aku kembali rasa bersyukur.
"Syukur padaMu Ya Allah.... Kau tunaikan doaku serta seluruh keluarga dan kawan-kawanku supaya Damia kembali pulih. Kembali sihat dan ceria. Syukur alhamdulillah..."
Ketika tunggu giliran nak ambil ubat-ubatan Damia di farmasi, aku terpandang seorang anak kecil ni. Usianya mungkin dalam lingkungan 6 ke 8 tahun. Kalau sekali imbas nampak budak perempuan ini macam kanak-kanak sihat biasa. Disebabkan aku menunggu giliran sambil membaca novel grafik, agak terlambat aku nak lihat dengan jelas keadaan sebenar budak perempuan ni.
Rupa-rupanya budak perempuan ni pun mengidap eczema. Melihat pada keadaannya memang nampak serius. Bintil-bintil merah seolah-olah nanah tumbuh dengan banyaknya di seluruh kulit. Celah-celah jari mengelupas teruk bagai dimakan dek air. Siku tangannya macam mengelupas terbakar. Sedih. Aku sayu tengok keadaan budak perempuan ni. Walaupun tak sama keadaannya dengan Damia yang teruk dulu. Tapi aku dapat rasakan perasaan budak perempuan dengan ibunya tu.
Sempat aku menjeling perempuan sekitar 30-an duduk dua kerusi jaraknya dariku betul-betul belakang budak perempuan tu. Seperti yang dijangka, kedua-dua wanita asing tu buat muka sinis. Sebenarnya aku tahu dua orang perempuan asing ni pun buat pemeriksaan di pakar kulit. Bertembung dengan jadual waktu Damia tadi. Kesalnya bila tengok mimik muka meluat di wajah mereka. Macamlah dorang tak rasa apa dirasa budak kecik tu. Apa jenis pun eczema yang dorang rasai, ketegorinya tetap sama. Eczema. Tak berjangkit. Nampak jelik je dipandangan. Tapi TAK AKAN berjangkit.
Terpandangkan mata budak perempuan tu, terus aku sapa dengan senyuman. Bagi sedikit galakan. Aku kira si ibu dah lali dengan keadaan anaknya. Dah lali dengan pandangan-pandangan menghina. Tapi tidak mungkin tidak terasa. Aku tahulah sebab itulah yang aku rasakan dulu.
Doaku semoga budak perempuan tu cepat-cepat sembuh.
Ps: Bila gaji ha?

____________________________
Sekarang aku tengah menunggu ahli keluargaku dari kampung. Dah sampai KL singgah ke Jalan TAR dulu, ciz! Bukan nak ajak aku huhu... Takpelah... shopping la dulu korang. Esok-esok aku pulak rabakkan poket ini.Ps: Bila gaji ha?
____________________________
Esok Hari Jadi Damia ke 2 tahun. Aku masih pening nak fikirkan macam mana nak raikan hari jadi anak sorang ni. Ada cadangan?
11 comments:
2 tahun dah damia yek. buat apa ek birthday? nak buat party ke? tempah la kek patung barbie yang 3D skirt kembang tuh.. comel sangat. damia mesti syok tengok.
i suka tengok tp krg tempah untuk QZ, haru la pulak kan anak teruna potong kek barbie
kesiannyer kat budak perempuan tu.. syukurlah Damia dah makin ok skrg..dulu2 saya pun dok baca jgk cerita Damia dan kak Wans msk keluar kg g cari ubat tu..sungguh cekal hati seorg ibu :)
birhday Damia yer nnt.. belikan hadiah, hadiah yg Damia lum ada lagi.
Syukur lah damia dah makin better :)
Geram nya baca yg pasal dua org pompuan tu...hina dan jijik sgt ke org yg ada ekzema nie spi mcm tu skali :(
kesian damia. mesti gatal tu. insyaAllah kawal makanan, rajin makan ubat, nanti baiklah tu.
Tak lupa juga nak ucap happy birthday buat damia.
Manusia ni mcm2 kan, tengok budak cm tu je dh jijik.. ape lah.. patutnye bg support. ni mesti jenis yg memilih nk tengok budak cantik je..
ape pun, moga damia n budak kecik yg sakit tu cepat sembuh ye.. kesian lah tengok kanak2 yg sakit ni..
to Damia, happy 2 year old tomorrow dear.. dah besar dh die ye.
bersyukurla..masih ada yg lebih teruk dari kitakan..
org yg muka mimik jahat tu bukan apa??fikiran tak terbuka..bodoh..benci aku
sarah pun kulit jenis ekzema..
setakat ni sebamed jer boleh guna....
kalau produk lain teruk la kulit dia...huhuhu....
wan..alhamdulila..damia semakin sembuh..moga adik yg sakit tadi cepat sembuh juga..gaji esok.kamis..hhahhah..emm..eppy besday damia..:)
miss Q... tu psl ble party anak besday dorg kita yg terlebih excited, yg anak xtau pape lagi. hentam la pe saja Bu... saya inesen lagi hohoho... xbuat besdya party pun miss Q. harini quit bz. esok la kalau ada rezky damia :)
ibu arifa... ble dah ada anak. kesihatan dia lebih penting dr nyawa kita sndiri. trimas sudi ikuti perkembangan damia. cuma gmbr damia msa sakit teruk dlu xsanggup saya nk kongsi di blog. sedih je klu tgk2 kenang2. trimas wish damia. mommy dia sndri blm beli lg gift utk anak. sibuk sngt planning last2 xdebeli pape huhu
intan... trimas intan, xsemua org cuba letakkan situasi dlm kedudukan sama rata dgn org yg lebih susah. bimbang kot kena kat dorg. sbb kan penah lalui pengalaman cmtu la saya bengang tgk gelagat 2 perempuan tu hurm...
k.pah... trimas k.pah. setakat ni kawalan dr segi krim sapu je. wan xgalakkan damia makan ubat tahan gatal. ada side efek. krim sapu pn kena pilih2. sbb jenis yg ada steroid bg kesan jangka pnjg. tp klu cek up kat klinik swasta, berlumba2 doc nk bg ubat bnyk kandungan steroid ni huhu
chugie... trimas chugie. tup tap tup tap da 2 tahun. rasa cam magic je huhu... saya xblh kenang muka perepuan berdua tu. cpt je rs sayu kenangkan pengalaman lalu kena ejek dgn org asing hurm...
hada... tu psl org yg kena je blh faham apa yg kita rasakan hada... syukurlah anak2 kita sama2 dh makin pulih, syukur sngt2. semoga kesihatan anak2 kita terus terjaga.
ain... klu ikut doc semua jenis produk baby dia xbg guna. kecuali oiletum. produk tu giler mahal. tp ikut pengalaman sayalah. xsemestinya kita kena ikut bulat2 ckp doc. ada jenis produk yg myb sesuai dgn ank kita, watpe nk hentikan guna ya tak. yg penting eczemanya terkawal, insya'allah...
k.teq... trimas k.teq... ow gaji esok ye. mmg rabaklah poketku huhu... kne2 je waktu besday anak kan hohoho...
setiap yg trjadi ada rahmat disebaliknya....
Semoga Damia brtambah ok.
trimas k.nza... bila pernah alami kesusahan dan dapat atasinya serta keadaan kembali normal. barulah nikmat rasa bersyukur tu ibarat menatang sedulang emas!
Post a Comment