Nuffnang

Followers

Monday, March 1, 2010

Sapa punya kerja ni ha!!!

Masuk kerja harini dengan perasaan yang bengang. Sampaikan nak pergi breakfast tadi aku dah tarik moncong panjang sebab tak puas hati.

Kisahnya komputer aku belum pun aku sentuh pape dah on sendiri. Wah2... hebat sungguh teknologi komputer ni sampaikan terbuka ikut niat hati pemiliknya? Tapi fikir logiklah. Budak darjah satu pun tentu tahu sebab musabab kenapa komputer ni boleh terbuka sendiri. Tentu-tentu ada yang gatal tangan bukak tanpa kebenaran. Dan lupa nak tutup! Tak pasal-pasal dah kantoi dengan aku.

Kata kawanku komputer kitorang yang baru ni ada sistem back up dari bateri komputernya. Tapi seingat-ingat akulah. Aku tak pernah lupa nak tutup suiz utama menjelang hujung minggu sebab aku confirm bercuti kan. Lainlah kalau di hari bekerja. Kadang-kadang aku sendiri sengaja tinggalkan kompuer tak tutup suis utama sebab aku tahu nak datang kerja balik esok harinya. Dan kalau aku kembali bekerja pun komputer ni tak akan terbuka sendiri macam harini.

Bukanlah aku nak marah sangat kalau ada yang nak buka komputer atas dasar kerja. Bukan hak milik peribadi aku pun. Dah sah-sah milik ofis. Tapi isi kandungan dalam komputer ni aku belum kemaskini. Aku belum simpan dalam folder tertentu. Terdedah sana sini. Al maklum aku tak berkesempatan nak belek-belek lagi komputer sejak ditukarkan baru-baru ni. Keutamaan aku pada hal-hal kerja ofis dahulu. Jadinya banyak file yang aku kira agak peribadi ikut terdedah sama. Itu yang buat aku geramkan.

Dan aku tak menolak kemungkinan beberapa file dijelajah. Kalau fikir negatif, mungkin ada yang copy! Tak baik menuduh kan... Tapi bengang punya pasal macam-macam dah masuk dalam kepala otak aku ni. Yang buruk-buruk sangka segala walaupun aku tak sudi pun nak berfikiran negatif seawal pagi macam ni. Hurm... patut ke aku marah atau buat-buat tak kisah? Baru-baru ni angin aku semacam sikit. Khamis lepas aku dah hampir-hampir emosi gara-gara punch card. Harini pasal komputer pulak. Aku rasa sesiapa pun tak suka hak milik mereka dicerobohi.

Sebenarnya aku memang tak kisah kalau sesiapa pun nak pakai komputer ni. Kerana ia milik ofis. Tapi aku harap sebelum pakai tu mintak la keizinan dari aku dulu. Ye pun komputer ni atas meja kerja aku pun. Agak-agaklah kan. Dan seboleh-bolehnya aku tak nak orang selongkar isi kandungan komputer ni sebelum aku sempat menyusunnya.

Sekarang apa nak dikata? Peram perasaan sajalah. Ikutkan hati memang aku nak selidik setiap seorang kat ofis ni. Geram aku memang Geram. Geram! Geram!

___________________________________

Owh, baru-baru ni aku menyanyikan secara berduet dengan rakan sebelah meja lagu Geram versi radio Era tu. Kelakarlah jugak sebab masing-masing lupa lirik. Yang pasti lagu itu ditujukan kepada..... hahhahahahhh!!! Lu pikirlah sendiri!

___________________________________

Cerita lain. Masa nak turun breakfast tadi di dalam lif. Terserempak dengan sepasang rakan sekerja ni. Sibuk membincangkan isu baby 3 tahun yang kena pijak sampai mati oleh kekasih gelap ibunya. Siap beri kesimpulan yang pelbagai lagi tentang kesahihan cerita daripada si ibu dan keluarganya. Aku tak nak ambil kisah pasal si ibu tu. Yang aku kisah pasal kekasih gelapnya. Yang berkenaan, Tolonglah berikan hukuman setimpal atas perbuatan terkutuk beliau. Marahkan budak sekalipun tergamak ko pijak anak orang? Dasar tuttttt punya orang! Dan pada semua ibu bapa yang belum berkahwin dan melakukan perbuatan terkutuk buang bayi dalam pelbagai cara yang keji. Jemput-jemputlah diorang ke muka pengadilan. Bagi hukuman bunuh lagi bagus. Kejam kataku ini? Kejam lagi niat busuk dorang tu!

7 comments:

i z z a said...

tu la kn..sedih pulak bl bace paper smlm..tergamak dia bt mcm tuh kt bdk

Bukan Bidadari said...

Aku kisah tentang semua yg ade disekitar rumah syafiah tu.... bole diam jer... huhuhu

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

sabau...sabau...

yantz-yeem said...

wei sabo...sabo..

Wansteddy Tales said...

izza... org psiko mmg cmtu. ada mslh mental gamaknya huhu tuduhan melulu hakak :P

ema... iey... bnyk yg perlu dimusykilkn di sini. tp org semua terarah pd kes bunuh je. pttnya kaji balik dr mula situasi. aku rasa.

mrs.K k.yantz... hangin sebadan bile file kena geladah. hie... napala aku selalu dibuli sebegini sedey2...

AyuArjuna BiGoshh said...

kesabaran sungguh....

banyak iktibar dari kes terkini yang sensasi tu...sebenarnya tuhan nak tunjuk...berpunca kesilapan ibu yang berkesedudukan hinggalah kematian anak yang kejam....hmmm

Wansteddy Tales said...

ayu... betul tu ayu. kena muhasabah diri jugak si ibu tu.