Alhamdulillah demam dah kebah. Tapi semalam kerana di sini hujan lebat dan terpaksa redah jugak, magiknya demam aku hilang macam tu je. Kalau tidak... pantang kena hujan aku boleh demam tak pun kalau demam sikit jadi lebih teruk. Sebab tu aku kata magik, hahaha... Syukur alhamdulillah, kesihatan aku kembali. Terima kasih pada teman-teman yang sudi doakan aku sembuh.
Malam ni rekabentuk flash yang pelatih kursus rekabentuk akan dibentangkan secara umum. Aku sedang menyiap sediakan perut untuk ketawakan hasil kerja sendiri. heheh... Kerja ini berkobalorasi (tol ke aku eja?) dengan ofismate sama nickname denganku. Kak Wan. Member sedang baca entry ni sedang aku menaip. Mentang-mentang duduk sebelah hah, langsung takde rahsia dah. Aku nak menaip pun kena kontrol-kontrol ayat. Pandai pulak dia monitor ayat-ayat aku hohoho...
Kalau sempat aku menulis lagi. Blur er aku masa ni hump...
No comments:
Post a Comment