Nuffnang

Followers

Thursday, April 22, 2010

MPH contest & handmade card on progress

Khabar gembira di pagi hari. Alhamdulillah aku menang contest poster lukisan sempena Kepelbagaian Budaya anjuran MPH. Walaupun masih tertanya-tanya dapat hadiah nombor berapa, tapi aku tetap gembira. Sedang meraikan dengan hati yang gembira ni. Hadiahnya? Voucher belian buku dari Kedai buku MPH.
Berapa nilai voucher yang bakal kuterima masih belum diketahui sebab tak tahu lagi menang nombor berapa. Alhamdulillah, berkat rezeki di bulan April. Insya'allah pada 25hb ni bersamaan hari ahad aku akan ke 1 Utama untuk menerima hadiah. Sambil-sambil tu boleh bawa Damia berjalan di sekitar Kidzone (level 2).
Aku dalam usaha meneruskan kerja-kerja handmade card. Masih menimbangkan harga yang bersesuaian dengan kad. Kalau ikutkan hati aku nak letak rendah-rendah je sebab kurang yakin diterima pembeli. Kalau letak harga tinggi lagilah susah kad nak laku. Lebih baik harga murah. Sekurang-kurangnya berbaloi jika sudah berpindah milik dan terima duit hasil jualan. Daripada jual mahal-mahal tak ada siapa nak beli lebih merugikan.
Tapi kenangkan kos belian bahan mentah yang aku gunakan untuk buat kad dan masa yang diambil untuk siapkan satu-satu kad memanglah kurang berbaloi dengan kadar murah aku tu. Tapi aku tetap dengan pendirian bebas. Lebih murah sesuatu barang lebih diterima pembeli, kot. Aku meletakkan diri pada kedudukan pembeli jugak. Mustahil nak melabur duit mahal-mahal hanya untuk sekeping kad. Tapi dalam masa yang sama aku letakkan diri di pihak penjual. Kita yang susah payah buat, kita yang susah payah fikirkan konsep kad, tentulah nak pulangan yang berbaloi-baloikan.
Masih belum ada mood nak tayangkan dalam blog Wansteddy Studio. Kalau aku dah rasa-rasa nak tayang dalam blog aku akan letak dalam entry baru di blog tersebut. Tidak di blog ini. Sebabnya seperti yang kukatakan dulu, malas nak campur adukkan bisnes dengan peribadi heheh...

6 comments:

Hanz Jamaludin said...

wah! shopping buku2!

Wansteddy Tales said...

ye... xsabar2 nk soping buku2 handmade. kegilaan dah skrg hahaha

Qastalani® said...

wahhhh.. best nye!!

Wansteddy Tales said...

miss Q... hehe... xsabar2 nk borong buku baru

CatlinaFly said...

kagum2 dgn design u..comel2 :)

Wansteddy Tales said...

cat... saya pn suka sngt dgn design awak. antara dsgn fav saya tau :)