Nuffnang

Followers

Tuesday, April 13, 2010

Perasmian Wansteddy Studio

Aku telah menghasilkan blog tambahan melalui akaun blogspot yang sama. Kalau kalian semak blogku melalui profile tentu nampak 2 buah blog sedang bersiaran atas namaku.

Tujuannya nak memisahkan urusan peribadi dan hasil kerja seni lukis dan Seni Reka hasil tanganku. Mungkin jugak terdapat pelbagai item lain yang akan aku persembahkan dalam blog Wansteddy Studio itu nanti. Blog tersebut secara tak langsung akan dijadikan medium perniagaanku. Apa jenis perniagaan yang aku urusniaga? Aku pun tak pasti lagi. Tapi segalanya yang berkaitan akan aku masukkan dalam entry berkaitan.

Blog tersebut masih berasap sebab baru bukak harini. Aku takde info terkini nak sampaikan kepada kalian. Mungkin aku akan copy paste saja artwork basi yang pernah aku paparkan dalam blog ini. Senang kerja dan nampak macam banyak entry dah siap heheh...

Masih belum ada header, badge mahupun poster tentang blog berkenaan. Aku ada kerja lain. Sambil-sambil tu sempat lagi update tentang blog ini.

Jemput-jemput bertandang ke blog Wansteddy Studio. Dan doakan aku kekal bersemangat nak update story dalam blog tersebut. Huh, janganlah jadi macam facebook aku yang kekal bersawang dari dulu sampai sekarang hahaha....

10 comments:

onniey84 said...

tahniah ted....

Unknown said...

wah.. tahnia wan.. dah berbisness ye?? bestnye lah.. good luck k! moga segalanye di permudahkan dan mendapat kejayaan.. amin

Hanz Jamaludin said...

Bertambah maju kawan kiter sorang ni.Bagus Wan! Keep it up. Me memang suka tengok 'air tangan' hasil kerja Wan selama ini... :>

Wansteddy Tales said...

onniey... trimas

Wansteddy Tales said...

Hanz... semangat je berkobar-kobar ni. perancangannya masih xteratur hahaha

Wansteddy Tales said...

chugie... xserius nk bisnez pn chugie. cuma nak separate design dgn privasi blog je. bonusnya blog ni boleh bikin bisnez heheh... smbil nyelam togok air la ni

Pija Madzlan said...

tahniah2... hopefully jgn jadik mcm saya, last2 blog sitisifir10 tu jugakla yg ku latam

Wansteddy Tales said...

siti... sbnrnya xfokus biznes pn lebih pd artwork. tp klu ada tempahan header saya taruk la semua designnya dlm blog. smbil2 bleh promosi my design hahaha... tricky skit la :P

i z z a said...

mmg dh bleh bisnes la nih kak..caya la..suka tgk design akak

Wansteddy Tales said...

izza... kata2 perangsang 2 izza. trimas. akan diusahakan dgn penuh takzim :)