Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Wednesday, May 19, 2010

Pertama kali naik bas ke tempat kerja

Harini aku nak mintak maaf banyak-banyak pada kawan blog. Aku cuma sempat jadi silent reader je. Mana-mana blog yang sempat aku titipkan komen tu aku kira bagai dah tebus 'kesilapan' la, hehe... Hari ni terasa sesak sikit hatiku sebab sibuk dengan urusan kerja.

Aku naik bas Metro bernombor 50 atau 55.
Hala tuju ke Selayang ><

Pertama kali ke opis naik bas. Dan aku sungguh jakun okey. En. hb dah selamat berangkat ke Besut, Terengganu hadiri kursus BTN. Orangnya dah 6 tahun bertugas tapi baru tahun ini nak masuk kursus BTN ><.

Sebenarnya tahun lalu en.hb dah terima arahan hadiri kursus ini, tapi kerana masalah kesihatan Damia, kursus itu ditangguhkan ke tahun ini. Aku rasa tak best sebab kena berdikari ke tempat kerja, huhu.... Kesian aku. Selalunya nak kemana-mana ada driver tolong hantar. Kendian lesen memandu aku pulak sekadar jadi hiasan dompet semata-mata kerana aku punya fobia stereng huhu... Damia lagi berani memandu dari mummynya ini.

Harini tunggu bas balik ke rumah cecah masa 1jam setengah. Sampai saja di rumah, magribku keciciran. Adu du... Esok kena sedaya upaya balik lebih awal. Tepat 5.30 petang balik ye Wan, jangan terhegeh-hegeh hadap komputer lagi. Sila elakkan nafsu berblog kamu itu! wuwuwuuu...

Okes sambung cerita esok saja. Aku aku nak tidur awal. Esok kena bangun awal. Naik bas awal. Kalau nak punch kad cantik ><

8 comments:

chugie said...

sianye.. kene berdikari dikala suami jauh.. xpelah ye wan..sekali sekala kan.

saya pun dh lama tak naik bas, dh tak tau macam mana rasanye nak bas tu.. kadang tu teringin gak..

unlisted_one said...

Oh,..Wan rasa tak yakin nak bawak kereta ke? Takpe, nanti bila husband balik, weekend2 ke praktis la bawak dekat tempat parking ke? Dulu Nia praktis kat parking pasar masa tak de org..hehe

nza said...

alahai kesiannya.....kn susah kalu driver dh xde....

Wansteddy Tales said...

chugie ~ terpaksalah chugie. tapi macam best gak naik bas ni. nak2 tgk gelagat org dari sudut tinggi (atas bas) hahaha...

Wansteddy Tales said...

nia ~ saya dlu belajar memandu kat taman perdana. punyalah gerun smpai tak berani dah nak bawak2 kete lagi. tp kelmarin waktu fikir susah tak berkereta ni rs cm nak nekad jugak drive sndri g opis. tp agak2 pndg stereng je dtg balik rasa gemuruh tu bwaahahaha...

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ itu le... ada lesen fobia plak huhu

yantz-yeem said...

perghhhh!!!caiyokssss!!!bpe bas ko naik??kalo 1 ok la..aku dah lama gilos x naik bas...best pe...leh verangan2 dlm bas heheheh

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ letih wo.. nak2 waktu petang. smlm smpi 1jm lebih aku jd pak pacak depan KLMU haha... berangan apa nya wat tmbh kerisaun aku ada la. risao punch kad risau anak risau xdan makan hahaha