Nuffnang

Followers

Monday, May 3, 2010

Yeay! Tugas membalut selesai

Pagi ini sesudah bersarapan aku naik dengan tekad yang satu ~ balut hadiah-hadiah pemenang! muahahaha.... Kalaulah korang boleh tengok aksi aku membalut hadiah semua tu, pasti korang duduk ternganga sambil menopang dagu. Macam ke hapa tah aksi aku. Siap member meja sebelah a.k.a ahli mesyuarat tingkap komplen : "hapa tu dari tadi dok bunyik syiah... syiahhh...? (sambil jengah muka dari partition) O... dok balut hadiah rupenya..." muehehehehe....

Peringatan kepada semua bakal penerima hadiah-hadiah tersebut. Silalah persiapkan diri anda dengan kejutan yang bakal menanti. Balutan aku ala-ala balut mumia okey. Belasah je mana yang dan. Sungguh memalukan bagi seorang designer membalut hadiah sebegitu rupa. Tapi aku punya alasan. Alasan lagi... keluh korang semua. hehe...

Pertama aku perlu bergerak cergas. Kerana aku membalut hadiah tersebut pada waktu kerja. Di depan Sang Pendita pulak tu. Hanya mereka dan yang berkenaan saja faham maksudku tadi hehe. Agak-agak nak kena komplen isu buat kerja peribadi waktu kerja bolehlah aku buat kerja ni terhegeh-hegeh. Hakak tak sanggup tau isu hakak balut-balut hadiah masuk meeting pengurusan! kataku, hahahha... Sekurang-kurangnya balutan sesegera itu mempercepatkan urusan aku hari ini kan, kan.... hehe....

Kedua.... dan inilah sebab utama. Aku memang bukan reti membalut. Janganlah korang pandang enteng padaku. Iye... memang aku designer, aku mengaku. Tapi apa korang sangka designer ini... Sekali lagi kutuding muka sendiri. Designer ini.... memang spesis tak reti membalut. Kerja kreatifku terbatas pada tahap itu. Harap maaf.

Berikutnya aku nak mengadu isu gigiku pulak. Huhu.... Semalam kerana teringin + gatal mulut. Aku makanlah float buatan sendiri. Bukan susah pun nak buatnya. Tuang-tuang je pepsi dalam mug. Taruk-taruk je aiskrim dalamnya. Pastu selepas naik busa-busa sedap itu, makanlah dengan nikmatnya... Dan kerana teringinkan nikmat makan float itu. Gigi aku ngilu sampai sekarang! Aku dah gosok gigi berkali-kali pun masih jugak rasa ngilunya. Perasaanya seperti letak dawai diantara gigi... Pastu dikacip-kacip antara gigi... E... ngilu! Macam mana nak atasi rasa ngilu ni ha? Kalau sesiapa ada pengalaman jemput-jemputlah tinggalkan petua. Aku rasa tak selesa sekarang ni huhu....

Kalau berkesempatan aku nak ceritakan pasal buku yang aku baru beli di MPH Midvalley sabtu lalu. Bukan sekarang. Aku nak kemas-kemaskan meja dulu yang berselerak gara-gara pulun membalut hadiah tadi. hehe...

3 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

tahniah pada yang menang...pas ni leh la wat lagi kiter nak join

Sari said...

dpt dengar bunyi syiah2 pun jadik la...hehe

Wansteddy Tales said...

anje... insya'allah. plan nyer gitu. tgklah kalau ada rezeki nnt.

k.sari... hahhaa.. syiah syiah smpi ipoh ye k.sari hehe