Nuffnang

Followers

Thursday, June 17, 2010

Aku perlukan makeover meja kerana...

Kerja-kerja 'cari pasal' semalam disambung pada pagi ini. Aku sibuk mengemas meja kerja. Nampaklah 'terang' sikit pandangan mata. Mungkin hari berikutnya akan aku sambung sikit-sikit bawa ke minggu-minggu berikutnya. Aku takde kamera nak tayang hasil kerja serabut aku semalam dan hari ni. Korang imagine je la sebuah meja dengan isi kandungan:
1) set pc hitam (yang selalu buat aku hangin sewenang-wenangnya)
2) toolbox pink perisian kerja-kerja manual (pen, kaler, gam, pembaris, gunting, puncher dan banyak lagi)
3) dollies mini pelbagai saiz hiasi sudut-sudut pc dan celahan cpu serta meja
4) cermin muka merangkap side mirror @ cctv (penting untuk kenal pasti staf yang terjah aku dari belakang)
5) Frame gambar beraneka jenis dan corak (hasil kerja aku)
6) Buku-buku pelbagai jenis (dari kepelbagaian manga ke kitab mengaji)
7) printer tanpa kabel (tah mana hilang, kena beli baru)
8) toolbox mini untuk set handmade card
9) buku skecth
10) Kotak tisu berhias
11) bermacam jenis iklan dan lukisan grafik lekat kat partition
12) dan pelbagai jenis item lagi yang tak reti aku nak terangkan di sini
Kesimpulannya meja aku memang perlukan makeover! Kalau aku biar bersepah macam sebelum ni.... serabut perut aku nak berfikir! Ruang kerja yang selesa beri keselesaan berfikir dan bertenang kalau panik banyak kerja. Dah le aku ni cepat gelabah bila banyak sangat kerja dalam tangan.
Kalau meja dah macam tempat ternak kambing, memang kerja yang remeh-temeh pun buat aku sesak napas. Rasa nak karate je meja sebab serabut! hahaha...

No comments: