Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Thursday, June 17, 2010

Hadiah ~ LAC Rebranding Contest

Tadi selepas melepak sekejap kat blog kawan barulah aku perasan tentang contest LAC Rebranding ni. Aku join contest ni sekita bulan 3 lalu. Entry tersebut di sini. Tergerak hati nak jengah blog Leezan Contest sebab nak tahu siapa pemenang bertuah. Aku yakin betul aku kalah sebab takde sebarang makluman dari sesiapa berkenaan contest ni... Tapi.... bila aku jengah-jengah ke bawah.... Aku menang! Wansteddy Tales pemenang no.4! Lebih menggembirakan, aku menang tudung pilihan hati. Maaf shawl sebenarnya. Aku punyalah teruja sebab tak sangka betul terpilih sebagai pemenang.


Cantik! Cantik! Cantik! Tak tahulah aku layak tak terima hadiahnya. Dah lewat dua bulan aku baru bagi email alamatku kepada Leezan. Agak kecewa jugaklah kalau tak dapat hadiahnya sebab shawl ni memang paling aku gemari warnanya ><

Jemput kalian singgah ke blogshoppe Leezan dan blog Leezan Contest. Terima kasih banyak-banyak pada Leezan kerana sudi memilih hakak sebagai pemenang. Terasa diri ini bertuah dan dihargai wuwu....

Masih menunggu beberapa hadiah yang belum jugak kunjung tiba hahaha... Takpe... aku kena sabar betul walaupun dah ambil masa 7 bulan dah ni hehe... Korang pernah dapat pengalaman macam aku? Takpelah kan... lambat cepat gasaklah... yang penting hadiahnya selamat kita terima jugak. Aku sanggup je tunggu barang setahun. Sabar menanti. hehe....
Tapi janganlah lama-lama sangat.
Sedih aku hehe...

6 comments:

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

tahniah wan...wah dah semakin masuk mennag contest ni...cayok2 k

Wansteddy Tales said...

anje ~ patutlah gatal tapak tangan kanan tadi ahhaa... syukur.. alhamdulillah. moga2 Allah bekalkan lebih rezeki pada kita sekalian umatNya.

anin said...

anin tak dapatlgi hadiahnya..tatau kalau2 ada htr tp tak tulis sape yg hantar..shawl ada 3 elai smpai ritu..

mama zharfan said...

wan,me pun one of the winners tp sampai hari ni tak dpt pun lagi hadiahnya..me nak email lah tanya naper tak antar2 lg hadiahnya..me email details right after the result was released..

Wansteddy Tales said...

anin ~ 3 helai sekaligus? woa... tahniah anin >< tumpang gembira dengarnya! itu yg baiknya rajin join GA, ada je rezeki di mana2 yg penting, usaha anin tu berbaloi2. hakak ni tak serajin anin join GA. cepat mengalah. kdg2 dah buat entry simpan dalam draf, pastu lupa nak publish, GA pun tamat. melepas peluang sendiri hehe...

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ ye, saya dah semak senarai pemenang. ramai jugak. mama zharfan pun tersenarai, tahniah! saya xtahulah boleh terima tak hadiah ni. dah lama sngt ni lupa langsung nak cek psl contest ni. harap2 masih berpeluang dpt shawl cun tu ><