Nuffnang

Wednesday, June 16, 2010

Takde kerja buat kerja

Hari ini hari yang sungguh sibuk untuk aku. Sebabkan semalam tak dapat siapkan kerja rekabentuk dengan sempurna. Hari ini aku terpaksa buat kerja dua kali ganda lamanya. Lebih rasa berbulu. Terpaksa guna adobe photoshop. Selalunya aku lebih suka rekabentuk dengan gunakan adobe illustrator. Disebabkan masalah komputer yang suka 'hang'. Aku terpaksa akur dengan kehendak komputer. Bukak satu perisian dalam satu-satu masa. Hadoi...
Kerja dah selesai. Tapi ada lagi tambahan kerja lain yang belum siap. Aku kusut betul selagi belum dapat fikirkan konsep yang sesuai. Dok melangut depan pc dua tiga minit. Bukak blog pulak bagi ringankan sikit pening ni.
Dalam pada masa yang sama, meja kerjaku bersepah bagai dilanda garuda. Aku dah fedap tengok meja yang serabut dengan macam-macam hiasan tak perlu. Sekali-sekala timbul niat nak kosongkan saja ruang kerja. Bagi lapang mata. Tapi aku suka benda comel-comel indah-indah hiasi meja kerjaku. Itulah masalahnya. Nak kena susun atur semula meja biar nampak lebih kemas dan selesa bagi pandangan mata.
Dengan bebanan kerja dalam tangan. Dengan meja bersepah. Manalah mood aku tak ke laut sekarang ni. Sengaja je menyusahkan diri. Masa-masa kurang sibuk takde pulak aku sibuk-sibuk nak hias meja kan. Hurm...

2 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

wah :) kak wan ni mesti hebat kalau edit gambo kan :)

Wansteddy Tales said...

ieda ~ boleh lah. itulah kerja hakak pn hahaha...