Nuffnang

Followers

Friday, June 4, 2010

Kisah aku dan konduktor bas Metro

Ini kisah minggu-minggu lalu. Kerana kalut hal lain aku lupa nak ceritakan hal ini. Padahal menarik jugak kisah ni. Kisahnya berlaku dalam bas nak ke pejabat. Aku dah malas nak melukis dalam bas hari tu. Aku cuma dengar lagu dalam henset je. Mujurlah aku tak cuai. Kalau tidak terlajak jalanlah aku haritu.

Sebelum bas berhenti aku dah tergesa-gesa bangun. Sebab nak kejar waktu, aku ke pintu depan. Tiba-tiba bas berhenti mengejut! Nyaris-nyaris dah aku nak jatuh terjelepuk atas budak konduktor bas. Kalau tidak penyet gamaknya budak tu hahaha.... Yang tak tahan tu, reaksi konduktor bas tu. Kerana dia sedang duduk dan mendongak ke arah aku. Gaya terkejutnya macam kucing kena sergah! Terbeliak bijik mata. ahhahahhaa...

Nasip baik aku tak gelak kat situ jugak. Eh, sebenarnya aku gelak jugak. Mujurlah hari berikutnya aku tak jumpa dah konduktor bas tu. Kalau tidak tak tertanggung aku nak tengok muka budak konduktor bas semalam. Silap-silap sepanjang jalan aku gelak panjang. Adu la...

2 comments:

Izan Ishak said...

hmmm...dapat dibayangkan camna wan hampir terduduk kat konduktor tu...hehehe

Wansteddy Tales said...

izan ~ haha... mimpi ngeri konduktor bas tu sepanjang hayat gamaknya ><