Nuffnang

Followers

Friday, June 25, 2010

Kos kad kraf

Hari ini aku menurunkan harga kad krafku. Semuanya pada kadar yang lebih murah. Kawan aku cakap. Tak berbaloi harganya murah sangat. Aku buat dengan dua belahan serta dua lapis. Ada yang disediakan dengan sampul suratnya sekali.

Ah.... rugi ke? Kalau ikutkan masa dan konsep idea bolehlah kot kata rugi dengan kadar antara RM0.50 ke RM2.00 sahaja tu. Tapi kalau kenangkan kos kertas dan hiasan tambahan padaku tidaklah mahal mana. Aku bukan jual untuk mencari untung. Cukuplah hasil kerjaku diterima pelanggan. Terharu hakak! hahaha... Jenis sentimentol tak tentu hala.


Maaf gambar tak dapat disediakan. Aku takde kamera huhu... Kalau tidak bolehlah aku rujukkan hasil kerjaku di sini.


Ikutkan perancangan, aku nak bercuti isnin depan. Tapi aku tak tahulah boleh cuti ke tidak ni. Timbunan kerja pejabat tak mengizinkan aku bercuti. Kalau tak dapat cuti, hb lah yang terpaksa cuti sorang-sorang. Boleh jagakan Damia. Hb berkerja tanpa henti sejak minggu lepas. Sabtu ahad pun pergi kerja. Memang sepatutnya dia ambil cuti rehat minggu depan.

6 comments:

Unknown said...

baiknye hati mu wan.. sbb sanggup turunkan harga..

Wansteddy Tales said...

chugie ~ asalkan laku jadilah hahaha... duit tu mmg kira duit bersih masuk tabung. xkan guna sbb hargai keringat sendiri kononnya hehe

Eliss said...

bagusnya siap turunkan harga :) semoga ditambahkan rezeki melimpah ruah..amin

Wansteddy Tales said...

elissmie ~ amin... trimas doakan utk saya elis. terharu saya ><

doa saya elis dan keluarga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan baik sepanjang masa, amin...

Bukan Bidadari said...

nanti letak gambo ek..kot berkenan

AcuRose said...

congratz wan atas inisiatif menurun kan harga itu. Harap akan terus sukses!