Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Tuesday, June 22, 2010

Rasa macam nak cari pengasuh lain tau



Ha.... macam pekena terapi pulak dapat jengah balik blog ni. Seronok je rasa. Aman damai tenteram dan sebagainya. Sebelum jengah sini sempat aku design gambar keamanan aku ni. Alangkah bestnya kalau dapat lepak-lepak kat taman sambil hirup udara segar macam ni kan.

Kerja penting tadi dah selesai. Tapi kerja lain masih tertunggak. Jangan mimpi nak senang lenang lagi. Kerja ini kena diutamakan. Target harini, nak balik cepat. Gasaklah dengan kerja. Karang terabai anak aku ada orang lain nak kisah?

Semalam kami lambat ambil Damia Sekitar jam 9malam baru sampai rumah tau. Mula-mula ambil Damia aku tak perasan apa-apa perubahan pada Damia. Selesai makan dan mandi barulah aku perasan, dahi Damia penuh kesan luka dan merah-merah lebam. Kenapa agaknya boleh jadi macam tu?

Jujurnya aku agak marah kat pengasuh dia semalam. Kalau pun memang bukan salah dia. Kalau pun Damia menggaru. Kalaupun Damia terjatuh. Bagilah tahu kat aku. Biar aku tahu. Ni diamkan je. Siap jatuhkan rambut depan Damia. Memang masa ambil Damia tu aku tak perasan sebab tu la. Rambut lindung dahi. Haih....

Aku ni bukan jenis mak leter yang kuat komplen. Aku jenis tak sampai hati nak marah-marah depan muka pengasuh. Aku tak nak Damia dapat layanan buruk lepas aku komplen. Aku jaga je hubungan baik dengan pengasuh. Kadang-kadang bila dia perlukan duit. Dia nak cepatkan waktu bayar upah jaga Damia, aku ikut juga. Aku fikir... keluarganya susah. Cubalah tolong sedaya yang boleh. Tak pernah aku persoal macam-macam kat dia. Tapi bila aku dah jaga hati dia macam tu, janganlah pulak pijak kepala kan. Jagalah amanah yang orang bagi tu baik-baik.

Seingat aku. Ketika mula-mula letak Damia bawah jagaan dia. Ketika tu dia mengandung. Dah sarat. Aku memang tak harap sebab nanti lepas dia bersalin nak kena cari pengasuh lain. Tapi agaknya sebab perlukan duit. Pengasuh Damia beria-ia nak jugak jaga Damia. Segalanya tentang Damia elok terjaga. Yang buat aku puas hati. Kulit Damia makin baik selepas duduk dengan dia.

Tapi lepas bersalin, aku cari pegasuh lain takde pulak yang sanggup jaga. Sampaikan aku kena bawa Damia ke pejabat. Sampaikan aku kena tegur dalam pejabat. Sampaikan aku teramat sedih dengan kes anak ni. Aku sanggup ambil cuti jaga Damia sendiri sementara nak cari pengasuh baru.

Kendian pengasuh Damia bagitahu dia nak jugak jaga Damia. Sedangkan masa tu dia belum pun habis pantang. Dia bagi harapan yang adiknya ada boleh tolong tengok-tengokkan Damia. Legalah jugak walaupun rasa berat hati.

Makin lama aku tengok keadaan Damia makin terabai. Selekeh je macam tak mandi. Sampai saja di rumah kalau nampak bekas makanan dia merengek mintak makan macam lapar benar. Makan pulak dengan lahapnya. Sedih aku tengok tau. Kat situ je aku dah rasa tak best. Kendian kulit Damia jadi semula macam dulu. Paling teruk dalam 2 minggu lepas la. Gara-gara tak mandi, Damia gatal dan garu kat pelipat kakinya. Habis berdarah-darah sampai nampak isi kulit kaki. Aku punyalah sedih.

Tapi aku sabar lagi. Aku pesan suruh bawak Damia mandi dan makan awal. Jangan paksa tidur siang awal-awal lama-lama.

Sekarang aku asyik terfikir nak cari pengasuh lain. Aku dah agak jelak hari-hari nak kena pesan benda yang sama kat pengasuh ni. Dan aku kadang-kadang rasa bengang bila tengok keadaan Damia yang makin tak terurus.

Sebenarnya nak tulis sikit-sikit je tapi dah terlebih panjang pulak.

27 comments:

Hati Ema said...

Gamaknya dah tak terlayan la tu... anak dia lagi kan...ermmm... sian la damia... lapar ke tu.... huhuhuhu... sebak plak aku imagine.... try la cari pengasuh... kalau itu yg terbaik untuk damia...

Wansteddy Tales said...

Ema ~ tu ler. anak bujang 3 orang. yg sulung darjah satu. yg kedua melasak sbb baru 4tahun. yg bongsu 6bulan. mmg sah2 penat jaga semua sekaligus. damia lak jenis nak kena jaga elok2 kulit sensitif. aku klu jd dia pn blm tentu terlayan 4org sekaligus. tak termasuk adik ipar duai dok menumpang sekali. nak kena masak2 lagi kan. Aku dok pk kesusahan dia yg xsampai hati nak komplen ni ema. sabo je la. tp lama2 hilang gak sabar ni nak2 time2 tension gini haha...

Momma Mia said...

lor ada 3 org ke?? cuba la cari yg lain kalo itu yg terbaik utk Damia. Sian plak dengar sampai lapo & gatal2 kulit... Sabar yer wan. Semoga dipermudahkan utk mencari pengganti pengasuh Damia.

Anje a.k.a Mama_Balqis said...

wan, pada pendapat kiter better carik lain sebabnyer pengasuh tu dah ada anak kecil, tak terlayannyer dia, walaupun ada adeq dia tapi yang terima bayaran tu dia bukan adeq dia...pikirkan kebaikan damia...jangan jadik macam kiter dulu, sedey biler pikirkan tentang pengasuh ni...kiter cuba iktihar yang terbaik...selebihnyer terserah pada Allah...dalam 100 mesti ada sorang pengasuh yang terbaik untuk damia...cam kiter now balqis better then better dari sebelum ni...lebih terjamin & terjaga...baru hati rasa tenang nak kerja...kita dah lama mengikuti citer pasal pengasuh wan ni....hope wan wat keputusan terbaik untuk damia k

Yu'xan Lee said...

Ish klo cam tue conditionnyer, zura raser cari pengasuh lain je la kan, dia pun mcm tak temenang nak jaga sume.... Lgpun kesian damia dia budak2 lagik, mmg dugaan jd ibu berkejaya nie kan, zura pon faham...

Wansteddy Tales said...

alin ~ sebelum ni mcm2 saya usaha alin. bila ada yang sanggup bg syarat pulak mesti ambil damia sebelum pukul 6petang. sedangkan wan habis kerja pukul 5.30petang. mmg xsempat nak ambil tepat waktu. nak2 pulak kalau waktu bz kena stay up kat opis. tu yg payah. cari2 yang lain semua jenis susah nak percaya. pening pk hal pengasuh ni ><'

yantz-yeem said...

WEihhh...meh kasik aku jaga la...hahaha...sian damia...aku dpt bygkan..dah le baru nak baik..kang sakit balik...cari le penbgasuh yg berjiwa keibuan...

Wansteddy Tales said...

anje ~ sebelum hantar semula damia kat pengasuh ni mmg saya niat nak tukar pengasuh. dah agak mesti ada prob kalau pengasuh ni nak jaga damia dgn bb kecik dia sekali. tp tu la. xde jumpa yang sesuai. yg sesuai pulak tolak jaga damia. sudahnya terpaksa jugak letak bwh pengasuh ni. sedang dlm usaha nak cari pengasuh lain ni. pening jugak. kesian gak kat damia sebab dia dah rapat dengan abang2 dia tu. hurm...

Wansteddy Tales said...

zura ~ trimas zura. kdg2 kalau ikut hati nak je berhenti kerja. jaga anak penuh masa. tp kenangkan income rumah kan berat kalau xbekerja terpaksa jugaklah keraskan hati.

kinna said...

kalo terabai thp tu, cr nursery pon takpe wan..pengasuh nursery mmg keje dia jg budak je.msk mkn/keje2 umh rutin diorg tak uat.neway,doalah yg terbaik..insyaAllah ada rezki nti..

AcuRose said...

ahh.. tension gak acu baca nih.
Sure wan tak senang nak wat keje kan.
Asik pikir damia je kt umah bby sitter tu. Kena start cari baru dari skrg la wan kalau dah mcm tu gaya nye. Susah kalu dpt yg pentingkan duit dari anak nih. Kalau bole nak la balance..kita tolong dia, dia tolong la kita pulak kan. Harap wan tabah n sabar k. Insya'allah ada jalan tu nnti.

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ pengasuh ni berjiwa keibuan jugak. tp masalahnya bile nak kena jaga 3 anak dia serentak anak aku lagi... fhm2 la. mestilah lebihkan anak sendiri kan. mestilah bb boy dia tu diulit lebih kan. dlu b4 dia bersalin mmg dia jaga damia elok2. mmg puas hati. skrg ni je makin lama makin xbest da aku rasa huhu

Wansteddy Tales said...

Kinna ~ jujurnya saya fobia dengan taska. dulu pernah letak damia kat taska. kat situlah puncanya eczema damia melarat. tak dijaga elok2. mls nk komen pnjg2. ada lagi ni pembaca dari taska tu. saya tahu dia baca jd silent reader nk ambil tau kisah terkini. hehe

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ pernah sekali dia mintak nk bawak damia ke taska. dia nak mengasuh damia kat sana. maknanya dia buat dua kerja. mengasuh kat taska dan dapat upah jaga damia sekali. saya punyalah bengang. tp ckp elok2 kat dia. klu dia xnk jaga damia dah saya cari org lain. dia cancel keje kat taska tu. susah cmtu. nk kejar ke duit sngt. lebih baik dia kerja kat taska tu dr nk jaga anak saya kan huhu... tp setahu saya taska tu mmg xambil staf dgn bb sendiri. tu psl kot dia xdpt keje kat situ hurm... kesian pulak. sapa nak jaga anak dia nnt kan.

mama zharfan said...

risau plak i baca citer u ni..takut2 damia kena dera/jatuh jer...anything possible...
wan..better cari pengasuh lain lah..naper tak letak kat nursery? masa me kat msia, me letak my ariff kat nursery (tp sbb nursery tu kwn me yg jd tokeynya, so me percaya lah ;) tu pun ada jugak ariff luka kena buat dgn budak lain yg lebih tua darinya...byk betul risk kan..

Izan Ishak said...

wan...sedih pulak baca cerita pasal damia sampai lapar2 dan tak terjaga macam tu. tp izan dpt bayangkan keadaan pengasuh tu, lebih kurang mcm keadaan izan dgn anak2 sume boys. lagi2 ada bby....
wan..rasanya kena cari pengasuh lain, insyaAllah akan jumpa yg sesuai nanti...kita sama2 doakan demi Damia~

kakyong said...

memang tak best lah kan, kalo jd camtu...

kakyong yg anak 3 ni pun org penah nak minta tlg jagakan anaknya.. bb pulak tu... huhuuuu,, tidak sama sekali.. anak sendiri pun selekeh, ini kan pulak nak bela anak orang... ohhhooo...

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ sebab pernah ada kes dgn taska dulu. saya fobia nk letak damia kat taska. bnyk gak taska dekat2 rumah ni tp saya sendiri xde kepercayaan kat taska. bukan semua taska begitu. tp cukuplah sekali. kalau nk letak jugak damia kat taska. biarlah bila damia dah pandai bercakap nnt. kurang2 klu jadi apa2 dia boleh cerita kat saya apa2.

Wansteddy Tales said...

izan ~ betul tu izan. kdg2 bila rs marah ni meluap2. saya letakkan diri saya pd kedudukan pengasuh damia. pk kn dr sudut dia. penat urus anak lagi urus rumah lagi. adik beradik lagi. xmenang tgn. itu la sebabnya saya lembut hati. xsampai hati nk marah2 xtentu psl. cuma bila dah kerap berlaku kejadian damia nmpk lapar sngt yg memaksa saya pk pnjg tu. rungsing betul.

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ memula dlu pn wan xnk letak bawah pengasuh tu sbb wan dah agak kejadian cmni mungkin berlaku. mana nk menang tgn layan anak2 sndiri lagi anak org lagi kan. tp bila pengasuh tu bg jaminan wan xsampai hati nk tolak. itulah... problem jugak bila mudah sngt cair ni huhu...

BIONIC WOMEN said...

wan..kalu dekat2 jer leh eily jagakan...bleh kawan ngan Dhiya..Dhiya pun xder geng nak kawan ni..hehe
sabar la..wan..semoga Allah permudahkan segala urusan..
Eily dulu x sanggup antar taska n benti kerja sebab anak best frend mati kat taska..huhu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jangan biarkan saja.usaha cari yang lain. org selalu cakap bila kita ada masalah dgn pengasuh "ko jaga je ank sendiri.berenti kerja!!"
banyak sennag cakap macam tue.ingat kita tak bayar??? cuba kerja dgn amanah walau mmg dibayar upah.
lagipun kalau hal boleh tolanrate pasti kita boleh diamkan, betultak?

kadang2 bila kita baik si pengasuh ne pijak kepala kita.komplen itu ini pasal anak kita, mintak itu ini..

rasa nak bagi je penampar!!
sori ye sebab saya dah alami smua ne dulu!!
jangan bagi muka kat org2 yg tak sedar diuntung ok?
cuba cari pelahan2 dan doa banyak2.pasti jumpa org yg ikhlas dan baik

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

oo..lagi satu dulu saya pk taska tak bagus.anak saya yg sulung pun ada kes dgn taska..

Anak saya penah dapat taska yg bagus & tak bagus. penah dapar pengasuh yg baik dan out!!!

kita kena pk macam ne tak semua taska teruk & tak semua pengasuh baik. dua2 ada kelebihan&kekurangan yg pasti ank kita selamat.

nak tau sekarang anak2 saya duduk taska.anak no 2 sejak abis pantang samapi sekarang 8 bulan baik situ.

kainbaju bersih, kalau anak demam bagi makan ubat, baju kotor dan bersih tak bercampur, siap tanya nak bagi susu badan ke..

ohhhhhh..alhamdulilah mmg puas hati. ini kawan yg rekomend hasil saya bertanya2...

nza said...

kesiannya damia wan, mayb dh trabai tu...budk2 kecik mana tau nk ngadu....akak lak trover sedih...

Wansteddy Tales said...

eily ~ damia mmg suka berkawan. tu yg saya xsampai hati nak tukar pengasuh. damia dah rapat dgn abang2nya tu hurm... anak kwan eily meninggal kat taska? msa saya letak damia kat taska dulu selalu baca kisah2 sedih macam ni fobia jadinya. tp bagusnya taska saya letak dlu 1 bangunan tmpt kerja je. xde la risau sngt huhu

Wansteddy Tales said...

Baby ~ itu lah dia... bukan saya xnk letak damia kat taska. tp kenangkan pengalaman lalu buat serik sungguh. takut anak tak dijaga baik. takut mcm2 takut ada. rancangnya bila damia dah boleh berckp baru nak letak kat taska. kurang2 kalau jd pape boleh tanya kat dia sendiri huhu...

pengasuh saya buat hal pulak harini. mlm semalam baru kol bagitahu nak balik kampung harini. katanya adik kena interview. yg musykilnya yg dia nak ikut blk kg tu kenapa? bg je la adik n hb dia je balik kg adu la... sudahnya saya beralah. damia diletak bawah jagaan adiknya yang lain. saya nak cti xboleh. bnyk kerja urgent.

tension dah kenang2kan

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ wan ni buat keras hati je pegi keje ni kak. ikutkan mmg rs nk ambil cuti aga sendiri. tp smpi bila kan hurm...