Nuffnang

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Sketch Hawaian dolly


Seksi ke seksa? hahaha.... Pada yang nampak lukisan ini mengarut dan meloyakan sila depang jari ke mata. Tapi bacalah entry pasal dolly Hawaian ni okey. hehe...
Diciptakan sempena tempahan dari rakan setugas. Dah lama. Sekitar beberapa minggu lepas. Tapi kerana aku menguruskan kerja-kerja lain. Dolly ini terbiar sepi. Kalau korang perasan. Banyak pincangnya dengan lukisan kasar ni. Kaki ke laut, tangan ke belukar. Pendek kata tak sempurna! Dan aku benci ketidaksempurnaan lukisanku. Jadinya lukisan ini dapat markah D dari aku. heheh... Sendiri lukis sendiri bagi markah ka?
Sebenarnya dolly ini cuma dolly rujukan semata-mata. Aku sketch dulu. Nak tengok posisi tubuh mana yang okey. Dolly ni ada pasangannya. Lelaki Hawai bertubuh perkasa. Tapi aku belum habis lukis. Lakaran kasar je. Malas pulak aku nak scan dan tunjuk kat sini. Korang tengok si perempuan sudahlah. Abang Hawai kena simpan dulu, hehe....
Lepas siap sketch, aku tunjuk kat pelanggan. Kalau pelanggan kata rekabentuknya okey. Aku proceed teruslah dalam komputer. Bukan lukisan tangan. Aku guna vector by vector nanti. Harap-harap hasilnya 5 kali ganda lebih baik dari yang inilah. Semestinya hasil akhir aku tunjuk hanya selepas final design dipersetujui oleh pelangganku. Setakat sketches gini bolehlah aku share haha...
Ada beberapa sketch lagi aku bikin. Tapi seksinya lebih merimaskan. hahaha... Kalau aku tergerak nak share aku paparkan dalam entry baru. Yosh!

4 comments:

alinalan said...

GOJES!!!!

QuEeN Of 2 Heroes said...

kalo dolly tu ade bunga yg lilit kat kepala tu lg comey...hihi :p

Wansteddy Tales said...

Momma Mia ~ hahahha... selebet sungguh tu alin. sana sini bnyk pincangnya ^^'

Wansteddy Tales said...

nadia ~ good idea! boleh dimajukan dlm dolly vector nnt. trimas nadia ><