Nuffnang

Followers

Monday, June 7, 2010

Tabiat memunggah

Hari ini purata aku tidur 1 jam setengah je. Pening kepala ni tak payah kenanglah. Semuanya gara-gara anak dara aku yang tak mahu tidur malam. Entah kenapa. Malam jumaat dan sabtu lepas boleh pulak dia tidur dengan rutin yang baik. Jam 12 malam dia dah tidur bawak ke pagi. Kadang-kadang ebrjaga mintak digaru tu biasalah. Eczema Damia masih belum betul-betul pulih. Kesan-kesan kulit yang kasar jelas di bahagian tubuh tertentu.
Malam semalam Damia langsung tak tidur. Rasanya lelap pun barang dua tiga minit. Selebihnya dia mintak bergaru dan terus celik mata besar-besar. Beberapa kali jugak aku terjaga dari tidur bila dengar-dengar suara hb bebelkan Damia yang tak nak lelap. Hb baru balik dari ketuai pameran di Johor. Perjalanan panjang memang memenatkan. Waktu rehat jadi tak menentu dengan nak melayan karenah anak lagi.
Sudahnya kami ambil giliran jaga Damia. Kejap aku jaga, kejap hb pulak. Tapi Damia masih macam tu. Mintak air, mintak keropok, mintak TV dan macam-macam lagi.
Elok aku jaga je nak bersiap ke bilik air, Damia menurut pulak. Nampak je aku tutup pintu bilik air, terus budak kecik ni menangis. Macamlah aku nak keluar rumah. Walhal pintu utama sebelah dia saja. Apalah anak dara aku ni....
Satu lagi sikap Damia yang kian merungsingkan. Suka sangat dia memunggah rumah. Pening aku. Kalau lantai kemas licin tanpa sebarang pencemaran mainan dan makanan Damia. Aku berbalik kerja-kerja rumah yang lain. Cuci kain ke masak ke. masuk saja ke ruang tamu balik, tak sampai lima minit ruang tamu aku dah macam kena geledah dek perompak.
Aduh.... Ada-ada saja barang yang Damia kuis dan bawak masuk ke ruang tamu. Itu tak masuk lagi bekas-bekas makanan yang disepah-sepahkan merata. Keropok la, air minuman la... Pening aku tau.
Memanglah dalam usia sekarang anak aku ni dalam proses belajar. Tapi kalau hari-hari belajar memunggah begini, mana tahan beb.... Dah lah aku ni selalu sengal-sengal badan. Nak mengemas sana sini lagi. Kadang-kadang aku bebel-bebel jugak ke Damia. Tapi budak 2 tahun. Nak reti hapa. Dia balas sengih-sengih balik la kat aku. Nak babap, kesian. Cuma sekali sekala kalau dah melampau tahap gaban sangat, singgah jugaklah babap kat tapak kaki dia. Bagi merasa sakit sikit. Kalau tak, tak jalan marah-marah mulut ni.
Masalahnya tabiat memunggah Damia ni tak pernah surut. Makin menjadi-jadi. Banyak dia punya akal. Ada-ada saja barang-barang dalam rumah jadi bahan mainan dia. Dah fedap dia baling sana-sini. Mainan dia yang punyalah banyak dalam bilik tu dah tak pandang. Haih...

2 comments:

Unknown said...

huhuh..siannye kat wan. mesti sakit kepala sbb tak cukup tido.

agaknye die dah terlebih tido siang tu kot??

Wansteddy Tales said...

chugie ~ kdg2 dia xtido siang pn jadi cmtu gak. tu yg pelik tu. tahan matanya :(