Harini aku nak tulis sesegera yang mungkin. Kalau ada salah perkataan tu faham-fahamlah... Nak cepat. Sabtu lepas kami ke pejabat. Dah ceritakan dalam entry bertajuk Melepak di pejabat. Kemudian seperti yang dirancang kami ke warehouse My Dear.
Alhamdulillah tercapai cita-cita nak belikan basikal tiga roda berwarna pink untuk Damia. Itulah hadiah ulang tahun Damia ke dua untuk tahun ini. Semoga Damia suka dengan hadiah dari mummy tu.
Secara rasminya basikal ni dinaiki Damia kat Dataran Merdeka pada malam hari. Esok petangnya sekali lagi Damia bersukan dengan basikalnya. Kali ni kat Padang layang-layang Kepong. Memang best. Gelagat best Damia. Sibuk nak main layang-layang. Damia pegang bahagian ekor layang-layang kemudian lari macam orang-orang lain yang main layang-layang tu. Silapnya layang-layang Damia, ayahnya yang kena terbangkan.... haih... Kesimpulannya puas jugaklah bawak Damia bermain semalam. Aktiviti bebas sebebasnya untuk Damia. Itu tak termasuk agenda bebas kongker mainan gelongsor sorang-sorang. Budak-budak lain nak main gelongsor kenalah beratur gelongsor sebelah. Yang dia turun naik gelongsor tu sesuka hati... Haih....
Hari ini aku sibuk. Jadinya tak banyak cerita dapat aku tulis hari ini. Padahal dalam kepala berjuta-juta perkataan membuak-buak mintak dilepaskan... Nantilah aku ada masa sikit karang aku ceritakan. Sekarang kepala tengah serabut hehe...
Quata membebl bagi seorang wanita 30'000 patah perkataan sehari. Tak cukup quota perempuan akan membebel dalam tidurnya. Tak percaya? para lelaki boleh tungguh isteri amsing-masing tidur lena malam karang. Tengok sendiri betul tak. tapi pastikan korang tak bagi isteri korang bercakap banyak hari ni. Barulah petua nak tengok isteri mengigau, menjadi. Heh!
Soheh malam karang aku mengigau.
Sebab tak cukup quota perkataan dapat aku luahkan hari ini.
No comments:
Post a Comment