Nuffnang

Kisah terkini Wansteddy's

Monday, June 21, 2010

Vandalisme kat kawasan kejiranan aku ~ perkara biasa

Aih... sebenarnya aku agak kecewa sebab tak berupaya gigih berblog hari ini. Sibuknya aku sampaikan nak pergi toilet pun bertangguh hahaha... Aku sangka bila dah masuk petang, bolehlah berjoget aku nak balik. Rupanya tidak, Melah...
Aku dilambakkan lagi dengan tugasan baru. U.R.G.E.N.T jugak Senah. Besok petang selewat-lewatnya kena siapkan 3 rekabentuk. Itu yang urgent. Yang tak berapa nak urgent tapi nak segera jugak tu... Malas aku nak bilang. Buat tambah migrain aku je. Kepala aku dah bertambah berat. Bahu terasa sengal. Mulut terasa becok nak membebel hahaha.... ketawalah walaupun terpaksa agar dapat rawat beban di kepala.
Kemudian aku kembali menjengah blog. Ahhhhh... nikmatnya rasa. Bagai duduk di sofa empuk. Aman duniaku. Takde dah kusut masai pasal kerja. Tapi kejap je la boleh singgah ni. Pasni nak kena sambung bekerja balik. Giler ah kalau berhenti. Besok maunya terjelepuk aku kat lantai nak setelkan kerja-kerja kian menimbun ni.
Perasaan bersalah kian meluap-luap ni. Ikutkan aku dah rancang. Jam cecah pukul 5 petang aku nak buat kerja tambahan. Tapi tak dapat jugak. Kerja pejabat lain pulak menyusul. Apakah....?
Berita buruknya aku dapat panggilan marah-marah dari adik aku. Tayar motosikalnya pancit lagi! Apa kes ni? Tiap kali dia parking motor kat rumah aku, mesti pancit. Mula-mula bolehlah bersangka baik mungkin motor tu dah lama pancit. Adik aku je tak perasan. Tapi bila dah beberapa kali jadi macam ni nak bersangka baik lagi? Mestilah tidakkan.
Harus kukatakan. Rumah aku ni jenis terpaksa berebut parking. Kes-kes vandalisme bukan perkara luar biasa lagi. Memang kejadian biasa kalau tengok kereta bergaris panjang dengan hasil lukisan penjahat tangan. Gores dan conteng kereta orang macam kereta tu kereta buruk. Tak cukup dengan tu. Kadang-kadang ada je mee goreng, bihun sup terparking elok atas cermin kereta tak pun atas kereta. Lagi nak best kalau pelbagai jenis sampah sarap dihumban atas kereta. Sampai berlekuklah kereta dibuatnya.
Memang para jiran aku ni belajar sivik dari orang gila. Takde kesopanan langsung. Dan aku marah-marah ni kerana kereta kitorang pun banyak kesan calar. Nak marah dan tuduh sesiapa pun susah. Bukan ada CCTV boleh nak kenalpasti dipelakunya.

Akhirnya berbalik jugak pada rasa yang sama.
Bersabar sajalah Labu.....

2 comments:

chugie said...

umah wan jenis apartment ye? vandalisme memang jd isu besar kat area camtu kan? berebut parking pun 1 masalah besar gak tu..

Wansteddy Tales said...

chugie ~ tension tak terkata dah. hb lak plan kalau nak tuko kete baru tgu le pindah ke putrajaya nnt. tuko skrg mmg cari nahas la. blm pn sehari parking kat rumah dah berbirat kete baru gamaknya hurm...