Nuffnang

Followers

Wednesday, July 7, 2010

Apakah semua ni????! Tension aku!

Perasan tak sehari lebih aku tidak berblog? Yup aku masih bercuti. Tetapi ketika menaip entry ini aku berada di meja kerjaku. Memang buat kerja gila!
Aku tengah bengang dengan keadaan di rumahku sekarang. Dah dua hari tak ber'karan'! Semalam terpaksa tidur dalam keadaan super panas, takde air cond, takde kipas. Macam hidup dalam oven panasnya. Lebih menggeramkan bila nak masak macam orang buta teraba-raba. Nak mandi dan kegiatan lain lagilah... Lagi nak hampeh, lilin pulak habis stok semalam. Aduyai...
Tapi itu belum betul-betul bangkitkan rasa geram. Yang buat aku super geram sebab tak dapat berblogggg! Hei... geram betul! Ada lagi... masa aku bercuti untuk design artwork job jugak tak kesampaian. Lebih teruk, aku tak simpan artwork tu dalam thumb drive. Semuanya dalam hardisk komputer. Giler giler giler... Aku rasa bengkek kemain. Aku dah pening dah nak fikir macam mana nak amik design tu? Dah la aku kejar masa. Takkan nak design baru? Giler aku nanti! Takkan aku nak hangkut cpu peribadi tu ke opis kan. Kerja haru itu.
Segalanya berpunca dari orang yang buat kerja lenturkan besi kat bawah rumah. Bagi yag belum tahu. Rumah kitorang ni kat bahagian bawahnya kedai-kedai. Kalau dulu pejabat hartanah, kedai runcit dan kedai makan je. Sekarang dah ada pulak kedai besi. Kedai ikan dan lain-lain. Kalau jenis tak ganggu orang takpe jugak. Dah la suka buat bising sampai ke pagi buta. Pastu tempat letak kereta dorang ambil alih. Kalau takde lori dabak dorang kat parking lot. Dorang taruk kon tiga segi tak bagi orang ambik parking lot tu.
Nak komplen pada ketua blok? boleh jalan la... Dengan dia sekali tunjuk ajar sikap pentingkan diri macam tu. Kadang-kadang takde pun kereta dia bertepek kat rumah. Dia cop dah tempat parking kereta khas untuk dia sekeluarga. haih...
Bila berlaku kes litar pintas semalam. Pemilik kedai besi tu cabut terus tutup kedai. Aku dan hb ada kontek TNB adukan hal ini. Tapi kata operator berkenaan dorang dah semak dan hal ini tak berkaitan dengan TNB. Cuma masalah teknikal isi bangunan saja. Yang buat aku geram tu. Kenapa boleh makan masa panjang sungguh nak setelkan masalah ni? Tak kan nak upah orang pun lambat gile.
Masih bengkek tak habis-habis ni. Tak pasal-pasal malam ni nak kena perabih duit ke hotel. Memang tak sanggup dah aku nak tidur panas-panas kat rumah macam semalam. Serik.
Lagi satu. Kenapa dengan blog aku hari ni? Baru dua hari tak bukak dah merajuk ke wei? Aku tengok ada banyak komen yang belum dimoderate. Bila aku nak moderate hilang komen-komen tu tanpa dikesan. mana-mana komen dalam entry lain pun banyak hilang-hilang jugak. Apakah? Aku malas nak serabutkan fikiran hari ni. Banyak perkara aku nak urus. Haih....

Bengang aku memang bengang... bengang..! bengang...!
Sila nyanyikan ikut tema lagu radio Era

2 comments:

AcuRose said...

adakah comment ku ini kelihatan?
sbb acu juga alamai perkara yg sama..
bkn takde letrik, cuma comment acu semer ilang juga..hehe
bawak bertenang ye wan..

Wansteddy Tales said...

Acurose ~ baru kutahu... haih kenapa dgn blogspot ni ye. bagi feneng je huhu