Nuffnang

Followers

Monday, July 5, 2010

Hari ini aku bercuti

Aku online dari rumah. Aku ambil cuti rehat selama tiga hari. Harap-harap cuti tu diluluskan. Aku tak sempat nak isi borang cuti sebab rancang nak ambil cuti ni pun dalam perjalanan balik dari pejabat, jumaat lepas. Hb berkerja. Damia ke rumah pengasuh.

Aku perlukan masa untuk diri sendiri. Yang penting, dapatkan rehat secukupnya. Entah kenapa baru-baru ni aku cepat sangat rasa stress. Bila serabut kenangkan banyak perkara nak diselesaikan, mulalah rasa berkabut belakang kepala. Seolah-olah asap tebal berkumpul kat belakang leher. Sampai ke tahap itu, aku dah tak boleh dengar lagi tekanan yang pelbagai. Naik pulak migrain aku nanti.

Aku jarang kena migrain. Seumur hidup ni adalah beberapa kali. Seingat aku pertama kali kena migrain ketika nak siapkan projek akhir kat UiTM dulu. Mana tak migrain, hari-hari tak tidur malam. Projek kena siapkan sorang-sorang. Aku tak guna 'toyol' ketika belajar dulu. Istilah 'toyol' bermaksud pembantu am rendah. Merangkap tolong potong mounting paper, tolong bancuh air, tolong spray artwork design kat mounting board, tolong siapkan sketches dan lain-lain lagi. Takde sorang 'toyol' pun sempat aku ternak ketika itu. Hasilnya aku dapat migrain sepanjang minggu! Owh... kisah sedih dulu kala. Sudahlah... lupakan yang dulu.

Aku terpaksa hantar Damia ke rumah pengasuh. Sebab kalau aku jaga Damia di rumah takde istilah berehat punyalah. Silap-silap bertambah pening kepala aku nanti. Mek kecik ni punya kecenderungan 'mengemas' rumah tahap kronik. Bayangkan kalau aku dah siapkan kemas bahagian ruang tamu, pastu aku pergi kemas pulak bilik dan dapur. Mek kecik ni buat projek baik punya 'kemaskan' bahagian kemas tadi. Tup tap tup tap rumah aku kembali bersepah seperti sediakala. Tah bila masa dia memunggah aku tak perasan. Haih....

Kadang-kadang nak marah pun ada sebab aku dah letih-letih bagi bling-bling satu rumah. Ada-ada je akal mek kecik ni nak serabutkan balik. Itu baru sorang, anak dara pulak. Kalau 5, 6 orang anak dalam satu masa? Puh... confirm aku amik orang gaji 2, 3 orang hahahhaa... bajet mokcik kayo!

Memanglah aku kesian letakkan Damia kat pengasuh dia. Sementelah aku pun tahu tahap 'kerajinan' pengasuh tu jaga Damia. Suam-suam kuku je jaga Damia. Lebih mengulitkan anak sendiri. Tapi takpe, aku hantar sekejap je. Petang-petang sikit aku ambil Damia.

Projek pertama pagi begini. Aku nak proseskan seluruh rumah. Biar nampak superb merelip! hahaha... Padahal kepala tengah pening tak cukup tido ni, adoyai... Takpelah. Panjang lagi masa aku nak berehat. Bila menulis tanpa hujung pangkal ni mulalah ayat aku semakin merapu. Baik aku segerakan tugasan rumah dulu. Dok lama-lama menghadap komputer memang mengugat iman. Silap-silap aku berblogging sampai ke senja tak mandi ke hapa.

Ada masa aku nak update pasal Wansteddy Giveaway
Yeay!

12 comments:

AcuRose said...

wohoo.. ini hari ada cuti ye..
bagus lah wan, tenangkan pikiran
banyak kan bermuhasabah diri..eceh
elak kan stress yg melampau ok
selamat bercuti..

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

selamat bercuti wan...

yantz-yeem said...

selamat berehat...boring gilak ko xde..

Wansteddy Tales said...

AcuRose ~ cuti sendiri. nk rilex2 sepanjang masa. er.. tp xrilex jugak. satu rumah dibersihkan segala ni ><

Wansteddy Tales said...

anje ~ trimas anje ><

Wansteddy Tales said...

k.yantz ~ khamis aku masuk keje. ikutkn aku nk save cuti tp.... huhu

eim said...

wah bestnye cuti

alinalan said...

wah cuti ek hari nih. ampun ziarah petang hari baru dpt. Sibuk giler sampai tak leh nk update blog... tensi gak kan?? wakaka kt ada sakait yg sama la wan... lusa pun nk bercuti sakan to yg sibuk giler. heheh selamat berehat wan!!

Wansteddy Tales said...

iem ~ cuti lepak rumah je iem. cuti + kemas rumah + design = rupanya tak rehat jugak harini hai... ><

Wansteddy Tales said...

mommaMia ~ betul3... kdg2 memikirkan blog tu macam org xjumpa boipren lagaknya. rindu rinduan hahaha.. kemaruk blog ><

NzA said...

selamat berehat n hilangkn stress disisi family....

Wansteddy Tales said...

k.nza ~ cuti wan tercemar dgn kejadian black out 3 hari berturut2 haih...