Nuffnang

Friday, July 16, 2010

Header baru



Perasan perubahan kat blog aku hari ni? Yeah.... tiba-tiba beralih angin petang pulak. Sambil-sambil buatkan header untuk pelanggan aku gatal-gatal tangan buat untuk diri sendiri. Tapi hasilnya? Memang langsung tak puas hati.

Hayunan buaian takde pokok pangkal. Buai bertongkatkan awan (je kot). Font malas-malas aku hambik dari Logotype standart aku je. Font old english type untuk perkataan "Tales" konon-konon nak nampakkan kedongengannya di sini. Tapi result? tak membahagiakan hati. Tapi kenapa aku nak tukar jugak header ini?

Saja. Kan aku tiba-tiba berasap tadi sebab job aku hilang tiba-tiba. Inilah hasil luahan perasaanku. Carca marba. Anggap sajalah aku seorang artis yang nak menyampaikan rasa hatinya heheh..

Nanti-nantilah aku gubah header baru. Sayang jugak header yang lama. Teddy anak beranak tu antara pemangkin dolly aku. Aku rekaciptanya untuk pertandingan bikin poskad. Tapi bila dijadikan header cambest pulak. Tapi aku rasa nak beralih angin. sampai masanya aku pun kena make up header sendiri lawa-lawa...

Er... header ini tidak lawa. Nantilah aku design lain. Buat sementara layan je la Cik Teddy main buaian hari-hari kat blog aku ni. Owh... bestnya kalau pandai buat animation header macam blog AcuRose... boleh buai-buaikan Cik Teddy kan kan....

3 comments:

MRS. K said...

as usual, saya suke semua design awak!!! hehehee...
(takde header free ke?)

mama zharfan said...

cute jer cik teddy main buaian tu...

kakyong said...

wans,
comel nya cik teddy main buai.. cuma tertanya2 naper buaiannya diawang-awangan... teddy dr kayangan kot..