Nuffnang

Followers

Monday, July 12, 2010

Rasa tak selesa

Aku nak join banyakkkk contest dan giveaway. Tapi aku takde masa nak bersenang lenang goyang Inul sepanjang hari. Aku sibuk sepanjang hari ini di pejabat. Bahkan balik ke rumah ni aku perlu isikan masa dengan aktiviti mengemaskini kekemasan rumah terlebih dahulu. Siapkan beg Damia untuk dihantar ke rumah pengasuh esok, agar aku tak cuai hantar beg kosong je.

Aku kena bersihkan bahagian dapur (serba sedikit) sebab baru-baru ini ketika masalah karan kena block kat seluruh bangunan rumah aku ni, lipas dan segala seranggan berleluasa ke sana ke mari berpesta ria bagai ini rumah diorang yang punya!

Aku nak mengisi banyak penyertaan-penyertaan giveaway dan banyak jemputan contest masih belum langsai aku tunaikan. Janji je. Dan perkara itu membuatku tak senang duduk. Rasa risau tak berhenti-henti. Aku punyalah tergedik-gedik nak ikut sertai GA dan contest yang melambak-lambak di dunia blog dan internet ini tau. Tapi bila aku dah mula masuk blog penganjur. Menung dua tiga minit karang dua tiga perkataan save draf pastu aku keluar blog. Nafsu menjoinkan diri dalam contest nampaknya belum capai kegilaan buatku.

Kalau jap-jap lagi aku kepingin isi banyak-banyak contest maknanya aku dah kembali giler berblog dan mengontest! hahaha... Tapi sedaya mungkin aku pastikan mengisi contest-contest jemputan rakan-rakan blog kesayanganku. Insya'allah...

....................><.....................

Kadang-kadang aku rasa leher aku meremang. Macam hantu dok lalu kat belakang. Tapi aku percaya ada kot yang bengang dengan aku kat belakang. 'Rasa' itu memang suatu perkara yang tak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Kenapa tah. Aku pun tak reti nak ceritakan macam mana.

3 comments:

mummy_ayu said...

pelan pelan..ayu pun jarang dah join contest sekarang....keja ada ajer...biasa la tu kan..

NzA said...

kak nza pn mmg xde mood nk join contest...xtau la knapa....

Bukan Bidadari said...

meremang???? huhuhuhu