Nuffnang

Followers

Wednesday, August 18, 2010

Bergelut pelbagai emosi

Semalam hb dan Damia jemput aku dari pejabat. HB masih bercuti sebab menjaga Damia yang baru nak baik demam. Dalam kereta sempat lagi bagi dua kata nak pergi SOGO atau KLCC je. Aku kalau boleh nak pergi yang dekat2 je sebab kalau dapat yang dekat boleh lebih masa berehat. Tapi nak ke KLCC pun bukan jauh sangat. Tidaklah nak kena redah jem teruk macam selalu.

Jadi destinasi kami ke KLCC. Sambil-sambil tu aku rancang nak tukar voucher Club 21 tu kat mana-mana butik berkaitan. Sampai saja kat parking park, cari-cari rupanya voucher tertinggal kat rumah. Aduh la... Takde rezeki lagi nak tukar hand bagak baru!

Berbuka semalam ala la je. Damia buat perangai masa tengah makan tu. Pertama sebab dia memang lapar. Keduanya sebab malu ditegur couple yang duduk sebelah meja kami. Damia ni kalau dia tengah makan atau bad mood janganlah ditegur. Dia punya malu, sanggup tinggalkan makanan. Sudahnya buat perangai. Aku pun tak lalu nak makan.

Sempat beli cupcake Chocolate Dementia dari Bijoux KLCC. Aku tak suka makanan manis tapi teringin punya pasal makanlah jugak malam semalam. Lapar sebenarnya. Bangun pagi tadi dah pukul 5.40 pagi! Duhai.... punah harapan nak bersahur harini. Punyalah gigih aku masak nasi malam tadi rancang nak panaskan balik je pagi tadi. Haih... Takde rezeki.

Kalau kawan-kawan lain asyik kata masa ni lambat sangat berjalan sebab bulan puasa tak kemana-mana. Tak keluar makan dan lepak kat luar. Aku pulak asyik rasa masa ni macam terlalu cepat berlalu. Masa aku di pejabat hampir 100% duduk atas kerusi tak bergerak-gerak. Banyak yang nak diuruskan semuanya libatkan komputer. Kadang-kadang server internet slow. Nak-nak bulan puasa ni ramai kaum kerabat pejabat tak ke mana-mana anjurkan pameran. Jadinya kaki download dan kaki facebook ni online hampir sepanjang masa. Sudahnya kena sharing line. Memang perkara biasalah kalau kadang-kadang line kita kena curi orang lain. Masa tu kelam kabut jugak bila internet tak dapat pasang.

Kalau pun aku berehat selalunya sebelum atau selepas waktu solat. Masa tu la aku ambil masa buang masa lepak-lepak kat meja kawan-kawan. Borak dua tiga topik, balik semula ke meja. Selalunya topik kegemaran nak dibincangkan soal contest dan kemenangan contest. Bab-bab keluarga ni sembanglah jugak. kadang-kadang bertukar-tukar borang contest. Sekarang ni je sessi bertkar-tukar borang ni kian suram. Aku pun tak tahulah kenapa. Mungkin masing-masing nak berjimat. Beli barang keperluan hehe...



Situasi aku sekarang:

Lapar ~ Tapi aku abaikan sebab niat berpuasa.

Penat ~ Sebab tak cukup rehat. Semalam tidur lambat. Tapi hb pun tido lambat jugak temankan Damia.

Tertekan ~ Sebab banyak urusan kerja yang masih terbengkalai. Terlalu banyak benda nak dibuat sampaikan jadual aku padat.

Resah ~ Ada beberapa kerja yang nak disiapkan segera. Ada juga tempahan yang masih dalam pembikinan.

Geram ~ Sebab tak dapat nak join banyak contest. Bila aku sentuh je bab-bab contest ni timbul rasa bersalah sebab masih belum siapkan design tempahan. huhu...

Sudahnya setiap hariaku bergelut dengan pelbagai rasa ini. Haih....

12 comments:

Bukan Bidadari said...

ambik napas lebih skit....

Mama Zharfan said...

relax ah wan
me paham
me pun gitu...byk benda nak buat dlm kepala...jd tension :p

Wansteddy Tales said...

ema ><

Wansteddy Tales said...

mama zharfan ~ tu la... kdg2 kita dah cool2 rileks2 ada2 je yg bikin tmbh serabut kiri kanan. tension je ><

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

perlahan2la buat tue..jangan sampai stress
yang mana dulu, dulukan, yang mana boleh hold, hold dulu..

Anonymous said...

akak sabar ye..=) Allah sentiasa bersama akak..

AyuArjuna BiGoshh said...

wan...
me lagi berselirat...
sudahnya mengcoolkan diri sendiri..
buat apa yang rasa patut..
:)

yantz-yeem said...

woitt...jom jenguk blog aku n ko WAJIB kena komen!!!hahahaha...

Wansteddy Tales said...

Baby ~ kdg2 bila kronik sngt saya duduk je depan pc melangut tak buat apa2. xbaca apa2. termenung je. macam org sasau. ambil masa dua tiga minit baru proses kerja semula. haih..

Wansteddy Tales said...

Hanis ~ trimas dik. terharu hakak ><

Wansteddy Tales said...

Ayu ~ bila terlalu bnyk perkara nk buat & fikir mmg bikin kelibut hari kita kan Ayu.

Wansteddy Tales said...

K. Yantz ~ kalau suh vote kat facebook tu agak susah hati aku hehe... fhm2la aku malas nk on FB. tp aku torai jugak nnt ><'