Nuffnang

Monday, August 30, 2010

Gigih kerja itu

Aku masuk kerja jugak walaupun aku masih rasa tak sihat. Rasa sejuk di hujung jari kaki tangan dan naik ke muka. Kalau tak berbedak tentu muka aku nampak pucat je. Badan masih lenguh-lenguh. Aku rasa demam urat. Tapi kakak aku boleh gelakkan pulak. "Ada ke demam urat" tanyanya. Aku pun tak tahu. Tapi memang aku perlu berurut. Nak tarik nafas, batuk dan bersin rasa seksa sekali.
Inilah saatnya bila kita rasa dekat dengan Allah. Waktu inilah kita lebihkan doa kepadaNYA moga diberikan kesihatan yang baik. Ya Allah... kudratku lemah. KAU berikanlah aku kekuatan agar dapat aku laksanakan kerjaku dengan mudah dan lancar. Banyak urusan yang nak diselesaikan hari ini. Semoga kerja-kerjaku dapat dilakukan sebaik-baiknya.
Rancangnya nak mulakan design baru. Sambil-sambil kerjakan urusan di pejabat ni mana yang dicicirkan sementara harus dijalankan juga. Maaflah hari ni gaya penulisan aku macam makcik-makcik borak santai je. Tiada cerita menarik nak dikongsikan sebab aku malas berfikir berat-berat. Karang aku stress tak jadi kerja lain aku terbongkang tidur dalam surau pulak! hahaha... Sempat buat lawak bodo.
Kepala aku kian mereng ni. Serius pening. Aku tak suka tengok sessi mengumpat. Rasa nak marah. Rasa nak jerkah je geng pengumpat ni. Hilang sabar aku. Kalau sekali dua dalam sehari aku boleh terima akal lagi. Ini selang minit ke minit mengumpat. sokseksoksek.... Tension aku tengok okey! Tak rasa bersalah ke mengumpat orang ni ha? Tak pikirkan reputasi dan maruah orang ke? Kenangkan sedang berpuasa je aku sabarkan diri ni. Benarlah kata orang. Waktu sakit emosi kita lebih sensitif. Banyakkan sabar duhai hati.... Nak pahala puasa kan... Sabar okey... sabar.....

6 comments:

kakyong said...

wans,,
cantik la header baru....

kalo sakit urat tu.. memang kena rehat & byk2 kan minum air suam @ kopi.. bior berpeluh2 badan...

take care wans

chugie said...

wan tak sihat ke? siannye.. badan kalau dh rs sejuk2 sampai kaki tu, bahaya gak kan. mmg takut kene demam urat pun.. biasenye kalau dlm pantang, atau pantang x betul.. ni lah keadaan yg kita kene hadapi..

moga cepat sembuh ye!

Sari said...

wan, get well soon dear..

Wansteddy Tales said...

k.yong ~ trimas k.yong ><
yeke... nak jad kebetulan mula2 demam tu my mak dtg dr kampng nk soping sakan, ikut je la redah hujan. satu sebab tmbh demam. esoknya pergi lagi j.tAR pusing2 lagi naik demam. rehat sehari xcukup esoknya pergi kerja, job pulak melambak. tmbh punca demam teruk tu huhu... skrg dah kurang cuma pening2 je dan sakit2 belakang. balik kampung harus pergi berurut ><

Wansteddy Tales said...

chugie ~ saya was2 jugak tp bila kwn2 sahkan ada demam urat ni baru percaya. sakit2 bdn ni nk bagun pn rs nk pitam. trimas doakan saya chugie ><

Wansteddy Tales said...

k.sari ~ trimas doakan saya k.sari ><